Friday 17 February 2017

[Video PAS Kelantan Diperkuda Menutup Rasuah Najib] Yang Kelantan perlu ialah RUU banjir, bukan 355 & MCA: Kabinet, BN tak minta Jamil hadiri himpunan Akta 355.

Jumaat, 17 Februari 2017
Gambar Banjir Di Kelantan 2014


Image result for Gambar banjir di kelantan
Kami penduduk di Kelantan ibaratkan kejadian yang berlaku merupakan tsunami kecil yang berlaku sebelum ini 10 tahun yang lalu.


Yang Kelantan perlu ialah RUU banjir, bukan 355, kata Amanah

 | February 15, 2017
Anwar percaya RUU itu akan disokong ahli Parlimen BN, selain dapat memberi tanggapan lebih baik kepada rakyat yang PAS benar-benar mementingkan kebajikan rakyat, bukannya sekadar bermain politik persepsi melalui RUU 355.
wan-anwar
PETALING JAYA: PAS sepatutnya mengusulkan rang undang-undang (RUU) persendirian berkaitan pengurusan bencana bukannya RUU persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) memandangkan Kelantan di bawah pimpinan parti itu sering dilanda banjir besar, kata Amanah.
Naib Ketua Pemuda Amanah, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, RUU itu lebih penting kerana hampir 20 akta, mekanisma dan Prosedur Operasi Standard (SOP) berhubung banjir dan alam sekitar yang diguna pakai kerajaan ketika ini gagal mengurangkan impak banjir.
Jika PAS memperjuangkan RUU pengurusan bencana itu, beliau percaya ia akan disokong ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), selain dapat memberi tanggapan lebih baik kepada rakyat yang parti Islam itu benar-benar mementingkan kebajikan rakyat, bukannya sekadar bermain politik persepsi melalui RUU 355.
“Daripada sibuk memberikan tumpuan kepada agenda RUU 355 yang masih tidak tahu hala tujunya, PAS melalui kerajaan negeri Kelantan sewajarnya memfokuskan satu RUU persendirian berkenaan pengurusan bencana yang jauh lebih penting dan mendesak kerana negeri tersebut acap kali terjejas dengan banjir skala besar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Anwar yang juga timbalan pengerusi Biro Undang-undang Amanah memberi contoh Akta Pengurusan Bencana 2005 di India yang merangkumi garis panduan menggerakkan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pasukan pertahanan awam dan syarikat korporat untuk menguruskan bencana banjir.
“Bagi syarikat korporat (di India), penglibatan aktif mereka dalam pengurusan bencana tersebut dijadikan tanggungjawab sosial korporat (CSR).”
Katanya, di Belanda pula, kerajaannya menyediakan dana besar dan berterusan bagi melaksanakan program pengurusan banjir seperti peruntukan 2.2 bilion euro (RM10.3 bilion) untuk projek Room for the River pada 2006 bagi mengurangkan risiko banjir di 4 sungai utama negara itu.
Menurut laporan media pada Januari 2015, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menganggarkan nilai kerugian harta benda awam akibat banjir besar yang melanda Kelantan pada akhir 2014 melebihi RM1 bilion.
Kementerian Kerja Raya pula menganggarkan RM338 juta diperlukan untuk membaik pulih kerosakan jalan, sistem pembentungan dan longkang akibat banjir yang melanda 9 negeri di Semenanjung pada hujung 2014...

MCA: Kabinet, BN tak minta Jamil hadiri himpunan Akta 355


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dijadualkan hadir pada perhimpunan Akta 355 esok bukannya atas arahan atau permintaan kabinet mahupun BN, kata Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan.
"Sekiranya Jamil atau menteri kabinet lain dan anggota BN menghadiri ‘Himpunan RUU355', ia adalah atas kehendak masing-masing dan mereka tidak mewakili kerajaan persekutuan atau BN.
"Kehadiran mereka tidak boleh ditafsirkan sebagai kerajaan atau BN bersetuju dengan cadangan PAS," kata Ong, yang juga adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II.
Beliau berkata perkara itu tidak pernah dibangkitkan oleh kerajaan atau parti pemerintah.
"Saya ingin menyatakan bahawa baik Kabinet mahupun Dewan Tertinggi BN pernah membincangkan cadangan menyokong pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Akta, atau Akta 355," katanya.
Ong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, yang mengumumkan bahawa Jamil Khir akan hadir dalam kapasiti sebagai menteri dan ini mencerminkan sokongan kerajaan terhadap perhimpunan tersebut.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dipetik oleh Bernama hari ini sebagai mengesahkan bahawa wakil-wakil kerajaan akan hadir pada perhimpunan itu.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena