Wednesday, 22 February 2017

[Video Hanya Hadi Aje Yg Sokong Najib] Bubar saja BN, bergandinglah dengan PAS.

Rabu, 22 Februari 2017

Foto Suara Rakyat.
Negara bukan Islam spt Korea Selatan yg mengamalkan politik integriti tinggi sejak 1998, jika pemimpin negara mereka terima 'dana haram', mereka segera letak jawatan.. siasatan terbuka... TETAPI kenapa kat sini payah..??!!!

PATUT LER.. "Najib bukan penjawat awam, tidak boleh disaman" - kata peguam Najib.

Bila lagi peguam Najib itu bakal dicalonkan atas 'NASIHAT' Najib sbg PEGUAM NEGARA ??!!

Bubar saja BN, bergandinglah dengan PAS


KUALA LUMPUR, 21 FEB: UMNO dicadang membubarkan pakatan politiknya dengan parti-parti komponen yang dilabel PAS sebagai ‘tidak menghormati Islam’, dan menubuhkan perikatan politik dengan parti tersebut.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mengemukakan cadangan itu ketika mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang menolak tawaran Lim Kit Siang untuk ikut serta dalam siri penerangan berkenaan skandal forex 1990.
“PAS telah menuduh MCA, Gerakan, MIC dan parti-parti komponen BN dari Borneo sebagai tidak menghormati Islam dalam perkara RUU 355. Kenapa UMNO masih berganding bahu dengan parti-parti yang ‘tidak menghormati agama Islam’ ini dalam BN?” soalnya.
Annuar sebelum ini dilapor menolak tawaran Kit Siang hanya kerana Ketua Parlimen DAP itu disifatkan sebagai ‘tidak menghormati undang-undang Syariah serta agama Islam’.
Walhal, Lim Kit Siang menyatakan kesediaannya setelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman mengajak pemimpin veteran DAP itu untuk menyertai pasukan petugas khas bagi menyiasat skandal tersebut.
“Mengapa Annuar tidak memenuhi tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen dengan membuat aduan kepada pihak berkuasa tentang kenyataan atau tatalaku Kit Siang seperti yang dituduh itu?
“Dan adakah siasatan ke atas skandal forex yang diarahkan Kabinet itu dijalankan di bawah undang-undang syariah sehingga Kit Siang, seorang yang bukan beragama Islam, dihalang daripada membantu siasatan?” soalnya lagi.
Lip Eng berkata Islam merupakan agama yang didirikan atas dasar keadilan dan kebenaran, namun apa yang dilakukan UMNO bercanggah sama sekali dengan prinsip tersebut.
“UMNO menyebarkan kebencian dan sikap pengecut seperti yang ditunjukkan melalui tuduhan palsu Annuar terhadap Kit Siang dan DAP.
“Saya tak hairan jika taktik menakut-nakutkan pengundi dengan modal agama dan kaum akan semakin menjadi-menjadi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 tidak lama lagi,” ujarnya. – Roketkini.com

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena