Tuesday 21 February 2017

[Video] Husam didakwa lari dari DEBAT BAIAH tapi dia 'mari'!

Selasa , 21 Februari 2017


Menjelang jam 10 malam Ketua Pemuda PAS Kelantan berucap di majlis ceramah "Husam Lari Dari Debat Baiah" di Kota Bharu.
Antara ucapan Ahmad Fadhli Shaari itu ialah: "Malam ni kita nak tahu siapa jantan, siapa betina."
Majlis ceramah itu diadakan sebagai penjelasan kepada orang ramai mengenai sikap bekas exco Kelantan yang pernah dipilih ahli PAS sebagai naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa.
Penceramah lain yang dijadual berucap pada majlis itu ialah Exco Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, yang sebelum ini mahu berdebat dengan Husam.
Ceramah dilangsungkan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu.
Menjelang jam 11 malam, tiba giliran Yang Dipertua PAS Keterah, Wan Ismail Wan Jusoh, yang pernah disebut namanya oleh Husam dalam salah satu ceramah Parti Amanah Negara (AMANAH) di Kelantan baru-baru ini.
"Baiah ni urusan agama, dibahas dalam kitab Arab. Husam ni ngaji (belajar) SIC (Maktab Sultan Ismail). Reti ko bahaso Arab (Fahamkah bahasa Arab)? Pah nokdebat dengan Ustaz Nasurudin lagu mano (Dah tu nak debat dengan Ustaz Nassuruddin macam mana?" katanya.
Tanpa diduga banyak pihak, tiba-tiba kelibat Husam muncul di situ dan mengambil tempat di pentas ceramah dengan duduk di barisan kerusi di belakang Nassuruddin.
Husam berada di situ untuk beberapa ketika sambil mendengar ucapan yang mengecam dirinya.
Menurut Sinar Harian, kemunculan Husam itu menimbulkan ketidakselesaan penonton serta pimpinan PAS yang ada di atas pentas itu.
Namun kehadiran Husam tidak mengganggu Wan Ismail meneruskan ceramah dan penjelasannya walaupun ia secara langsung mengkritik ADUN Salor itu.
Menjelaskan keadaan itu melalui Facebook, Husam menulis: "Ingatkan malam ini debat baiah akan berlangsung. Malang! Bukan Husam lari. Husam mari."
Husam kemudian meminta sedikit masa untuk memberi penjelasan pada ceramah itu kerana ia secara khusus mengkritik dirinya.
Bekas setiausaha politik Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu memaklumkan kepada pengerusi majlis, beliau mesti diberi masa untuk berucap kerana namanya telah "dijual".
"Nazman (pengerusi majis) memberitahu, Datuk Nassuruddin tidak benarkan!" katanya di Facebook.
Husam akhirnya meninggalkan kawasan ceramah selepas tindakan beberapa individu menyebabkan keadaan menjadi tegang.
Membuat penjelasan di tempat lain selepas itu, Husam berkata, beliau tetap bersedia berdebat dengan Nassurddin "pada bila-bila masa".
"Saya masih sedia berdebat dengan Ustaz Nassuruddin pada bila-bila masa.
"Debat tak sama macam (pelaksanaan) haji dan puasa. Kalau puasa, kita kena puasa apabila masuk 1 Ramadan. Tapi (nak) debat tak payah tengok anak bulan," katanya.
Menjelaskan kehadirannya, Husam memberitahu beliau datang ke ceramah itu kerana menjangkakan akan diberi peluang untuk berucap.
"Kalau saya diberi peluang, malam ini (malam tadi) akan jadi mini debat," katannya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena