Monday 16 April 2018

[Video Ucapan Muhkriz Mahathir Di Hadapan Ribuan Rakyat Langkawi..."Kita sedang Melawan Rasuah Tahap GABAN"] 'Jika Dr M boleh tamatkan sumpah Mahsuri, inikan pula sumpah Umno'.

Selasa, 17 April 2018

Tupang sekole.

'Jika Dr M boleh tamatkan sumpah Mahsuri, inikan pula sumpah Umno'


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai jasa menjadikan Pulau Langkawi di Kedah sebagai destinasi pelancongan yang terkenal.
Kini pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran ke-93 pada Julai ini, memilih Langkawi untuk bertapak semula dalam karier politiknya.
Semalam Mahathir yang merupakan calon perdana menteri sekiranya HARAPAN memenangi pilihan raya umum ke-14, diumumkan akan bertanding di kubu kuat Umno itu.
Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, memiliki pandangan menarik apabila mengaitkan langkah Mahathir itu dengan legenda Mahsuri dan sumpahannya di pulau itu.
"Mahathir dah sah bertanding di kawasan Parlimen fix depositnya Langkawi untuk akhiri satu lagi sumpahan kononnya Langkawi tak boleh berubah.
"Jika sumpahan Mahsuri boleh ditamatkannya inikan pula sumpah Umno," kata Zainuddin, yang lebih dikenali dengan panggilan Zam di Twitter.
Menurut legenda Mahsuri merupakan seorang wanita cantik yang tinggal di Langkawi antara tahun 1762 dan 1800. Beliau berkahwin dengan Wan Darus, adik lelaki ketua kampung Dato Pekerma Jaya.
Apabila Wan Darus meninggalkan pulau itu untuk berperang dengan Siam, isteri ketua kampung, yang iri hati terhadap kecantikan Mahsuri, menuduhnya berzina dengan lelaki lain.
Mahsuri tidak mengaku melakukan perbuatan itu tetapi tiada sesiapa mempercayai kata-katanya. Dia kemudian dihukum mati tetapi pedang dan belati tidak dapat menamatkan riwayat wanita itu.
Mahsuri kemudian memberitahu penduduk kampung agar menggunakan keris ayahnya dan apabila ditikam, darah putih mengalir melambangkan dirinya tidak bersalah.
Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Mahsuri menyumpah Langkawi dengan tujuh generasi akan mengalami nasib buruk.
Pulau itu kemudian mengalami siri serangan Siam, kemarau dan banjir. Ramai percaya bahawa sumpahan itu hanya berakhir selepas Langkawi dimajukan oleh Mahathir.
Ahli Parlimen Langkawi pada masa ini ialah Datuk Nawawi Ahmad.
Pada pilihan raya umum 2013, beliau yang merupakan bekas jurutera memenangi kerusi tersebut dengan 11,861 undi majoriti mengalahkan calon PKR, Ahmad Abdullah dan pencabar bebas.
Walaupun berhadapan tugas sukar, HARAPAN berharap Mahathir dapat menjana tsunami Melayu, bukan sahaja di Langkawi, tetapi seluruh semenanjung.
Malaysiakini.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena