Sunday 28 January 2018

[Video Bekas MT UMNO-PEMBAHAGIAN KERUSI DUN PH hampir selesai] Jangan main-main dengan Dr Mahathir-Ku Li-Rafidah & Menang di Ayer Hitam bermakna menang 10 lagi untuk PH di Johor.

Ahad, 28 januari 2018

Foto Mahathir The Legend.

Foto Mahathir The Legend.
Mahathir The Legend telah menambah 2 foto baru
12 jam
"Dr Mahathir dan Razaleigh diletakkan duduk bersebelahan di meja makan dan dilihat berbual mesra serta kadangkala dilihat tertawa.
Sepanjang majlis itu, hadirin tak putus-putus ke meja makan yang menempatkan Dr Mahathir dan Ku Li untuk bergambar bersama dua negarawan itu sehingga pengerusi majlis meminta mereka memberi laluan kepada kedua-dua tokoh itu untuk makan."
Maknanya apa? Semua orang aware dengan seni lincah silat kuntau politik orang orang lama. Jangan main main. Melihat pada kenyataan KuLi dia ada cakap selalu dan kerap berjumpa Tun Dr Mahathir.
Apa apa pun kita doalah yang terbaik demi masa depan Malaysia.
Foto Mahathir The Legend.

Menang di Ayer Hitam bermakna menang 10 lagi untuk PH di Johor, kata Liew

Menang di Ayer Hitam bermakna menang 10 lagi untuk PH di Johor, kata Liew

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong yakin kemenangan pada kerusi Ayer Hitam menjadi penanda aras kekuatan PH di negeri itu.– Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Januari, 2018.

SEKIRANYA Pakatan Harapan memang kerusi Parlimen di Ayer Hitam, ia akan memenangi 10 lagi kerusi Parlimen di Johor, kata Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong. 
Walaupun sedia maklum ia merupakan kubu kuat MCA dan Barisan Nasional, Liew berkata Ayer Hitam tidak pernah disenaraikan pembangkang sebagai kawasan kerusi sasaran.
Namun katanya kerusi itu bukan tidak boleh ditembusi. 
"Sebelum ini, Ayer Hitam tidak pernah diletakkan sebagai kerusi sasaran. Tetapi kali ini kita meletakkan kerusi Air Hitam kerana jika kita boleh menang, kita pasti akan menangi 10 lagi kerusi Parlimen di Johor," kata Liew pada pelancaran pusat mengundi PH Ayer Hitam hari ini. 
PH kini mempunyai lima kerusi di Johor – Pagoh, Kluang, Kulai, Gelang Patah dan Bakri.
Dalam skema yang lebih besar, Ayer Hitam adalah antara kerusi yang dipegang oleh MCA yang PH mensasarkan serangan untuk meruntuhkan parti kedua terbesar di Barisan Nasional.
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata PH perlukan perubahan 15 % pengundi Melayu dan 10% pengundi bukan Melayu untuk memenangi kerusi Ayer Hitam. 
Mengakui DAP akan menjadi underdog dalam pertandingan di Ayer Hitam, Lim memberi amaran BN/MCA akan menjadi "lebih angkuh bila fikir jika diletakkan botol kicap sebagai calon, ia akan tetap dipilih pengundi berbanding calon Amanah atau DAP."
"BN perlu diingatkan bahawa mereka memenangi majoriti hampir separuh daripada 13,909 pengundi pada PRU 2008 kepada 7,310 pada PRU 2013. Dan kerusi Yong Peng di Ayer Hitam, yang hanya dimenangi BN dengan majoriti undi 2.493 pada PRU 2008 dimenangi DAP pada PRU 2013 dengan majoriti 2,475 undi. 
"Oleh itu, walaupun sukar untuk PH merampas kerusi itu daripada MCA, ia tidak mustahil," kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu. 
Walaupun kerusi itu berikan kepada DAP pada pengagihan kerusi PH, kerusi berkenaan dijangka akan diisi oleh calon Amanah.
Antara nama yang disebut-sebut bagi kerusi Ayer Hitam ialah Ahli Parlimen Kubang Kerian Dr Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, yang merupakan anak jati Johor. 
Walaupun Wee memenangi kerusi itu dengan selesa pada 2013 menentang calon PAS, Hu Pang Chaw, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut menyaksikan penurunan daripada 13,909 pengundi (PRU12) kepada 7,310. 
Kerusi itu terdiri daripada 56% Melayu, 38% Cina dan 4% India. 
Pelancaran itu turut dihadiri Ketua Amanah Negeri yang juga Adun Parit Yaani Amirul Huda Hassan, ketua penerangan PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh, naib pengerusi DAP kebangsaan Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming. – 28 Januari, 2018.
The Malaysian Insight. 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena