Kisah Rizalman Tak Tahan Nak Buang Air Jadi Bahan Ketawa TV New Zealand
Hilary Barry, yang bertugas dengan 3 News, tidak dapat menahan ketawa selepas membaca frasa 'tidak tahan untuk membuang air besar', alasan yang diberikan oleh Rizalman semasa perbicaraannya di Mahkamah Tinggi Wellington.
Menurut The Huffington Post, kejadian itu berlaku ketika segmen mengenai Rizalman muncul di mana frasa tersebut perlu dibacakan.
Skrip yang ditulis oleh wartawan Emily Cooper itu berbunyi:
"Muhammad Rizalman yang telah mencemarkan kerjayanya selama dua dekad dalam tentera Malaysia, hari ini (4 Feb) akan dihukum kerana melakukan seranngan tidak senonoh. Pada bulan November, dia mengaku mengekori Tania Billingsley yang pada ketika itu berusia 21 tahun pulang ke rumahnya.
"Dia berkata dia 'tidak tahan untuk membuang air besar' dan perlu menggunakan tandas, tetapi hakim dalam kes itu mendapati dia mempunyai motif seksual."
Ketika itulah Barry tergelak dan berkali-kali mengulangi ayat 'tidak tahan untuk membuang air besar'.
"Saya fikir saya sendiri pun ada rasa itu," katanya bergurau, sambil mengelap air matanya.
Malang bagi pembaca berita itu apabila cerita seterusnya adalah satu berita serius dan dia sukar untuk mengubah situasi apabila perlu melaporkan satu letupan bom terhadap kapal terbang di Somalia.
Pada akhir siaran dia berkata, "Hari ini mungkin boleh menjadi hari saya kehilangan pekerjaan..."
Mahkamah Tinggi di Wellington menjatuhkan hukuman sembilan bulan tahanan rumah terhadap Rizalman pada Khamis.
BLM.
0 comments:
Post a Comment