Friday 26 January 2018

[Video SEBENARNYA Ia bukan mengenai graduan menjual nasi lemak] "Ada Pas ke atau tak de ke, gelombang rakyat tumbangkan BN dah takleh dihalang!" Pemuda Pas Johor sertai Amanah & Najib, hang cermin diri dulu lah!

Jumaat, 26 Januari 2018

Foto Danish Gallo.
Danish Gallo
11 jam
Sokongan rakyat sejak PRU12 lagi, & PRU14 mmg dijangka ada gelombang besar lg sbb masalah kos sara hidup & hutang negara ketara mempengaruhi ekonomi negara...
Ada Pas atau tak de...gelombang rakyat tumbang BN da takleh dihalang...k


Bekas Ketua Penerangan Pemuda Pas Johor bersama keluarga sertai Amanah


Shamsul Bakri (dua dari kiri) ketika menyerahkan borang keahlian  kepada Mazlan Aliman  yang turut disaksikan Suhaizan Kaiat (empat dari kiri).

Parti AMANAH Negara Kawasan Tebrau menerima masuk ahli baru dari Pas Shamsul Bakri dalam satu majlis sederhana malam tadi.

Shamsul ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Negeri Johor merangkap bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Tebrau.
Beliau juga aktivis Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
“Saya kagum dengan jiwa besar dan keterbukaan pemimpin AMANAH Tebrau serta rakan-rakan.
“Meskipun tidak dapat kerusi Dun Puteri Wangsa, mereka tak patah semangat sebaliknya terus berjuang memenangkan Pakatan Harapan.
“Saya umum sertai Parti Amanah Negara bersama tujuh ahli keluarga dan rakan-rakan saya malam ini,” ujarnya ringkas.
Borang keahlian diserahkan kepada ahli jawatankuasa AMANAH Nasional Mazlan Aliman yang juga presiden Anak.
Turut hadir naib pengerusi AMANAH Johor Suhaizan Kaiat.
Foto Pakatan Harapan.
CERMIN DIRI DULU SEBELUM SALAHKAN ORANG LAIN
Saya ambil maklum kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pada 23 Januari lalu yang menyalahkan seorang pemimpin kononnya memperkenalkan kereta nasional sehingga mengakibatkan pengangkutan awam diabaikan.
Saya yakin pemimpin yang dimaksudkan Najib adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga merupakan seteru politiknya ketika ini kerana kereta kebangsaan Proton merupakan idea pemimpin tersebut.
Namun, alasan yang diberikan Najib langsung tidak masuk akal dan boleh dianggap sebagai dangkal kerana bagi saya rakyat kurang menggunakan pengangkutan awam bukan kerana adanya kereta nasional sebaliknya Najib perlu melihat sendiri tahap keberkesanan pengangkutan awam di Malaysia ini.
Masih banyak rungutan daripada rakyat berhubung masalah-masalah yang masih berlaku dalam perkhidmatan pengangkutan awam seperti kelewatan dari masa yang ditetapkan, kerosakkan teknikal yang kerap dan banyak lagi.
Saya pasti sekiranya pengangkutan awam di Malaysia di tahap yang memuaskan, sudah pasti rakyat lebih memilih menaiki pengangkutan awam berbanding kereta terutama untuk mengelakkan daripada dikenakan bayaran tol dan kesesakan lalu lintas.
Apa yang boleh dilihat, pemimpin kurang cerdik seperti Najib sanggup membandingkan dan menyalahkan pemimpin terdahulu demi menutup kelemahan kepimpinannya kini.
Walhal pembuatan kereta nasional membuktikan kebolehan anak watan tempatan dalam meneroka industri pembuatan seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara yang baik melalui cukai keuntungan yang diperoleh daripada industri berat tersebut.
Malah projek kereta negara itu juga telah meletakkan nama negara di persada dunia. Jika ingin dibandingkan dengan zaman pemerintahan Najib, hanya skandal mega negara seperti 1MDB sahaja telah mempopularkan nama Malaysia di mata dunia.
Oleh itu, saya ingin menasihati Najib Razak agar cermin dirinya terlebih dahulu sebelum ingin meletakkan kegagalan diri sendiri di atas bahu orang lain. Rakyat mempunyai mata untuk melihat dan telinga untuk mendegar segalanya.
YB Chang Lih Kang
ADUN Teja
Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN
Parti KEADILAN Rakyat
Pakatan Harapan

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena