Thursday 25 January 2018

[Video KEPERCAYAAN Kit Siang jadi PM] #UNDI ROSAK ATAU #PROTES PRU 14! Tidak seharusnya dilakukan oleh penyokong Pakatan Harapan & Penyokong UmnoBN lebih BERPAHALA jika melakukanya.

Jumaat, 26 Januari 2018

Related image
Image result for Gambar Pas bergabung dengan umno
PAS kini mengambil pendekatan lebih lunak dalam gerakan mereka berdepan dengan Umno..

#UNDI ROSAK ATAU #PROTES PRU 14, PENYOKONG BN LEBIH BERPAHALA JIKA MELAKUKANNYA

Kempen untuk merosakkan undi atau memboikot PRU 14, atas apa alasaan sekali pun, ia tidak seharusnya dilakukan oleh penyokong Pakatan Harapan dan mereka yang mahu kepada perubahan.

Tindakan itu, jika diteruskan hanya akan memberi ruang lebih terbuka kepada UMNO dan BN untuk terus berkuasa serta Najib Razak mencaturkan kerakusannya dalam negara ini.

Sepertimana yang disebut oleh seorang pensyarah undang-undang Universiti Malaysia, Azmi Shahrom, mengundi Pakatan Harapan ialah untuk memastikan perubahan, bukan kerana menyukai Tun Mahathir Mohamad atau sebab-sebab yang lain.

Kata beliau, tanpa memberi peluang kepada Pakatan Harapan berkuasa dan BN ditumbangkan, tidak mungkin sebarang perubahan atau reformasi dapat dilaksanakan.

Atas hakikat itu, melakukan undi rosak atau memboikot PRU 14, sedangkan dalam masa yang sama mahukan perubahan dan sudah tertanam perasaan benci yang membuak-buak terhadap Najib, UMNO serta BN, ia adalah perbuatan yang sama sekali tidak relevan serta sia-sia.

Sebaliknya, undi rosak dan protes dalam pilihanraya akan datang adalah wajar dan lebih berpahala jika dilakukan oleh penyokong UMNO atau BN.

Adalah disedari ramai penyokong UMNO dan BN tidak setuju dengan Najib yang terlibat dalam skandal 1MDB serta seolah-olah melindungi sekian banyak skandal lain seperti Felda, MARA, Felcra, isu melibatkan KP SPRM dan sebagainya yang diketahui menjadi punca bertimbunnya pelbagai masalah dalam negara ini.

Semua isu tersebut adalah saling kait-mengait dengan kedudukan dan sokongan mereka terhadap Najib yang dalam masa yang sama terpalit dengan 1MDB, oleh yang demikian selagi beliau kekal sebagai Perdana Menteri, selagi itulah segala-galanya akan tersimpan dan dilindungi.

Dengan melakukan undi rosak atau memboikot pilihanraya dengan tujuan mengelakkan Najib kekal berkuasa, penyokong UMNO dan BN sebenarnya secara diam-diam telah melakukan suatu tindakan terpuji dalam konteks menyelamatkan masa depan negara.

Negara ini tidak mungkin menjadi lebih baik, bukan saja berkaitan 1MDB, tetapi juga semua isu-isu lain, ada jalan penyelesaian yang berasaskan kebenaran sekiranya Najib, UMNO dan BN terus dipanjangkan lagi hayat kuasanya.
Tindakan melakukan undi rosak dan memboikot pilihanraya bukanlah asing bagi penyokong UMNO. Sebelum ini sudah ramai yang melakukannya pada PRU 2008 kerana tidak setuju dengan kepimpinan Tun Abdullah Badawi serta bimbang gejala budak-budak tingkat 4 yang dikepalai oleh KJ terus merosakkan negara.

Akibatnya, buat pertama kali BN hilang majoriti dua pertiga, lima negeri  terlepas ke tangan pembangkang dan Pak Lah akhirnya mengundurkan diri.

Namun, Najib lebih "bahaya"  berbanding Pak Lah. Meskipun keputusan pilihanraya 2013 lebih buruk berbanding 2008, Najib bukan saja tidak mahu meletakkan jawatannya, bahkan dalam keadaan kuasa yang dipegangnya terumbang-ambing pun, beliau tidak malu-malu menjerumuskan dirinya dalam skandal 1MDB, membiarkan keluarganya membazir serta mengamalkan gaya hidup mewah paling tersohor di dunia ini.
Untuk itu, ubat paling mujabab bagi "penyakit" yang dibawa dan diakibatkan oleh Najib ini hanyalah dengan tumbangnya UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.

Bersama Pakatan Harapan dalam usaha menyelamatkan negara, melakukan undi rosak atau memboikot pilihanraya bagi penyokong UMNO dan BN adalah sama-sama merupakan suatu tindakan terpuji dan pasti ada pahalanya yang tersendiri. (ShahbudinHusin 26/01/2018).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena