Monday 17 August 2015

[Video] Guling Kerajaan - Rafidah Tak Percaya Cerita Zahid

Isnin, 17 Ogos 2015



Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata, segala agenda atau retorik yang cuba dimainkan pemimpin Umno hanya akan menjadi tontonan rakyat dan akan dihakimi menjelang PRU yang akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2015.

Polis terima 3 laporan

Polis terima 3 laporan berhubung komplot guling kerajaan - KPN
Khalid (gambar) bagaimanapun menegaskan pihaknya tidak akan mencampuri urusan mana-mana parti politik. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis menerima tiga laporan berhubung cubaan mengulingkan kerajaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika ditemui di Bukit Aman hari ini berkata tindakan akan diambil jika wujud sebarang perkara yang melanggar perlembagaan.

Khalid bagaimanapun menegaskan pihaknya tidak akan mencampuri urusan mana-mana parti politik.

Katanya, laporan itu dibuat beberapa individu berdasarkan kenyataan yang dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini.

Zahid pada Sabtu mendedahkan ada 'tokoh tertentu' daripada kalangan parti pemerintah yang ingin menggulingkan kerajaan.

Ahmad Zahid turut mendedahkan kewujudan komplot untuk menarik 37 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai 87 pembangkang serta seorang anggota Parlimen Bebas.

Beliau berkata ini bertujuan untuk membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2016 pada Oktober ini.
Ahmad Zahid bagaimanapun menafikan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassinterlibat dalam komplot itu.
Astro Awani 

Guling Kerajaan - Rafidah Tak Percaya Cerita Zahid



Ketika polis memulakan siasatan berhubung dakwaan wujud gerakan menjatuhkan kerajaan, bekas menteri Umno Tan Sri Rafizah Aziz pula tidak termakan dengan cerita-cerita sebegitu.

Katanya, beliau terkejut dan tidak yakin sama sekali dengan dakwaan itu, yang mula-mula dilontarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin.

Rafizah berkata, ketika pelbagai isu, termasuk berkaitan 1MDB dan derma RM2.6 bilion, masalah ekonomi serta pandangan ultra pelbagai bidang, tiada faedah untuk bertindak demikian.

“Tidak ada faedahnya bagi sesiapa juga, terutama dalam Umno dan BN sendiri untuk 'menjatuhkan' pemimpin dan 'menggulingkan kerajaan'.

“Tidakkah itu seperti memotong hidung kerana bencikan muka?” soalnya.

Justeru beliau mengingatkan supaya pemimpin Umno tidak sibuk mencemuh dan hendak menurunkan orang tertentu sehingga terlupa gelagat mereka diperhatikan.

“Rakyat yang mempunyai kuasa mengundi memerhati akan segala permainan dan lakonan politik itu dan akan membuat penentuan apa yang akan putuskan apabila sampai masa untuk mengundi,” katanya lagi.

Rafidah juga mengingatkan bahawa bukan komplot yang menentukan masa depan sesebuah parti, sebaliknya peranan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Zahid kelmarin mendakwa terdapat seorang pemimpin Umno sedang mengetuai gerakan untukmenjatuhkan kerajaan melalui "pintu belakang" dengan sokongan ahli parlimen pembangkang.

Naib presiden Umno itu berkata, sebagai menteri dalam negeri beliau difahamkan mereka ini sedang menyediakan akuan bersumpah (SD) untuk menggulingkan kerajaan.

Polis akan menyiasat laporan tersebut bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan setelah menerima tiga laporan.
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena