Thursday 25 January 2018

[Video Tun M: Najib Tak Curi Duit? Najib Cakap Dengan Kambing Boleh Lah] Undi PH Islam dan Melayu terjamin. Undi PH jatuh Kleptokrasi. Undi PH lawan rasuah.

Khamis, 25 Januari 2018

Image result for Gambar Pakatan Harapan
Image result for Gambar Pakatan Harapan

Jaminan untuk Melayu dan Islam

Ada orang kata kalau Pakatan Harapan (PH) menang, Islam akan terpinggir. Melayu akan terpinggir. DAP akan dominan. Cina akan berkuasa.
Ini semua tidak lain dan tidak bukan hanyalah propaganda politik untuk menakutkan rakyat. Mereka tidak mahu rakyat buat perubahan. Sebab itu mereka ditakutkan dengan momokan yang bukan-bukan.
Semua pemimpin utama PH telah menandatangani perjanjian, bersetuju untuk memastikan sekiranya PH menang dan memerintah kedudukan Islam terjamin, Bahasa Melayu terjamin, Kedudukan Raja-Raja Melayu terjamin. DAP setuju. PKR setuju. Amanah Setuju. Pribumi Bersatu pun setuju.Ada perjanjian. Tandatangan. BN ada. Parti lain ada? Tak ada tuan-tuan. Pakatan Harapan ada perjanjian.


Sebab itu Barisan Nasional (BN) boleh perkenalkan PPSMI dulu. Belajar matematik dalam Bahasa Inggeris. Belajar sains dalam Bahasa Inggeris. Sebab itu masa zaman BN, tanah rezab Melayu banyak tergadai. Sebab itu zaman BN pernah sekat peruntukan perkapita kepada sekolah-sekolah agama.
Dalam PH, siapa pun jadi PM, siapa pun jadi Menteri kedudukan Melayu, Islam, dan raja-raja Melayu terjamin.Semua sudah setuju. Apa lagi yang tuan-tuan nak?
Ada orang tuduh PH ni anti Islam, anti hudud, anti undang-undang syariah. Ini semua fitnah. Pemimpin Amanah antaranya ialah mereka yang pernah terlibat menderaf Enakmen Jenayah Syariah Kelantan dulu.
Pemimpin PKR secara jelas menyebut bahawa perlaksanaan Hudud mesti dibuat dengan merujuk kepada prinsip-prinsip maqasid.
Pemimpin DAP berkata mereka sokong apa juga perlaksanaan Islam selagi ianya masih dalam kerangka perlembagaan negara.
Isunya bukan anti Islam, atau anti hudud, atau anti syariat Islam. Kita hanya berbeza pandangan dari sudut kaedah dan pendekatan sahaja dengan parti lain. Perbezaan hanya dari sudut fiqh sahaja. Fiqh berbeza, bukan bermaksud syariatnya berbeza.
Ini yang ramai keliru. Ini yang ramai salah faham. Ada yang cuba memecah belahkan rakyat dengan isu-isu agama sedangkan ianya hanya perbezaan pandangan dari sudut kaedah dan fiqh sahaja.
Jadi tuan-tuan boleh undi Pakatan Harapan tanpa ragu-ragu. Undi Pakatan Harapan tanpa bimbang. Islam dan Melayu akan lebih selamat dan kuat di bawah Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan ada empat parti. Ada DAP. Ada PKR. Ada Amanah. Ada Pribumi Bersatu. Satu parti sahaja yang pemimpinnya bukan Islam. Tiga parti lagi pemimpinnya adalah orang Melayu. Orang Islam. Budak tadika pun tahu, Tiga dengan Satu… Tiga lagi banyak. Tiga dengan Satu, Tiga lagi dominan.
Bila nak buat keputusan, semua pemimpin empat parti dalam PH akan duduk bincang. Keputusan dibuat secara rundingan. Masing-masing bawa hujah. Masing-masing bawa pandangan. Masing-masing bentang fakta. Mana yang terbaik kita ikut. Ini PH.
Bukan macam BN. Dalam BN, semua ikut ketua…apa ketua nak … semua ikut. Kalau lawan kena pecat. Ini BN. PH berbeza. Tiga perempat parti pemimpinnya Melayu. Pemimpinnya Islam tidak munasabah untuk menuduh PH di dominasikan oleh parti Cina.
Sebab itu kita mengajak tuan-tuan guna akal. Berfikir secara rasional. Jangan mudah terpengaruh dengan propaganda politik pihak yang menentang kami.
Undi PH rakyat sejahtera. Undi PH Islam dan Melayu terjamin. Undi PH jatuh Kleptokrasi. Undi PH lawan rasuah.
Tuan-tuan, kita buat perubahan. Kita bina semula negara kita.
*Penulis adalah seorang penyaokong Pakatan Harapan.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena