Wednesday 13 January 2016

Isu Siswa Lapar - "Pelajar universiti menangis kerana tiada duit"...'Menteri Oxford' tak akan faham.

Rabu, 13 Januari 2016

“Saya pernah lihat pelajar universiti menangis kerana tiada duit”

 | January 13, 2016
Aktivis bidas masyarakat yang tuduh pelajar universiti di negara ini sebagai manja
student
PETALING JAYA: Masyarakat perlu bersikap lebih adil terhadap golongan pelajar universiti dan tidak sepatutnya melabel mereka sebagai manja.

Aktivis pelajar, Hasliza Mohd berkata, kerajaan dan masyarakat tidak sepatutnya menafikan ada pelajar universiti yang kebuluran.

“Saya pernah melihat pelajar menangis setiap kali pada penghujung semester kerana kehabisan wang,” kata Hasliza yang juga ahli Serikat Mahasiswa and Ikatan Mahasiswa dalam temuramah eksklusif bersama FMT di sini, baru-baru ini.

Hasliza berkata demikian sebagai mengulas sikap skeptisme susulan laporan media berhubung dakwaan ada pelajar universiti kebuluran kerana masalah kewangan.

Mengenai cadangan pelajar bekerja sambilan, Hasliza menegaskan saranan itu belum tentu dapat menyelesaikan masalah pelajar kesempitan wang.

“Ia mungkin dapat membantu pelajar daripada sudut kewangan tetapi mungkin akan membebankan daripada sudut kehadirannya ke kelas dan tanggungjawab lain sebagai pelajar,” katanya.

Katanya, banyak faktor yang menyebabkan pelajar universiti berhadapan masalah kesempitan wang dan antaranya ialah terpaksa menghantar wang ke kampung demi menyara keluarga.
FMT.

Menteri Oxford' Tak Akan Faham Isu Siswa Lapar



Menteri lulusan pusat pengajian tinggi elit seperti Universiti Oxford tidak akan mampu memahami kesengsaraan pelajar universiti, sindir Wanita PPKR.

Zuraida Kamaruddin merujuk kepada kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (gambar) yang berkata beliau tidak merasakan terdapat mahasiswa yang kebuluran di negara ini.


“Sebagai graduan Oxford, beliau mungkin tidak mampu faham penderitaan mahasiswa universiti tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Pelajar susah universiti yang hanya ada RM5 sehari untuk makan adalah hakikat yang berlaku dan terpulanglah kepada kerajaan bagi memastikan mahasiswa ini dibekalkan dengan hidangan secukupnya setiap hari.”

Anggota parlimen Ampang itu juga berkata, kemiskinan di kalangan mahasiswa sentiasa menjadi masalah dan bertambah buruk dengan peningkatan kos hidup dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Kita tidak boleh buar mahasiswa teruskan hidup dengan hanya roti dan mi segera kerana makanan itu tidak memberikan nutrisi cukup untuk tubuh badan,” katanya.

Khairy yang juga ketua Pemuda Umno kelmarin meminta agar isu pelajar "kebuluran" tidak disensasikan dan dikaji dahulu kesahihannya.

Katanya, walaupun terdapat pelajar susah namun tidak ada kes sehingga berlaku kebuluran.

Beberapa pemimpin pelajar sebelum ini membangkitkan isu kesusahan pelajar berdepan kos sara hidup tinggi sehingga tidak cukup makan.

Laporan berkaitan kesusahan seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menahan lapar sehingga “usus terkoyak” dan “muntah darah” mendapat perhatian amat luas.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena