Monday 1 February 2016

Ampun Tuanku; Apa perlunya ditukar MB...Lebih baik TUKAR PM MANFAAT BESAR KEPADA MALAYSIA!

Isnin, 1 Februari 2016


Inilah realitinya dalam UMNO.. Rupa2nya byk ANJING dlm parti haram-Umno..

Siapa kata..??? Anjing UMNO sendiri yg kata...

Okbai...

KEMELUT POLITIK KEDAH : Isunya bukan siapa calon MB, tetapi apa perlunya ditukar MB..!!


Ampun Tuanku,

1. Persoalan kemelut politik Kedah masih berterusan tanpa ada penyelesaian berteraskan kedamaian dan keinsafan. Penyelesaian yang dicari hanya berteraskan dendam untuk melenyapkan musuh politik Putrajaya. Penyelesaian tanpa melihat kepada hati nurani dan akal budi rakyat Kedah.

2. Penyelesaian yang dilakukan hanya dengan mengemuka 3 nama calon MB yang baru. Penyelesaiaan yang sangat berlawanan dengan hati nurani rakyat berbilang kaum dan agama di Kedah. Apa yang dipersoalkan rakyat Kedah sekarang bukannya siapa dia calon MB Baru Kedah. Tetapi yang dipersoalkan rakyat Kedah ialah apa perlunya tukar MB. Saya hairan apa yang sukarnya bagi Najib untuk memahami hati nurani dan akal budi rakyat Kedah.

TUKAR PM MANFAAT BESAR KEPADA MALAYSIA

3. Persoalannya sekarang, apa kesalahan besar dan dosa yang Mukhriz lakukan terhadap rakyat Kedah sepanjang beliau menjadi MB negeri kedah? Benar kata kata, manusia tidak sunyi daripada kesilapan dan kelemahan. Tetapi apakah kesalahan dan kelemahan Mukhriz lebih besar mudharatnya daripada kesalahan dan kelemahan PM Najib kepada rakyat seluruhnya? Apakah menggulingkan Mukhriz sebagai MB akan mendatang manfaat besar kepada pertumbuhan ekonomi negara?



4. Adakah dengan menyempurna agenda politik dendam Putrajaya terhadap Mukhriz ; ekonomi Malaysia akan pulih, nilai mata wang Malaysia akan pulih dan kukuh, pendapatan negara akan bertambah? Pulihkah keyakinan pelabur terhadap Malaysia dengan buang Mukhriz? Apakah harga getah dan kelapa sawit akan meningkat? Apakah dengan gugurnya Mukhriz sebagai MB akan selesaikan segala masalah beban kos sara hidup rakyat?

RAKYAT KEDAH BUKAN LEMBU DICUCUK HIDUNG

5. Saya percaya rakyat Kedah bukannya boleh dibuat lembu dicucuk hidung. Mungkin ada beberapa kerat Ahli Parlimen dan Adun serta Ketua Umno Bahagian yang boleh jadi seperti lembu dicucuk hidung, tetapi tidak kepada majoriti rakyat Kedah yang punya hati nurani dan akal budi yang tinggi.

6. Gerakan Komplot yang didalangi Putrajaya untuk menggulingkan Mukhriz sebagai MB telah menggangu kedamaian dan keharmonian politik Kedah yang mutakhir ini memperlihatkan politik matang yang aliran sederhana dalam perbezaan ideologi dan pendapat tetapi masih boleh bertolak ansur secara matang dan demokratik dalam mengurus perbezaan.

Ampun Tuanku, Pertahankan politik beradab.

7. Sudah lah tidak hormat dan bertindak biadab serta tidak beradab ke bawah Tuanku Sultan dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah dengan mencetus krisis politik pada waktu Tuanku Sultan dan rakyat jelata sedang menyambut hari keputeraan Tuanku Sultan yang ke 88 dan menyusahkan Tuanku Sultan dan rakyat dengan menghasut sebahagian Exco Kerajaan Negeri untuk tidak hadir Mesyuarat Exco ; kini dengan kedegilan politik yang tidak bertempat yang memaksa serta mengheret Tuanku Sultan dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi menyelesai masalah dalaman Umno sekaligus menyempurna agenda politik peribadi Najib yang giat menghapus musuh politik beliau.

AMPUN TUANKU! RAKYAT KEDAH TOLAK POLITIK TIDAK BERADAB.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
1 Februari 2016/22 Rabiulakhir 1437H

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena