Wednesday, 15 February 2017

[Video] KENAPA NAK REPAIR Mesin Proses OMR SPM pon dah TAKDA DUIT? Mana peruntukan Lembaga Peperiksaan Malaysia? Kekalkan Najib Sama Seperti Suruh Perompak Jaga Bank.

Rabu, 15 Februari 2017

Foto Suara Rakyat.

BILA DAH KANTOI.. cepat2 dipadamkan agar rakyat tak tahu keadaan & punca sebenar KPM Tunda Umum Keputusan SPM yg berpunca dari masalah kekangan peruntukan kewangan yg sedang dihadapi..

Najib kata ekonomi negara kukuh, mapan & lebih baik dari negara maju, KENAPA NAK REPAIR MESIN PON DAH TAKDA DUIT..
Duit2 GST sbtk RM57,270,000,000 (57.27 bilion) itu pergi ke mana??!!
Najib, Rosmah & anak beranak TIAP-TIAP TAHUN bercuti ke luar negara guna aset k'jaan ADA DUIT PLOK !!!
Mana duit GST kami? Tak akan la nak baiki mesin pun sampai tiada duit? Ada satu sahaja ke mesin tersebut? Duit GST dapat berbillion-billion pun masih kata tiada peruntukan untuk baiki sebuah mesin yang rosak, logik kah akal rakyat untuk menerima alasan sebegitu?

Mana peruntukan Lembaga Peperiksaan Malaysia?

 | MALAYSIA DATELINE
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khaled diminta memandang serius mengenai ketiadaan peruntukan kewangan bagi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) kata, Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin.
 Beliau mempersoalkan bagaimana kerajaan boleh terlepas pandang mengenai peruntukan yang tidak diberikan kepada LPM.
"Bagaimana kerajaan boleh terlepas pandang terhadap peruntukan kewangan kepada LPM sedangkan LPM mempunyai peranan besar terutamanya ketika musim peperiksaan dan tarikh keluar keputusan peperiksaan?
"Walaupun isu kerosakan mesin ini merupakan masalah teknikal namun kerajaan harus pandang serius kepada masalah ini yang saya percaya akan mendatangkan masalah-masalah lain pada masa akan datang.
"Ini sekaligus membantutkan operasi LPM dalam menjalankan tugas mengawalselia peperiksaan awam dengan efisien," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian Pendidikan Tan Sri Khair Mohamed Yusof semalam dipetik berkata, keputusan SPM 2016 akan ditunda ke 16 Mac depan ekoran LPM mengalami kerosakan mesin pemprosesesan optic (OMR) dalam satu surat pekeliling yang dikeluarkan oleh LPM.
Khair berkata, OMR itu hanya boleh dibaiki dan tidak boleh diganti disebabkan kekangan keangan yang dihadapai LPM.
Shamsul Iskandar yang juga Naib Presdien PKR berkata, beliau terkejut dengan kenyataan Khair dengan memberikan alasan kelewatan mengumumkan keputusan SPM 2016 kerana masalah kewangan dihadapi LPM.
"Saya berasa terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Tan Sri Khair mengesahkan keputusan SPM 2016 terpaksa ditunda dari 2 Mac ke 16 Mac 2016.
"Walauapapun alasan yang diberikan bagi menjustifikasi penundaan keputusan SPM 2016, hakikat yang harus diterima bahawa agensi kerajaan seperti LPM tidak mendapat perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan.
"Jika disemak semula pada Bajet 2017 yang diluluskan oleh kerajaan, tiada peruntukan yang diberikan kepada LPM," ujarnya.
Justeru beliau mendesak Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khaled, tampil ke hadapan untuk menjawab persoalan mengenai LPM dan mencari penyelesaian segera bersifat jangka panjang bagi memastikan kelancaran tugas oleh LPM mengendalikan peperiksaan awam.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena