Saturday, 18 February 2017

[Video] Sultan Johor - 'Biar dia menangis, jangan kita menangis'...Baginda dilihat mengesat air matanya (Senarai 8 remaja berbasikal maut dirempuh kereta).

Sabtu, 18 Februari 2017



'Biar dia menangis, jangan kita menangis' - Sultan Johor

Lapan remaja lelaki maut manakala lapan lagi cedera termasuk dua kritikal - Foto Berita Harian


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar meminta ibu bapa supaya memantau pergerakan aktiviti anak-anak mereka serta tidak membenarkan mereka keluar bersendirian pada waktu malam.

Baginda turut bertitah kepada ibu bapa supaya melarang anak-anak mereka bermain di kawasan-kawasan bahaya bagi mengelak kejadian yang tidak dingini.

Sultan Ibrahim bertitah demikian kepada keluarga dan waris mangsa di rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru hari ini susulan kejadian lapan remaja berbasikal maut dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, dekat Johor Bahru awal pagi ini.

"Yang pergi tidak akan kembali, biarkan pergi, ini juga adalah pengajaran kepada ibu bapa untuk tidak membenarkan anak-anak mereka keluar pada waktu malam.

"Biar dia yang menangis, jangan kita menangis. Saya pun ada anak dan dah pergi tak kembali, kalau saya sedih awak sebagai ibu dan bapa kepada mangsa mesti lebih sedih. Ingat pesanan saya," titah baginda kepada keluarga mangsa.

Baginda, yang meluangkan masa lebih kurang 10 minit, kemudian mengucapkan takziah kepada waris mangsa sebelum dilihat mengesat air matanya.

Hadir sama, Imam Makam Diraja Mahmoodiah, Imam Masri Sapiran yang membacakan doa.

Dalam kejadian pukukl 3 pagi itu, dua lagi remaja lelaki masih kritikal manakala enam lagi cedera dan kini dirawat di HSA.

Kesemua mangsa terkorban dan cedera berusia antara 13 hingga 17 tahun.

Difahamkan, ahli keluarga dan waris mula berkumpul di hadapan bilik mayat HSA seawal 7 pagi.

Menurut sumber, seramai 17 petugas termasuk seorang doktor pakar dan empat pegawai perubatan serta pegawai sokongan HSA terlibat dalam bedah siasat kesemua mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.

Dalam kejadian itu, sebuah kereta yang dipandu seorang wanita berusia 22 tahun merempuh sekumpulan remaja berbasikal yang sedang berkumpul di Jalan Lingkaran Dalam dan jalan sekitarnya.
- Bernama
Malaysiakini.

Senarai 8 remaja berbasikal maut dirempuh kereta


Berikut senarai lapan remaja berbasikal yang maut akibat dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Tengah, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, dekat Johor Bahru awal pagi tadi.

Senarai mangsa disahkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri, Shaharudin Sharif.

1. Muhammad Firdauz Danish M. Azahar, 16, (Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damai Jaya.
2. Mohammad Azrie Danish Zulkefli, 14, (SMK Tan Sri Mohamad Rahmat)
3. Haizad Kasrin, 16, (SMK Permas Jaya)
4. Muhammad Shahrul Nizam Maruddin, 14, (SMK Tan Sri Mohamad Rahmat)
5. Fauzan Halmijah, 13, (SMK Desa Cemerlang)
6. Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimee, 15, (SMK Dato Abdul Rahman Yasin)
7. Mohamad Azhar Amir, 16, (SMK Permas Jaya)
8. Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14, (Sekolah Menengah Agama (Swasta) Pasir Gudang).
- Bernama

1 comments:

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...




Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena