Sunday, 26 February 2017

VETERAN PAS: ‘PERANGAI pemimpin PAS hampiri UMNO’ & Matlamat utama Pas bukan jatuhkan Umno! Kalau dah 'batak tetap batak'!

Ahad, 26 Februari 2017
Foto Otai BERSIH.
Saya tak cite pasal parti. Tapi saya cite pasal sikap individu yang perangai macam sesumpah. Kalau dah batak tetap batak.
KENA TIPU

‘PERANGAI PEMIMPIN PAS HAMPIRI UMNO’ – VETERAN PAS


Isu sensasi ahli parlimen Pas menghadiahkan kereta mewah Audi Q7 kepada isteri mudanya masih heboh di Terengganu.
Veteran Pas Terengganu yang kuat menyokong pentadbiran bekas Menteri Besar Tuan Guru Hj Hadi Awang (1999 – 2004) lalu ternyata kurang senang dengan kontroversi yang berlaku hari ini.
Hal itu, menurut mereka, ditambah lagi isu yang diledakkan oleh Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa mendakwa pemimpin tertentu menerima ‘dedak’ dari Umno akan memberi kesan buruk kepada imej parti.
Rata-rata veteran Pas menganggap parti itu mustahil mengambil semula Terengganu sebagaimana misi yang diuar-uar untuk pilihan raya umum ke 14 ini.
Bagi mereka, pemerintahan Pas sepenggal pada awal 2000 lalu tidaklah sebaik mana namun rakyat boleh bertahan kerana pemimpin ketika itu tidak dilanda kontroversi.
“Pas memerintah Terengganu waktu itu banyak celarunya, terutama dasar-dasar baru yang tidak berapa jelas
“Cuma ketika itu rakyat gembira. Hok moleknya mansuh tol jambatan Sultan Mahmud, hapus cukai bakul Pasar Payang, cuti dua hari seminggu dan beri tanah lot kepada rakyat.
“Yang lain, setakat meeting kerajaan negeri buka dengan al Fatihah dan tutup tasbih kafarah serta surah al Asr biasa saja,” kata seorang veteran Pas yang enggan namanya disiarkan.
Bagaimanapun, katanya, jika Pas menang kali ini keadaan tentu lebih caca merba kerana akhlak pemimpin parti itu cenderung mencontohi pemimpin Umno.
“Tapi jika Pas perintah Terengganu sekali lagi maka akan lebih teruk daripada 1999 dulu. Ini kerana perangai pemimpinnya dah sama dengan Umno
“Yang berbeza hanyalah serban dan kopiah. Alim dan jahil. Itu sahaja.
“Bukan Terengganu saja macam tu, Kelantan pun sama nasibnya. Kekukuhan kerajaan Kelantan dulu terletak atas keperibadian Tok Guru Nik Aziz . Bila Tok Guru dah tiada, nampak banyak kegagalan Pas perintah Kelantan,” katanya lagi.
Terkini, ahli dan penyokong parti itu di Kelantan dan Terengganu semakin resah apabila Pas didakwa akan menghadapi siri perpecahan gelombang kedua selepas muktamar April 2017 ini berikutan pelbagai isu yang gagal dijawab dengan baik oleh pimpinan utamanya.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena