Tuesday 14 February 2017

[Video] Tun M "Tak kan saya nak cium kaki pemimpin PAS baru nak jumpa?" Isu 'Pas dapat Dana RM90 juta' - Husam betul, presiden Pas silap

Selasa, 14 Februari 2017

Husam betul, presiden Pas silap, kata Hanipa dalam isu takut kalah bertanding

Biro Undang-undang Amanah (Kanun) menegaskan, Pas tidak harus mengandaikan Datuk Husam Musa akan kalah dalam kes dana RM90 di mahkamah kerana parti Islam itu belum pun mengambil tindakan terhadap Pengerusi Amanah Kelantan itu.
Pengerusinya Mohamed Hanipa Maidin berkata, peguam Pas sebaik-baiknya menasihatkan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar tidak mengeluarkan kenyataan yang dilihat tidak matang.
"Jika sekalipun Pas akan saman Husam dalam isu dana RM90 juta ini, tidak tentu lagi Pas mesti menang saman itu.
"Pas dan Presidennya tidak wajar membuat spekulasi apabila Pas saman Husam, maka Husam tidak akan buat apa-apa dan duduk diam sahaja. Oleh itu Pas akan menang kes itu dengan mudah.
"Saya tidak fikir Husam akan biarkan Pas menyamannya tanpa beliau melawan. Sudah tentu, bagi mempertahankan tuduhannya ,Husam akan lawan dan menggunakan khidmat peguam," katanya.
Bagaimanaapun beliau berkata, beliau membuat kenyataan ini dengan andaian laporan media berhubung dakwaan Abdul Hadi bahawa Husam sengaja membawa isu dana RM90 juta supaya beliau tidak boleh bertanding pilihan raya umum akan datang jika kalah dalam saman.
"Dari perspektif undang -undang, bagi saya, cateris paribus ( andaian apa yang diberitakan oleh malaysiakini adalah benar ), bagi saya, Husam betul dan Presiden Pas, dengan hormat, silap," katanya yang juga ahli Parlimen Sepang.
Mengulas lanjut, Hanipa berkata, jika Pas menyaman Husam, tiada jaminan kes saman itu akan pasti didengar atau dibicarakan sebelum pilihan raya umum.
"Saya tidak rasa mana-mana peguam sekalipun boleh berfikir begitu, apatah lagi Presiden Pas," ujarnya.
Menurut beliau juga, jika Pas menyaman Husam dan menang kes itu, belum pasti Pas akan mendapat ganti rugi yang sangat tinggi sehingga Husam tidak mampu membayarnya.
"Macam mana Pas atau Presidennya boleh dengan yakin Pas akan dapat ganti rugi yang amat tinggi sehinggakan Husam mungkin tidak mampu membayar ganti rugi tersebut.
"Dalam kes saman fitnah ada dua isu yang perlu difahami, isu lialibiliti dan isu kuantum ganti rugi. Katakan mahkamah putuskan kata kata Husam adalah fitnah, tidak tentu lagi secara automatik Pas pasti akan dapat ganti rugi yang tinggi," katanya.

1 comments:

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...










































































































































































































































































































































































Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena