Monday, 27 February 2017

[Video] 3 Penjuru PAS Akan Kalah Di Semua Tempat & Momentum kedua perpecahan besar Pas sudah kelihatan.

Selasa, 28 Februari 2017

Image result for Gambar pemuda pas dan umno di atas kapal
Pemimpin Pas dan Umno sekapal dalam Nautical Aliya. Khalil, Nuridah dan Sanusi.
Kerengga
Momentum kedua perpecahan besar Pas sudah kelihatan 

AHMAD LUTHFI OTHMAN 
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mendakwa, Pas kini berdepan perpecahan setelah ia mula menampakkan kerjasama dan hubungan baik dengan Umno. 

“Saya boleh katakan hari ini Pas sudah terbelah dua dan sebenarnya sudah berpecah.


“Satu kekuatan yang saya pelajari dengan Pas (dahulu), sekiranya pemimpin itu dilihat benar-benar rapat dengan erti kata lain tidak menganggap Umno sebagai musuh mereka, Pas akan berpecah lagi. Saya berani menyatakan Pas akan berpecah dalam beberapa bulan akan datang,” katanya seperti dipetik Sinar Harian. 

Kenyataan Salahudin yang berpengalaman sebagai bekas Naib Presiden Pas paling kanan itu sebenarnya sudah lama dikongsi banyak pihak dan telah menjadi tanggapan serta kepercayaan umum. Meskipun senantiasa disanggah pimpinan tertinggi Pas dan menganggapnya fitnah semata-mata, persepsi bahawa Parti Islam itu lebih selesa dengan Umno berbanding parti-parti pembangkang sukar disangkal lagi. 

Blogger terkenal, Shahbudin Husin menyifatkan pimpinan Pas sebagai "mengada-ngada" dengan memberikan pelbagai syarat sebelum kerjasama dengan parti pembangkang, khususnya Bersatu, dapat diadakan.

Rahsia umum 

Malangnya, bukan rahsia umum lagi, pemimpin-pemimpin Pas dari Terengganu dan Kelantan. misalnya Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri, bersama Ustaz Nik Amar Nik Abdullah, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Dr Khairuddin Aman Razali dan juga Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi (walaupun berasal dari Pahang) dilihat berbeda pendekatan untuk memajukan parti, dengan Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Idris Ahmad dan Iskandar Abd Samad. 

Dikhabarkan, Iskandar, Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga anggota Exco Kanan kerajaan negeri, kerap juga bertembung dengan pimpinan parti dari Kelantan dan Terengganu, yang cuba campur tangan secara berlebihan, sehingga boleh menganggu persefahaman politik di negeri termaju itu. 

Malah, ada sumber mendakwa Iskandar sudah pun dilabelkan dengan gelaran yang negatif, sepertimana pernah dihadapi pemimpin Pas Selangor sebelum ini, misalnya Khalid Samad dan Dr Abd Rani Osman. Perbedaan bukan satu rahmat lagi. 

Mengenali Setiausaha Perhubungan, Khairudin Othman, saya kira Adun Paya Jaras itu juga tentu tidak selesa dengan pembawaan majoriti pemimpin tertinggi parti, yang menjurus kepada kehilangan hampir semua kerusi yang dimenangi pada 2013! 

Saya sendiri tidak percaya pendekatan atau rentak berpolitik berbeda boleh memecahkan parti. Lihat saja gaya berpolitik Dr Mahathir Mohamad berbeda dengan Muhyiddin Yassin, begitu juga dengan stail Muhammad Sabu dan Salahuddin Ayub, dan tidak terkecuali pendekatan Dr Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali. 

Pada era pertengahan 1990-an, ketika saya agak rapat dengan Dr Rais Yatim dan sering berkunjung ke pejabatnya di Jalan Tunku Abdul Rahman, bekas Timbalan Presiden Parti Melayu Semangat 46 itu menyuarakan rasa tidak puas hatinya dengan gaya aristokrat ketuanya, Tengku Razaleigh Hamzah. 

Malah, sewaktu gandingan mantap Pas, Ustaz Fadzil Mohd Noor dan Ustaz Hadi Awang, ramai pemerhati melihat kedua-dua tokoh mempunyai personaliti dan gaya berpolitik yang berbeda. Namun semuanya tidak membawa parti terbelah dua. 

Sejurus selepas program pemukiman Pas Pusat di sebuah hotel di Kuala Selangor, hampir tiga tahun lalu, saya berkunjung ke kediaman seorang pimpinan tertingginya, yang juga seorang ulama terkenal. Kami bersembang santai, terutama tentang kesihatan. Menyentuh soal polemik dalaman parti yang kecoh ketika itu, tokoh berkenaan membayangkan kemungkinan Pas mencari sekutu yang baru, meninggalkan Pakatan Rakyat. 

Saya bertanya, mungkinkan Pas kembali bertanding solo? Jawabnya, kalau Pas berseorangan, yang pasti semua kerusi di Johor dan Selangor akan kalah. Maknanya, beliau menyedari keperluan membentuk pakatan yang baru. Saya tidak rasa yang dirujuknya adalah Blok Ketiga, iaitu persefahaman bersama parti kecil, Ikatan, yang membentuk Gagasan Sejahtera, yang belum pun wujud ketika itu.

Ditanya lanjut, apakah pakatan baru dengan Umno. Jawabnya sambil tersenyum, tidak semestinya.
Semakin dekat, akrab

Justeru, saya kira "ramalan" Salahuddin bahawa Pas akan berpecah sekali lagi, akan menjadi kenyataan jika ahli-ahlinya dapat melihat kecenderungan politik pemimpin tertingginya adalah untuk membawa kerjasama -- walau dalam apa bentuk sekalipun - dengan Umno-Najib. 
Kerengga

*Disunting

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena