Saturday 30 January 2016

Lepas Satu...Satu...Kes rasuah Scorpene akhirnya masuk mahkamah Perancis.

Ahad, 31 Januari 2016

Kes rasuah Scorpene akhirnya masuk mahkamah Perancis.
Pendakwaan pertama dibuat terhadap pihak didakwa memberi sogokan terhadap pegawai yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kes jualan kapal selam Scorpene oleh sebuah syarikat Perancis kepada Malaysia.
Ia berlaku selepas penantian hampir empat tahun.
Agensi berita Perancis melaporkan hari ini, pendakwaan dibuat terhadap bekas bos sebuah anak syarikat antarabangsa Thales – firma Perancis yang didakwa membayar komisen kepada pegawai kerajaan Malaysia.
Menurut AFP, Bernard Baiocco, 72, bekas presiden Thales International Asia (Thint Asia), didakwa pada 15 Disember tahun lalu atas tuduhan “aktif merasuah pegawai awam luar negara yang berkaitan dengan Najib Razak”.
Najib ketika itu bertugas sebagai menteri pertahanan.
Laporan itu menamakan penganalisis politik Abdul Razak Baginda sebagai pihak didakwa menerima sogokan itu. Razak Baginda tidak lagi berada di Malaysia pada masa ini.
Kerajaan pada 5 Jun 2002 mematerai rundingan bernilai RM3.7 bilion (1.035 bilion euro) dengan syarikat pembina kapal DCN International untuk membeli kapal selam Perancis bagi membentuk armada pertama kapal selam Malaysia.
Ketika dihubungi, Pengarah Pusat Melawan Rasuah dan Kronisme Cynthia Gabriel berkata “inilah saat yang kita nanti-nantikan”.
Cynthia antara sosok penting dalam saman berkaitan rundingan Scorpene yang difailkan oleh NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di mahkamah Perancis.


Laa...Ku ingat Ribut je yg MeLanda rupanya Taufan Pula yg Datang..
Lepas Satu...Satu...
Satu MaLaysia Laa Katakan...
Pak Menteri Badut Mana Pula yg Nak ambil Bahagian Mempertahankan Malapetaka Sekali ini...
Derma Pak Arab Zahid Komedi dah Melatah...
Aduhaii..PM Malaysia yg Berjiwa Besar ni...
Apakah diCipta untuk Meraih Bencana...
Janganlah Salahkan Rakyat bila mula berkata kata...
Barisan Pak Menteri tetap juga Mengangguk Kepala biarpun PM Kesayangan BerChempera..!!
Yang Pasti Rakyat Tetap diPerbodohkannya Selagi Terdaya..
-Nama Negara kian Popular Seantero Dunia..!!



Jika ini lawan nya, bring it on

Makin ceria hari kita...kahkah

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena