Wednesday, 22 February 2017

[Video OKU Hantam Umno! Takut DAP Tapi SAYANG Jho Low & Harga Ikan Naik 100%! Rakyat kini berhadapan kerajaan KORUP & ulamak politik yang BODOH!

Rabu, 22 Februari 2017

Foto Otai BERSIH.

HARGA IKAN NAIK 100 PERATUS..

1. Kehidupan rakyat hari ini semakin terdesak berikutan dengan kenaikkan harga barang keperluan. Yang terbaru adalah kenaikkan mendadak harga ikan sehingga mencecah ke tahap seratus peratus.

2. Perbandingan ini boleh dilihat dalam jadual harga Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia sepanjang pada awal tahun 2016. Perbandingan itu dibuat dengan tinjauan ke pasar-pasar antaranya Pasar Awam Larkin. Harga perbandingan adalah seperti berikut -
- Ikan Kembung : (2016) RM 12.00, (2017) RM 21.00
- Ikan Selar Biasa : (2016) RM 11.00, (2017) RM 19.50
- Ikan Selar Kuning : (2016) RM 8.00, (2017) RM 16.00
- Ikan Selayang : (2016) RM 7.00, (2017) RM 12.00

3. Harga ikan di atas kita dapati telah mengalami kenaikkan sekitar tujuh peratus hingga seratus peratus. Ini memang membebankan pengguna atau pembeli yang rata-ratanya adalah rakyat kebanyakan. Kenaikkan ini juga berlaku pada hari-hari biasa dan bukan dimusim perayaan.

4. Saya melihat kenaikkan harga ikan di pasaran adalah berpunca dengan kenaikkan harga minyak yang tidak menentu serta ditambah dengan cukai perkhidmatan (GST) yang dikenakan oleh pihak kerajaan terhadap rakyat.

5. Desakan kepada kerajaan agar meningkatkan keprihatinan terhadap masalah ini perlu digiatkan segera. Juga perlu diperlihatkan mengenai ketidak tentuan kenaikkan harga minyak yang terlalu mendadak agar kawalan harga keperluan dapat dibendung.
Foto Otai BERSIH.
Kjaan mendengar rintihan rakyat mengenai kos sara hidup...
 Pelajari cara membelanjakan duit BR1M dengan cara yang betul!
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Ye ke? Cayak lah lu!?

Apabila rakyat berhadapan dengan kerajaan yang korup dan jahat dengan ulama politik yang bodoh.


Tenat nya Ekonomi Rakyat, sementara menanti kan dan mengemis duit Gaji dan BRIM 

1- Semalam aku makan tengahhari lewat, pukul 3 ptg pergi kedai makan, lauk tengah hari banyak lagi tak habis, tak bersentuh, parking selalu penuh depan kedai, kali ni kosong..

2- Malam tadi aku jalan keluar makan, Jalan Lengang.. Kedai Makan boleh kata takda orang, fenomena yg sama kedai2 lain... aku dapat bayangkan yg duduk rumah makan Maggie.. atau hanya berjimat goreng telur sementara menantikan gaji dan BRIM..

3- Pergi Pasaraya.. Lengang dan Kosong..Member Cina aku mengadu jualan teruk, orang nak beli barang nilai RM 30 pun ramai yg kata tunggu, Gaji, tunggu dapat BRIM.. dia siap cakap Melayu mcm mengemis duit BRIM..

4- Aku ke UTC pagi tadi, terdengar orang tua 2-3 org sembang Kat LIF pasal BRIM, dia kata Najib penipu kata masuk 18hb.. tapi tunggu dari pagi sampai jam 4 masih tak boleh tunai, dpt Baucer.. Bank penuh dgn orang, Org Bank tu kata, mcm mana kami nak bagi..Kerajaan Masih belum bayar.. kawan aku suruh sampuk bila org tua tu kutuk Najib, aku kata tak payah la.. org tua mcm tu..minggu depan masuk duit BRIM ,dia puji balik Najib.. ingatan org Melayu ni Singkat..

Tak tahu bagaimana nak menghadapi tahun2 seterusnya..Bila Ekonomi teruk, Kilang dan Perniagaan ditutup.. berapa ramai Ketua Keluarga akan kehilangan Pekerjaan dan pendapatan.. Ketua Keluarga yg terdesak dan perlu kan duit, mula berfikir untuk melakukan Jenayah.

Anak di rumah terabai, Kebajikan tidak terlaksana di sinilah punca2 berlaku nya Jenayah.. anak2 yg terbiar bila mak bapak sibuk cari duit, akan lahir lah generasi yg dekat dgn Zina, Minum arak, merokok, Dadah dan pelbagai aktiviti jenayah..

Melihatkan ekonomi hari ini.. inilah kebimbangan kita.. tetapi ada kelompok Takfiri dan Khawarij masih bicaral soal Potong tangan, Sebat kepada pengzina..

Kata depa, laksana semua ini, segala masalah ini akan selesai.. sedang punca segala masalah jenayah adalah ekonomi, kebajikan dan pemerintah yang mengabaikan hak rakyat..

Ulama hilang Kebijaksanaan bagi melihat keutamaan.. Saidina Umar sendiri menangguhkan perlaksanaan Hudud di kala musim kemarau..aku bimbang melihatkan nasib  generasi Melayu Islam akan datang...

Kini kita bukan lagi hanya berhadapan dgn Kerajaan yg korup dan jahat untuk buat perubahan..,

Tetapi Ulama politik yg Bodoh dan Jahat..!!

Posted by Kedah Lanie

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena