Showing posts with label ARIF. Show all posts
Showing posts with label ARIF. Show all posts

Sunday, 28 August 2016

[Video] Kejam Betul Najib ni!!~ "Kerajaan Potong Biasiswa Kepada Pelajar"! Terima kasih petugas ARiF, KANUN dan Medic Team.

Ahad, 28 Ogos 2016

Nota Penghargaan (AMANAH)
TERIMA KASIH KEPADA SELURUH PETUGAS & DEMONSTRAN
Saya merakamkan sepenuh penghargaan dan terima kasih kepada sekalian petugas (ARiF,KANUN dan Medic Team) serta seluruh demonstran yang berhabis wang ringgit dan masa untuk sama-sama menjayakan Himpunan #TangkapMO1 kali ini.
Komitmen tidak berbelah-bahagi ini sama sekali tidak terbayar dan amat bernilai dalam usaha kita melawan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana negara. Setiap keringat dan lelah dalam hela nafas kita sepanjang fatrah #TangkapMO1 ini pastinya tidak akan tersia-sia dan bakal memperoleh ganjaran selayaknya di akhirat kelak.
Kini, masa untuk bergerak perlahan atau 'alon-alon' kata orang Jawa, telah berlalu. Keadaan genting amat menuntut untuk kita bermati-matian mengukuh organisasi parti dan memperkemas jentera pilihanraya, berdepan juak-juak kleptokrasi di medan demokrasi.
Semoga terus kuat, berjiwa muda dan cekal menghadapi hari-hari mendatang. Kita jumpa dalam #Bersih5 nanti!
Shazni Munir Mohd Ithnin
Naib Ketua Pemuda @ Pengarah Mobilisasi Pemuda AMANAH
Read More

Saturday, 22 August 2015

ARiF atau Amal Relief merupakan jentera utama Harapan Baru...GHB sediakan 500 petugas keselamatan kawal perhimpunan Bersih 4.

Ahad, 23 Ogos 2015
ARiF Melaka mohon sumbangan

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.
GHB sediakan 500 petugas keselamatan kawal perhimpunan Bersih 4
OLEH NABIHAH HAMID
Timbalan pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Salahuddin Ayub (kedua dari kanan) berkata, pihaknya menyertai Bersih kerana ia perhimpunan aman, berhimpun secara aman dan menuntut satu pilihan raya yang adil. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Ogos, 2015.
Timbalan pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Salahuddin Ayub (kedua dari kanan) berkata, pihaknya menyertai Bersih kerana ia perhimpunan aman, berhimpun secara aman dan menuntut satu pilihan raya yang adil. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Ogos, 2015.

Bercakap pada satu sidang media, bekas naib presiden PAS itu berkata, pihaknya akan menghantar pasukan Amal Relief atau “Arif” yang mempunyai khidmat sama seperti Unit Amal dalam parti Islam tersebut.

"Kita menyertai Bersih kerana ia perhimpunan aman, berhimpun secara aman dan menuntut satu pilihan raya yang adil," katanya pada sidang media di Shah Alam, Selangor hari ini.

"Kita jangkakan akan menyediakan lebih kurang 500 anggota untuk menjaga keselamatan kebajikan (peserta) dan Proguam, pasukan peguam muda yang bertugas sekiranya ada berlaku penangkapan."

Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) sebelum ini memberi jaminan perhimpunan aman itu akan diteruskan seperti dirancang walaupun tidak mendapat sambutan PAS.

Perhimpunan Bersih 4 anjuran Bersih 2.0 tersebut terbuka kepada sesiapa saja, termasuk PAS dan pihaknya sejak awal menghantar surat kepada semua parti politik menjemput menyertai himpunan itu.

Dalam tiga perhimpunan Bersih sebelum ini, PAS menghantar anggota Unit Amal bagi membantu mengawal keselamatan.
TMI.





Read More

Tuesday, 11 August 2015

Selepas ARIF (Unit Amal versi GHB), Harapan Baru Punyai Sayap Perundangannya, ProGuam...

Rabu, 12 Ogos 2015

Selepas ARIF, Harapan Baru Akan Punyai Sayap Perundangannya, ProGuam...


Selepas ARIF (Unit Amal versi GHB) berjaya diwujudkan, Harapan Baru bakal mempunyai sayap perundangannya sendiri apabila sebuah NGO bernama ProGuam telah berjaya ditubuhkan dan diluluskan pendaftarannya pada 9 Julai 2015 yang lalu.

Demikian dinyatakan oleh Dato Tarmizi Mohd Jam, timbalan pengerusi GHB Wilayah Persekutuan. beliau menyatakan bahawa mengikut perancangan, ProGuam akan menjadi sayap perundangan Harapan Baru sebaik saja parti baru itu diluluskan nanti.

Nombor pendaftarn ProGuam ialah PPM-004-10-09082015.

Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden ProGuam, Noorazmin Zakaria, yang juga mantan Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pemuda PAS Malaysia, 9 Julai, 2015 merupakan suatu tarikh keramat lahirnya sebuah Ngo baru yang terdiri daripada barisan Peguam Hak Asasi Manusia.

Menurutunya, ProGuam, yang merupakan singkatan kepada Pertubuhan Pengamal Undang-undang & Hak Asasi Manusia Malaysia telah ditubuhkan melalui cetusan idea para Peguam yang cintakan undang-undang dan keadilan, lahir di saat masyarakat Malaysia inginkan harapan baru dan sinar baru kepada badan-badan perundangan di Malaysia yang terdiri daripada Badan Kehakiman, PDRM, SPRM dan lain-lain badan yang berlatar belakangkan perundangan agar bukan sahaja dilihat adil, malah dilihat berlaku adil.

ProGuam meneliti pelbagai isu negara yang berlaku mutakhir ini, daripada isu penyiasatan 1MDB, isu wang tunai berbilion ringgit yang dipindahkan ke akaun Perdana Menteri sehinggalah kepada isu saman AES yang dikatakan bakal "hidup" semula, tambah kenyataan itu lagi.

"Sebagai komitmen awal kami, ProGuam melalui barisan Peguamnya yang terdiri daripada individu-individu dari seluruh negara akan menyediakan khidmat guaman percuma dalam himpunan Bersih 4.0 yang bakal diadakan pada 29 dan 30 Ogos kelak," demikian menurut kenyataan itu lagi.

Sehubungan dengan itu, ProGuam dengan berbesar hati ingin menjemput mana-mana pengamal undang-undang termasuk pensyarah dan mahasiswa undang-undang baik lelaki mahupun wanita untuk bersama-sama menyertai kami demi melihat masa depan yang adil, bersih dan sejahtera. 

KedahLanie.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena