Monday 11 January 2016

Virus perangai Amno mesti dihapuskan...Kelantan raikan gol dengan produk Qu Puteh?

Isnin, 11 Januari 2016
Ekeh keh keh..


Virus.. perangai umno mesti dihapuskan...

Kelantan raikan gol dengan produk Qu Puteh?

Raikan setiap jaringan gol dengan produk Vida Beauty Sdn Bhd - mungkin itu 'revolusi' keriangan menjaringkan gol yang akan berlaku pada pasukan Kelantan jika urusan tajaan dimuktamadkan tidak lama lagi.
Difahamkan rutin itu adalah satu daripada 33 syarat tambahandikemukakan pengasas produk Pamoga dan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).
Selain 33 syarat itu Hasmiza - yang lebih dikenali sebagai Datuk Vida - sebelumnya menetapkan dua syarat kepada Kafa jika berminat mendapat tajaannya.
Syarat awal itu ialah warna Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu dicat dengan warna merah jambu, manakala nama pasukan The Red Warriors (TRW) didahulukan dengan Pamoga Qu Puteh.
Apabila dipersetujui nanti peminat bola sepak - terutama penyokong TRW - bolehlah membayangkan dimensi wajah barupasukan kendalian K Devan itu.
Bayangkan - sebaik menjaringkan gol pemain TRW akan meraikan kejayaan dengan menayang sebarang produk Vida Beauty kepada penonton di stadium.
Belum ajar sudah buat
Hasmiza yang juga menjadi Penasihat Kehormat Kafa ketika ditanya Malaysiakini mengenai syarat tersebut memberi jawapan positif sambil bergurau.
"Itu saya belum ajar lagi. Tetapi mereka dah buat," kata jutawan kosmetik itu.
Ditanya adakah perkara itu akan dilakukan, beliau hanya memberi jawapan ringkas: "Ya".
Malaysiakini Jumaat lalu melaporkan, Kafa secara rasminya menerima tajaan Vida Beauty untuk tempoh dua musim dengan jumlah tajaan bernilai RM16 juta.
Selain itu, Kafa melantik‎ Hasmiza sebagai penasihat kehormat disebabkan wanita tersebut mempunyai pelbagai idea menarik untuk mengembalikan zaman kegemilangan pasukan Kelantan.
Melalui jawatan itu, Hasmiza secara langsung boleh duduk sebarisan dengan pengurusan Kafa untuk menentukan hala tuju TRW.
Sementara itu di media sosial sudah beredar klip video aksi bersahaja salah seorang pemain TRW meniru gaya Hasmiza mempromosi produknya.
Khairul Fahmi Che Mat - Apex - yang bermain di posisi penjaga gol memuat naik klip video berkenaan di laman Instagramnya semalam.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena