ADUN DAP pertahan sikap berkecuali dalam isu MB Kedah
ADUN DAP Kota Darul Aman Teoh Boon Kok mengaku mengambil pendirian berkecuali ketika bertemu Jemaah Pemangku Sultan Kedah berhubung dengan krisis menteri besar di negeri ini.
Ini di tengah-tengah spekulasi bahawa sikap berkecuali tiga ADUN pembangkang telah membantu kumpulan Umno yang memihak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah.
Dua lagi ADUN yang dinamakan telah mengambil pendirian berkecuali - iaitu ADUN DAP Derga, Tan Kok Yew dan ADUN Pengkalan Kundor dari AMANAH, Datuk Phahrolrazi Zawawi - enggan mendedahkan pendirian mereka sebagai menghormati Jemaah Pemangku Sultan Kedah kerana undi itu adalah rahsia.
Mempertahankan pendiriannya, Teoh (foto, kanan) berkata sama ada ianya Mukhriz atau Datuk Seri Ahmad Bashah yang menjadi menteri besar, kedua-dua mereka adalah dari Umno.
"Jangan lupa kami sentiasa menentang dasar-dasar kerajaan Mukhriz, termasuk bajet.
"Mana boleh kami mengkhianati pengundi dan prinsip kami dengan tiba-tiba menyokong beliau?" katanya.
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment