Thursday 19 April 2018

[Video Tibitiga-Nasihat daripada kakak rosma, jom dengar sama-sama ha3 & Saya Akan Eskot Najib Rosmah] Calon PH N23 DUN Manjoi & JKR gali jalan tak rosak untuk sabotaj ceramah HARAPAN.

Khamis, 19 April 2018


Foto Asmuni Awi.
Calon Pakatan Harapan N23 DUN Manjoi

ASMUNI BIN AWI
Umur :65 Tahun
Asal : Ipoh
Status : Berkahwin dan dikurniakan 3 anak
Pages : https://web.facebook.com/hajiasmuniawi/

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
✓ Sekolah Kebangsaan Jalan Douglas, Ipoh (1960 – 1965)
✓ Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (1966-1971)
✓ Sekolah Raja Chulan, Ipoh (1972-1973)
✓ Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1974 -1978)
✓ Kelulusan tertinggi: LL.B (Hons) Mal

LATAR BELAKANG KERJAYA
✓ Majistret, Mahkamah Mejistret, Jitra, Kedah (1978 – 1979)
✓ Penolong Pengarah Biro Bantuan Guaman, Perak (1979-1982)
✓ Timbalan Pendakwa Raya, Badan Pencegah Rasuah, Kuala Lumpur (1982)
✓ Peguam Persekutuan, Jabatan Hasil Dalam Negeri, Kuala Lumpur (1982-1983)
✓ Peguambela & Peguamcara, Messrs Maxwell, Kenion, Cowdy & Jones, Advocates & Solicitors, Ipoh (1984-2000)
✓ Peguambela & Peguamcara, Messrs Awi & Co; Advocates & Solicitors, Peguam Syar’ie, Ipoh (2000 sehingga kini)

PERANAN DAN PENGLIBATAN
✓ Bendahari Agong AMANAH Nasional (2016-kini)
✓ Pengerusi AMANAH Perak (2016-kini)
✓ Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Perak (2017-kini)

PENGLIBATAN SOSIAL
✓ Ahli Lembaga Tadbir Sekolah Raja Chulan, Ipoh (1979-1983)
✓ Ahli Lembaga Tadbir Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (1984-1988)
✓ Ahli Lembaga Tadbir Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (1997-2001)
✓ Naib Presiden Persatuan Bekas Pelajar (1987-2000)
✓ Naib Presiden Persatuan Bekas Pelajar (2008-2010)
✓ Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Jalan Jelapang, Ipoh (1994-1998)
✓ Pengerusi PIBG Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (1997-2001)
✓ Ahli Jawatankuasa Kaedah-kaedah Mahkamah Syariah Perak (2007)

LAIN-LAIN
✓ Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (2008-2009)
✓ Ahli Lembaga Pengarah Perak Corporation Berhad (2008-2009)
✓ Pengerusi Syarikat Maju Perak Berhad (2008-2009)
✓ Pengerusi Perak ITC Sendirian Berhad (2008-2009)

'JKR gali jalan tak rosak untuk sabotaj ceramah HARAPAN'



Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa BN mensabotaj sebatang jalan di Johor bagi menghalang orang ramai hadir ke program ceramah yang menampilkan Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini.
Presiden BERSATU itu mendakwa Jabatan Kerja Raya telah "menggali" jalan dari Panchor ke Grisik - yang menuju ke tempat ceramah - untuk mengganggu trafik.
"Malam ini kita ada jelajah Pakatan Harapan (HARAPAN) dan tiba-tiba jalan yang elok dirosakkan.
"JKR menggali jalan dari Pancor ke Grisik, yang menuju ke tempat ceramah, untuk menyekat perjalanan trafik," katanya pada sidang media di Pagoh hari ini.
Buat masa ini Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan Muhyiddin itu.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata beliau selama ini sentiasa memastikan keadaan jalan dari Panchor ke Grisik dalam keadaan baik, justeru terkejut dengan kerja pembaikan yang sedang berjalan.
Beliau berkata BN sepatutnya berpolitik secara berhemah, bukannya menggunakan taktik seumpama itu.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena