Friday, 17 February 2017

[Video] Hadi: Tiada kerjasama dengan BERSATU & Tuan Ibrahim: PAS terus runding dengan BERSATU...Tim. Mursyidul Am Pas pulak ajak BERSATU duduk sepentas esok? Cammano!

Jumaat, 17 Februari 2017





Hadi ulangi pendirian tidak akan kerjasama dengan Bersatu

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengulangi pendirian tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) jika parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan Amanah.
Katanya, keputusan itu adalah muktamad selaras dengan garis panduan yang ditetapkan Pas sebelum ini.
“Terpulang kepada dia (Bersatu) untuk bekerjasama dengan DAP atau Amanah tetapi Pas ada garis panduan iaitu kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan kedua-dua parti tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila hari ini.
Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata parti itu akan mengadakan kerjasama dengan DAP susulan kenyataan Hadi yang Pas tidak akan bekerjasama dengan Bersatu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
Hadi membuat kenyataan itu selepas Dr Mahathir berkata Bersatu memberi tempoh sebulan untuk Pas membuat keputusan berhubung kerjasama kedua-dua parti tersebut.
Jawatankuasa Induk Bersama Bersatu dan Pas sebelum ini pernah mengadakan pertemuan untuk membentuk kerjasama, persefahaman dan muafakat politik.
CommentsMalaysia Dateline
Avatar
Belum sampai 12 jam mat yaakob timb mursyidul am seru ppbm agar hadir h355 bersama umno, hadi dah tibai kepala dia...haha
    • Avatar
      Inilah tujuan sebenar Hadi mencantas golongan progressive di dalam parti PAS tahun lalu. Sekarang dia memiliki segala kuasa untuk melakukan sesuka hatinya, kerana pemimpin pemimpin lain yg ada di dalam parti 90 juta itu sekarang ini, tidak lebih dari pantry maid atau posman.
    • Timbalan Mursyidul Am Pas ajak pemimpin Umno, Bersatu duduk sepentas esok

    0 comments:

    Post a comment

    Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
    SILA LAYARI
    Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
    PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

    Popular Posts

    © 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

    Designed by ScreenWritersArena