Wednesday 15 February 2017

[Video] 'UMNO dulu haram sudah, UMNO kini haram jadah'! Pas akan bersendirian atau dengan Umno, kata ahli MPT Bersatu

Rabu, 15 Februari 2017

Pas akan bersendirian atau dengan Umno, kata ahli MPT Bersatu

 | BORHAN AHMAD
Datuk A Kadir Jasin

Datuk A Kadir Jasin
Bersatu beranggapan, Pas sekarang tidak akan bekerjasama lagi dengan PKR dan juga partinya selepas meletakkan syarat tidak boleh ada hubungan dengan DAP dan Amanah jika mahu bersama mereka.
Sehubungan dengan itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Kadir Jasin berkata, Pas akan bersendirian atau bersama Umno dalam PRU - 14 nanti.
"Tolak campur darab bahagi kita sampai ke tempat yang sama iaitu Pas sama ada bersendirian atau berpakat dengan Umno," tulis Kadir dalam blognya, The Scribe.
Bagi bekas ketua pengarang kumpulan NST itu, Umno tentu tak mahu satu lawan satu dengan gabungan PPBM-Pakatan Harapan.
"Bertanding satu lawan satu, Umno mungkin kalah teruk. Jadi tak hairan langsung kalau Umno akan upah Pas untuk jadi "spoiler"," kata Kadir.
Kenyataan Kadir ini dibuat ekoran kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi wang bahawa partinya tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
"Jadi kalau kita ikut logik amanat terbaru Abdul Hadi itu, Pas bukan saja tak akan kerjasama dengan PPBM tapi juga dengan PKR sebab PKR adalah ahli Pakatan Harapan yang anggotanya terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah," kata Kadir.
Jadi, kata Kadir, kalau Pas nak kerjasama pun boleh jadi dengan Umno pasal Umno tak kerjasama dengan DAP dan Amanah.
"Tapi dengan Barisan Nasional susah sikit sebab ada parti BN yang tak sokong RUU355 Abdul Hadi," kata Kadir.
Menurut Kadir, para penganalisis dan peramal politik kata, sikap Abdul Hadi terhadap Umno atau lebih tepat terhadap Najib berubah menjadi sangat mesra selepas dia jatuh sakit di Turki pada bulan Mei tahun 2014.
"Sejak itu perhubungan Abdul Hadi dan Najib macam kembar Siam," tulis Kadir lagi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena