Monday, 29 January 2018

[Video Angpau 'Semoga kamu lebih kaya dari Ah Jib'] PKR tawar sampul angpau 'RM2.6b’.

Isnin, 29 Januari 2018


PKR tawar sampul angpau 'RM2.6b’

Menjelang tahun Baru Cina ini, PKR akan menjual sampul angpau yang tertera perkataan "dua puluh enam ratus juta" (2.6 bilion) dalam tulisan Cina berwana emas.
Di belakang, sampul itu pulat tertera perkataan: "Huat (makmur) lebih daripada Ah Ji".
Walaupun ia hanya sampul kosong, PKR berharap orang ramai boleh menggunakannya sebagai ucapan mendoakan kemakmuran dan kesihatan yang baik pada Tahun Baru Cina.

Menurut Timbalan Pengarah Strategik Pemuda PKR, Chua Wei Kiat, reka bentuk sampul itu sangat bermakna kerana ini adalah tahun pilihan raya.
"Kami berharap semua orang mendapat mesej dan membantu membawa perubahan," katanya pada sidang akhbar hari ini.
Sampul ini bagaimanapun, bukannya diedarkan secara percuma. Satu set yang mengandungi 25 sampul dijual pada harga RM20 dan hanya dipasarkan melalui dalam talian, untuk sekarang.
Chua menjelaskan bahawa usaha itu adalah sebahagian daripada projek parti itu mengumpulkan dana.
Walau bagaimanapun, jika ada yang mahu sampul merah "politik" percuma, mereka boleh mendaptkannya daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi laman media sosial Facebook 'Ah Jib Gor' dalam bahasa Mandarin.

Sampul itu mengandungi karikatur Najib serta masyarakat pelbagai kaum mengadakan 'Lou Sang', selain gambar makanan tradisional masyarakat Cina seperti kuih bakul.
Peminat hanya disyaratkan untuk menekan 'Like' pada laman itu dan mengisi butiran peribadi seperti alamat rumah, nama penuh dan nombor telefon masing-masing menerusi pautan untuk menerima sampul berkenaan.
Setiap peket mengandungi enam keping sampul angpau dan akan diedarkan sementara stok masih ada.
malaysiakini.


0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena