Wednesday 27 January 2016

"Misi mencari telor yg hilang"? Bolehkah wang RM2.03 bilion yang dibeku dipulang semula, soal Tun M

Rabu, 27 Januari 2016

Memain lagi dgn TDM??? Kihkihkih. ...drama dan terus bdrama...misi mencari telor yg hilang...ker dàh pecah telor tembelang??? Kuikuikui

Beginilah episod drama ahli LEMBAGA pengarah tabung haji yg baru dimasuk sumbatkan ke dlm Lembaga Tabung Haji...

Tak sia-sia Najib Razak melantik AG baru..

Nampaknya cerah masa depan Najib utk bercita2 jadi PM selama 22 tahun utk menyaingi Tun Mahathir...

Bolehkah wang yang dibeku dipulang semula, soal Tun M

 | January 27, 2016
Beliau menyeru kerajaan Singapura menjelaskan kekeliruan itu kerana baki wang itu telah dibekukan oleh negara berkenaan.
najib-mahathir-BSI
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan bagaimana sejumlah RM2.03 bilion atau US$620 juta dipulangkan semula oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kepada penderma.
Menerusi entri terbaru di blognya, chedet.cc, bekas Perdana Menteri berkata, mustahil perkara itu dapat dilakukan kerana baki wang itu telah dibekukan oleh kerajaan Singapura.
“Bolehkah Singapura menjelaskan bagaimana wang ini dikembalikan kepada penderma? Adakah Singapura percaya dengan cerita sumbangan percuma dan sepucuk surat daripada keluarga diraja Arab ?
“Singapura adalah negara pusat perdagangan. Bolehkah negara ini mudah ditipu,” katanya.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi semalam menjelaskan, Najib telah memulangkan RM2.03 bilion daripada RM2.08 bilion yang diterima kepada penderma kerana tidak digunakan.
Dr Mahathir juga membangkitkan persoalan surat yag diterima Peguam Negara yang didakwa dihantar keluarga diraja Arab Saudi yang mengaku menderma RM2.08 bilion kepada Najib bagi tujuan mengekang keganasan.
“Siapakah orang Arab ini? Bagaimana dia memiliki banyak wang dan diberikan kepada orang lain. Apakah perniagaan dia? Bank manakah dia berurusan untuk memindah wang dan apakah dokumen sebagai bukti?, soalnya.
Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya bebas tetapi sebaliknya berlaku apabila memihak kepada Peguam Negara dan menerima arahan daripada beliau.
“Tidak hairan jika Malaysia disenarai antara 10 negara paling korup di dunia. Agensi anti rasuah tidak bebas,” katanya.
Dr Mahathir mengaku beliau juga takut dengan keadaan yang berlaku di negara ini apabila undang-undang dan peraturan tidak lagi mampu melindungi rakyat.
FMT.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena