Monday 29 January 2018

[Video Amat menyedihkan biasiswa MARA dipotong tapi...] Diskriminasi terbesar Umno-BN rompak duit royalti minyak Kelantan.

Isnin, 29 Januari 2018

Related image

Related image

Diskriminasi terbesar Umno-BN rompak duit royalti minyak Kelantan, kata Husam

Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan diminta untuk menyenaraikan diskiriminasi Umno-BN terhadap rakyat Kelantan sejak Pas memerintah negeri itu selama lima penggal adalah Royalti Minyak yang masih lagi tidak diselesaikan kerajaan persekutuan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Salor Datuk Husam Musa berkata, dengan mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), selain hutang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang terpaksa ditanggung rakyat Kelantan tidak sewajarnya pemimpin Umno berselindung kononnya kerajaan BN tidak mendiskriminasi rakyat Kelantan.
“Berkhutbah kepada penjawat awam di Kelantan pagi ini, Kerajaan BN tak diskriminasi rakyat Kelantan.
“Tok Pa patut tambah senarai bukti rakyat Kelantan tak didiskriminasikan.
“Semua rakyat Kelantan wajib bayar GST tanpa mengira parti.
“Kerugian dan bala bencana hutang 1MDB sebesar Gunung Tahan turut ditanggung oleh rakyat Kelantan tak kira parti sampai cucu cicit,” ujarnya dalam kenyataan hari ini merujuk kepada  Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kelantan Datuk Mustapha Mohamad  yang bercakap kepada kakitangan awam di negeri itu hari ini.
Namun ujar Naib Presiden AMANAH Kelantan itu lagi, diskriminasi terbesar belum ditebus Mustapha dan kerajaan BN ialah menafikan bayaran Royalti Petrolium Kelantan, katanya.
Sebagai rekod royalti miyak Kelantan ditimbulkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada Julai 2009 menerusi Husam selaku Exco kerajaan Pas Kelantan, ketika itu, menganggar royalti minyak Kelantan melebihi daripada RM1 bilion.
Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia terbaru menunjukkan Kelantan mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan berikutan itu kerajaan negeri mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion.
Laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion.
Kerajaan negeri Kelantan menuntut antara RM850 juta dan RM1 bilion daripada kerajaan pusat mengikut Akta Petroleum 1974, yang membolehkan negeri Kelantan menerima royalti minyak sebanyak 5 % daripada hasil perolehan petroleum.
MD.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena