Isnin, 25 Januari 2016
Adakah Tabung Haji Masih Selamat?

Assalamualaikum.
Kami ingin berkongsi maklumat tentang apa yang sebenarnya berlaku sekarang ini di Tabung Haji. Kami terdesak, pandangan dan rintihan kami sebagai warga TH langsung tidak dihiraukan. Kami berpegang kepada prinsip amaar maaruf dan nahi mungkar, dan bukannya yang lain. Mana bisa kami berdiam diri lagi apabila institusi suci kebanggaan ummah, yang dibina dari titik peluh simpanan pakcik dan makcik di kampung, makin hari makin dirobek, dirogol dengan rakusnya tanpa menghiraukan halal dan haram, betul dan salah. Menitis air mata kami memikirkan nasib ummah dan malapetaka yang bakal menimpa mereka sekiranya kami masih berdiam diri.
Kami warga TH amat kesal dengan campur tangan ahli politik dalam pentadbiran. Ianya makin parah. Kami di paksa melakukan pelaburan yang berisiko, yang tidak sesuai dengan strategi pelaburan. Beberapa kali kami terpaksa membeli asset yang amat berisiko, walaupun cadangan pelaburan itu tidak melepasi penilaian dalaman. Hancur hati kami apabila terpaksa membayar asset-aset tersebut dengan duit umat islam yang hendak ke Tanah Suci menunaikan ibadat haji.
Kami tidak lagi amanah.
Kami dipaksa menipu.
Tidak perlu kami sebutkan apa yang kami di paksa beli. Anda semua pun tahu penglibatan TH dalam isu 1MDB. Mana kan tidak, ada beberapa Pegawai atasan kami juga menjadi Pegawai atasan 1MDB.
Pihak tertinggi tidak lagi mempertahankan maruah TH, sudah lupa akan tujuan sebenar penubuhan TH. Kalau dahulu kami amat berbangga dengan professionalism pihak atasan seperti Tan Sri Hanapiah – anak melayu pertama yang mempunyai lulusan charted accountant, tapi sekarang mereka yang tiada kelulusan langsung, yang mempunyai karater yang kasar, dilantik menjadi pengerusi.
Akibatnya jelas. TH dan pelabur umat Islam menjadi mangsa. Lihatlah apa yang dah jadi tahun lepas. Langung tidak ada simpanan. Kami untung RM2.98 bilion, tapi dividen yang diberi lebih dari itu, iaitu RM 3.3bil. Bukannya hendak menyimpan sedikit untuk pelaburan masa hadapan, tetapi terpaksa mengambi dari reserve untuk membayar dividen.
Paling dahsyat sekali, dan amat kami takuti dan bimbang, adalah apabila ada kemungkinan TABUNG HAJI TIDAK DAPAT MEMBAYAR SATU SEN PUN DIVIDEN TAHUN INI. Sepatutnya, kami telah mengisytiharkan kadar dividen semalam, seperti tahun lepas di mana kami mengishtiharkan pada 22 Januari 2015. Asset kami jatuh teruk. Amat teruk sekali.
Ini bukannya untuk menakut-nakutkan para pelabur kami, tapi inilah yang berlaku sekarang ini. KAMI TIDAK CUKUP DUIT UNTUK BAYAR DIVIDEN. Malah, menurut akta Tabung Haji, sekiranya nilai asset kami kurang dari liability, kami DI LARANG membayar dividen.

Kami amat tertekan. Kami ada bukti-bukti mengenai isu ini. Amaran keras dari pihak regulator amat jelas. Surat amaran yang pengerusi kami terima dan ditunjukkan kepada kami amat mengerunkan. Insya allah, akan kami siarkan sekiranya perlu.
Ya allah, selamatkanlah Tabung Haji!
Tabung Insiders at 8:38 AM
Monday, 25 January 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Popular Posts
-
Selasa, 4 Jun 2019 Jom Channel 1. RAKYAT SEDIH TANGGUNG HUTANG 1MDB 2. WALA' KEPADA PEMIMPIN PAS ATAU JADI SYAITAN BISU 3. SAMPAH IN...
-
[Video "Pilih Isa atau saya," kata Zakaria pada pemegang saham] Isa Samad menggali kuburnya sendiri?Rabu, 7 Jun 2017 Isa Samad menggali kuburnya sendiri? 07 Jun 2017 | ULASAN oleh DR DZULKIFLY AHMAD Tindakan Tan Sri Isa Samad me...
-
Isnin, 3 Jun 2019 PETRONAS Air tangan ibu tiada tandingannya. Mampukah Soraya menandingi keistimewaan resipi rendang tradisi ibunya? S...
-
Khamis, 25 Januari 2018 Permatang Pauh: Amanah pastikan kemenangan PKR jika Pas letak calon Parti Amanah Negara (AMANAH) akan...
-
Selasa, 16 Februari 2016 Rafizi: MARA patut tuntut RM14 juta bagi asrama di Australia Hari ini, 3:25 petang Ahli Parlimen Pan...
-
Sabtu, 29 Mac 2014 Kebakaran Avionics milik MAS Zunar Kartunis Fan Club 4 jam yang lalu Siapa sabotaj? Apakah ini...
-
Ahad, 9 Jun 2019 Jom Channel Baru-baru ini Salahuddin Ayub dilaporkan mahu berjumpa dengan aktivis dan badan masyarakat berkaitan pert...
-
Sabtu, 30 Ogos 2014 Jackson Doisi apa yg saya sampaikan bukanlah politik namun ini adalah kebenaran yang perlu di...
-
Sabtu, 2 Disember 2017 KITA TAK PERLU TUNGGU 30 TAHUN LAGI UNTUK MENGETAHUI SIASATAN 1MDB Rata-rata rakyat sedar penubuan RCI for...
-
Jumaat, 29 November 2013 Khalid Ibrahim mungkin ada motif menaikan gaji Adun Selangor TAFSIRAN MALAM ...
0 comments:
Post a Comment