Saturday 22 August 2015

ARiF atau Amal Relief merupakan jentera utama Harapan Baru...GHB sediakan 500 petugas keselamatan kawal perhimpunan Bersih 4.

Ahad, 23 Ogos 2015
ARiF Melaka mohon sumbangan

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.
GHB sediakan 500 petugas keselamatan kawal perhimpunan Bersih 4
OLEH NABIHAH HAMID
Timbalan pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Salahuddin Ayub (kedua dari kanan) berkata, pihaknya menyertai Bersih kerana ia perhimpunan aman, berhimpun secara aman dan menuntut satu pilihan raya yang adil. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Ogos, 2015.
Timbalan pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Salahuddin Ayub (kedua dari kanan) berkata, pihaknya menyertai Bersih kerana ia perhimpunan aman, berhimpun secara aman dan menuntut satu pilihan raya yang adil. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Ogos, 2015.

Bercakap pada satu sidang media, bekas naib presiden PAS itu berkata, pihaknya akan menghantar pasukan Amal Relief atau “Arif” yang mempunyai khidmat sama seperti Unit Amal dalam parti Islam tersebut.

"Kita menyertai Bersih kerana ia perhimpunan aman, berhimpun secara aman dan menuntut satu pilihan raya yang adil," katanya pada sidang media di Shah Alam, Selangor hari ini.

"Kita jangkakan akan menyediakan lebih kurang 500 anggota untuk menjaga keselamatan kebajikan (peserta) dan Proguam, pasukan peguam muda yang bertugas sekiranya ada berlaku penangkapan."

Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) sebelum ini memberi jaminan perhimpunan aman itu akan diteruskan seperti dirancang walaupun tidak mendapat sambutan PAS.

Perhimpunan Bersih 4 anjuran Bersih 2.0 tersebut terbuka kepada sesiapa saja, termasuk PAS dan pihaknya sejak awal menghantar surat kepada semua parti politik menjemput menyertai himpunan itu.

Dalam tiga perhimpunan Bersih sebelum ini, PAS menghantar anggota Unit Amal bagi membantu mengawal keselamatan.
TMI.





0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena