Friday 26 January 2018

[Video Kenapa Najib Umno Politikkan MARA MRSM Melayu Miskin & Bersandiwara Tanah FELDA] Mengundi untuk kebaikan, bukan untuk kerosakan #UNDIBAIKBAIK.

Jumaat, 26 Januari 2018

Mengundi untuk kebaikan, bukan untuk kerosakan #UNDIBAIKBAIK


Realiti pertama, kita sedang berbicara tentang pilihan raya umum. Tidak kiralah apa pun tindakan yang kita pilih, sebuah kerajaan akan tertubuh. Dan kerajaan itulah yang akan membuat undang-undang, buat dasar dan menentukan ke mana hala tuju perbelanjaan negara ini. Yang kemudian hari sama ada kita memilih atau tidak memilih, akan turut terkesan.
Realiti kedua, pilihan raya kuhususnya dan politik Malaysia secara amnya tidak pernah berdiri atas padang sama rata. Maka sesiapa pun yang nak menang melawan pemerintah sedia ada yang sudah berkuasa nak masuk satu abad, perlu pelbagai jenis strategi luar biasa dan bantuan pengundi yang luar biasa untuk menang.
Dua realiti ini saya cadangkan sentiasa menjadi pertimbangan sesiapa pun yang berharap untuk kita keluar dari koma demokrasi ini. Saya tidak sebut memulihkan demokrasi, saya kata untuk keluar daripada koma saja dulu. Jalan memulihkan demokrasi masih panjang dan jauh.
Hakikat yang kita terpaksa telan adalah sistem pemilihan yang kita pakai hari ini, iaitu first-past-the-post, bukanlah sistem yang sempurna. First-past-the-post secara mudahnya bermaksud siapa yang dapat lebih undi dia menang. Sehingga ke titik paling ekstrem, boleh menang meskipun dengan hanya kelebihan satu undi. Ini adalah sistem yang boleh mewujudkan situasi jika terdapat 50 orang dalam satu kawasan, yang mendapat sokongan 15 orang boleh menang meskipun tidak disukai oleh 35 orang lagi.
Situasi ini hampir pasti berlaku apabila terlalu banyak pilihan. Sehinggakan memilih pihak yang kita paling suka atau yang kita rasa paling baik berupaya memenangkan mereka yang paling kita benci dan paling memudaratkan kita.
Biar saya berikan contoh, sekiranya dalam satu sidang ada 50 orang. Yang paling dibenci majoriti di dalam sidang itu adalah A, namun A mempunyai 15 orang penyokong kuat. Jika berlaku pemilihan, 5 orang yang lain memilih B, 5 lagi memilih C, 10 lagi memilih D dan 15 lagi merosakkan undi. Keputusannya jelas, A akan menang meskipun 35 yang lain merasakan akan memudaratkan mereka.
Itulah yang dimaksudkan memilih pihak yang paling disukai atau tindakan yang dirasakan paling baik, telah memenangkan pihak yang paling dibenci. Sistem first-past-the-post memang cenderung melahirkan situasi ini. Sukar untuk memilih yang paling ideal, seolah sama sahaja dengan memilih pihak yang dibenci sebab akhirnya itu yang akan berjaya.
Maka, dalam sistem pemilihan ini, memilih atau menunggu pihak yang paling sempurna juga mengakibatkan pihak yang paling memudaratkan dapat terus diberi peluang memudaratkan kita. Itulah paradoks sistem ini dan suka atau tidak kita terpaksa berdepan dengan realiti. Kita masing-masing ada cita-cita ideal masing-masing, tetapi apakah dengan strategi yang salah kita boleh mencapai cita-cita kita itu?

Saya dah kupas berkenaan realiti sistem pemilihan dan paradoksnya. Apakah ada strategi yang boleh kita pakai untuk berdepan dengan realiti ini? Saya cenderung untuk #UndiBaikBaik. Iaitu kita tidak perlu suka parti yang akan menang, namun jangan kita membuka jalan kemenangan kepada parti yang akan meneruskan kemudaratan. #UndiBaikBaik bermakna kita teliti antara kesemua parti dan melihat siapa berpeluang menewaskan parti yang paling memudaratkan. Kemudian mengundi parti itu meskipun hati kita tidaklah sepenuhnya menyokong parti berkenaan.
Sudah tentu idealnya kita mahu yang paling sempurna segala segi menang. Namun realitinya, disebabkan menunggu yang paling sempurna, kita mendapat yang paling teruk.
Saya tidak mahu memaksa semua untuk melihat parti mana yang jika menang akan mendatangkan mudarat yang lebih besar. Antara yang sudah jelas nyata di depan mata dengan yang masih belum pasti, saya yakin semua cukup bijak membuat pilihan.
Bagi saya, mengelakkan mudarat itu lebih penting. Kalau ada yang berkata apa salahnya kita sabar menghadapi kemudaratan selama lima tahun lagi demi mencari kesempurnaan. Saya ingin bertanya mengapa perlu seksa diri jika kita boleh memilih untuk mengurangkan kemudaratan? – Roketkini.com
Edry Faizal Eddy Yusof merupakan Ahli Jawatankuasa DAP Selangor dan Ahli Majlis di Majlis Perbandaran Selayang.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena