Wednesday 18 April 2018

[Video Dakwalah Saya Di Mahkamah: Saya Nak Tanya Rosmah Hal Kapalterbang dan Beg] Isteri Tun M tak pernah naik 'private jet' bawa beg banyak & Pasai apa dik terjun dari Jambatan Pulau Pinang?

Khamis, 19 April 2018


Polis bantuan selamatkan wanita terjun Jambatan P Pinang




Polis bantuan selamatkan wanita terjun Jambatan P Pinang

GEORGE TOWN: Seorang wanita yang terjun dari jambatan ke-2 Pulau Pinang pagi tadi diselamatkan oleh seorang polis bantuan yang memasuki ke dalam air untuk menyelamatkannya, dan mereka kemudian diselamatkan oleh beberapa nelayan yang melalui kawasan kejadian.
Dalam kejadian jam 11.13 pagi itu, wanita terbabit memberhentikan keretanya, Toyota Avanza di KM9.9 jambatan tersebut. Dia dilihat berdiri di belebas lalu terjun ke laut.
Seorang polis bantuan yang ditugaskan di jambatan itu kemudian menuruni kabel dan memegang wanita itu. Menurut polis, lelaki dan wanita itu berada di dalam air selama 20 minit, sebelum beberapa nelayan tiba dengan bot.
Kejadian dirakamkan oleh salah seorang nelayan terlibat.
Wanita itu kemudian dibawa ke jeti berhampiran di mana dia diberi perhatian segera oleh pasukan paramedik bomba dan penyelamat.
Menurut pegawai Bomba Pulau Pinang, wanita itu dalam keadaan stabil dan akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena