Tuesday 23 January 2018

[Video Jika FGV gagal ia boleh meruntuhkan institusi FELDA dalam masa 10 tahun] MALAPETAKA FGV-13 Tabung Felda Habisss Bungkusss & Nak selesaikan ULAT BUNGKUS duit pun dah tak de! Komunis China pasti diberi kontrak projek kereta api laju KL-Singapura.

Rabu, 24 Januari 2018

Image result for Gambar ulat bungkus kelapa sawit
Ulat bungkus betina dewasa.

Image result for Gambar ulat bungkus kelapa sawit
Image result for Gambar ulat bungkus kelapa sawit
Ulat bungkus serang sawit.
SH

Image result for Gambar Felda Hancur
FELDA dirundung malang di zaman Najib.

Image result for Gambar Felda Hancur

Image result for Gambar Felda Hancur

Image result for Gambar Felda Hancur

Komunis China pasti diberi kontrak projek kereta api laju KL-Singapura

Komunis China pasti diberi kontrak projek kereta api laju KL-Singapura

Ketua Cabang Keadilan Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon (gambar atas) mendedahkan komunis China akan menguasai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) yang dilapor bakal memulakan operasi pada 2026.

Menurutnya, maklumat itu diketahuinya daripada sumber seorang pengarah sebuah syarikat kejuruteraan yang terlibat dengan projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang.

“Dia sudah beritahu saya itu ‘high-speed rail’ dari Singapura ke Kuala Lumpur pasti komunis China ambil. 100 peratus pasti kerana Perdana Menteri Najib perlukan dana.
“Pasti kontrak diberi kepada komunis China,” ulangnya lagi dalam siri Jelajah Selamatkan Felda di Ulu Tebrau kelmarin..
Projek HSR sepanjang 350 km yang mempunyai lapan stesen disahkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan menelan belanja kira-kira RM50 hingga RM60 bilion.
Peta laluan HSR Kuala Lumpur-Singapura.
Selain China, pembida lain projek infrastruktur terbesar di Asia Tenggara itu dilapor mungkin termasuk dari Jepun, Korea Selatan dan Perancis.
Sementara itu di Singapura, enam syarikat republik itu antaranya Clifford Capital Pte. Ltd. dan DBS, Sembcorp Design & Construction dikumpulkan bersama oleh International Enterprise (IE) Singapore bagi menyertai bersama dalam projek HSR bermula dengan projek HSR Kuala Lumpur Singapura (HSR KL-SG).
Mengulas lanjut, Steven berkata, pentadbiran kerajaan di bawah Najib telah membuat terlalu banyak pinjaman sehingga dibimbangi akan membebankan generasi akan datang.
“Kerajaan kita sudah lebih 10 tahun alami bajet defisit. Maksudnya sumber dana tidak mencukupi untuk membiayai perbelanjaan kita.
“Jadi, kalau tidak cukup, bagaimana? Pinjamlah. Pinjam, pinjam dan pinjam. Di bawah Najib pinjaman wang negara kita sudah meningkat tiga kali ganda.
“(Hutang) kita sekarang sudah dekat RM1 trilion. Yang kena tanggung bayar balik hutang yang amat tinggi ini adalah generasi anak cucu cicit kita akan datang,” tegasnya.
Sehubungan itu, Steven berkata, kerajaan bertindak menjual aset demi aset negara kepada komunis China bagi mengelak Malaysia jatuh muflis.
“Sebenarnya, (hutang) lagi tinggi tapi bagaimana dia (kerajaan Umno-BN) cuba elakkan negara kita bankrap. Dia jual harta. Apa yang sudah dijual? Proton sudah jual. Banyak tanah, harta sudah jual. Jual kepada siapa?
“Dulu, dia serang komunis tapi semua aset negara ini dijual kepada komunis China. Sekarang, kalau kita pergi ke mana-mana, ini dimiliki oleh China, itu dimiliki oleh China.
“Sekarang negara kita jual aset. Nampak saja ada aset, jual. Nampak okey tapi bila jual, jual kita sudah tidak ada aset lagi,” jelasnya.
Bahkan, beliau tidak menolak kemungkinan Felda turut bakal dijual lantaran Najib perlu mencari dana untuk pilihan raya akan datang.
“Bagi saya sekarang ini, Felda juga dalam risiko akan dijual. Saya dengar komunis China sudah berminat dengan Felda kerana banyak tanah.
“Mereka (China) apa pun mahu dan pemimpin kita sanggup jual kerana dia tak cukup dana. Bayangkan pilihan raya akan datang banyak perbelanjaan, jadi dia perlu banyak dana,” tambah Steven lagi.
 Malaysia Dateline.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena