Showing posts with label BBC. Show all posts
Showing posts with label BBC. Show all posts

Friday, 6 June 2014

London: Anwar ditemuramah CNN & BBC Radio 4 mengenai beberapa isu di Malaysia.

Jumaat, 6 Jun 2014
CNN
Gambar: LONDON | Saudara Anwar Ibrahim ditemuramah Nina Dos Santos untuk siaran langsung CNN.
LONDON | Saudara Anwar Ibrahim ditemuramah Nina Dos Santos untuk siaran langsung CNN.

BBC

LONDON | Saudara Anwar Ibrahim ditemuramah BBC Radio 4 mengenai beberapa isu di Malaysia.
Read More

Wednesday, 19 March 2014

BBC persoal pertahanan udara Malaysia... Mengapa TUDM tidak pintas MH370?

Rabu, 19 Mac 2014

Pakar persoal pertahanan udara Malaysia

LONDON - Kehilangan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 8 Mac lalu menimbulkan persoalan berhubung kemampuan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam menangani ancaman dari udara.

Siaran berita Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan, maklumat terbaru bukan sahaja menimbulkan misteri berhubung kehilangan pesawat MH370 tetapi persoalan mengapa TUDM tidak bertindak selepas menyedari kapal terbang tersebut berpatah balik.

Pihak berkuasa Malaysia mendedahkan, radar tentera mengesan sebuah pesawat tidak dikenali yang kemudian disahkan pesawat MH370 berpatah balik dan melintasi semenanjung negara itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan diambil oleh tentera udara negara itu.

"Di mana tentera udara ketika semua ini berlaku?" kata bekas juruterbang Tentera Udara Britain dan penganalisis aeroangkasa, Andrew Brookes.

"Sejak serangan pengganas terhadap Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001 semua pertahanan udara di seluruh dunia sentiasa berjaga-jaga dengan kejadian rampasan pesawat yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang sasaran tertentu.

"Di Malaysia terdapat bangunan penting seperti Menara Berkembar Petronas yang mungkin menjadi sasaran kumpulan pelampau," tambahnya.

Ujar Brookes, ketika pesawat MH370 dikesan berpatah balik semasa dalam penerbangan dan mengubah ketinggian secara mendadak ia sepatutnya mencetuskan amaran kepada pihak tentera yang mengendalikan radar.

Akhbar The Telegraph melaporkan seorang pakar berkata, kebanyakan negara yang mempunyai pertahanan udara yang canggih akan mengesan pesawat musuh pada jarak beratus-ratus kilometer dan menghantar pesawat untuk memintasnya.

TUDM mempunyai beberapa jet pejuang canggih seperti Sukhoi S30, MiG-29N dan F18 serta sering mengadakan latihan bersama tentera udara dari negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand dan Singapura.

Di negara di Amerika Utara dan Eropah terdapat kerjasama rapat antara pihak tentera udara dan menara kawalan trafik.

Sekiranya radar tentera mengesan satu objek tidak dikenali atau mencurigakan, prosedur normal adalah berhubung dengan menara kawalan untuk pengesahan pesawat.

Jika pesawat itu tidak dikenali pihak tentera akan membuat hubungan radio dan sekiranya gagal jet pejuang dengan segera akan dihantar bagi memintas kapal terbang tersebut.-
Agensi

Mengapa TUDM tidak kerah pesawatnya pintas MH370?


Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikritik hebat terutamanya oleh media asing berikutan kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) sembilan hari lepas ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Media-media luar negara seperti The New York Times, BBC dan CNN mempersoalkan mengapa TUDM tidak berbuat apa-apa ketika radar pertahanan udaranya mengesan sebuah pesawat tidak dikenali membuat "Air Turn Back" dari laluan asal di Laut China Selatan menuju ke perairan Laut Andaman. 

"Di mana TUDM ketika semua ini berlaku," tanya Andrew Brookes, bekas juruterbang Tentera Udara Diraja British (RAF) dan penganalisis penerbangan kepada BBC hari ini.

Sejurus sebelum membuat pusingan, pesawat itu telah menutup transponder yang memberikan maklumat tentang jenis, kelajuan dan kedudukan pesawat kepada menara kawalan, selain mematikan sistem dikenali Aircraft Communication Addressing And Reporting System (ACARS) yang menyampaikan maklumat terkini tentang pesawat menerusi satelit.

Media-media luar mempersoalkan mengapa TUDM tidak mengerah jet-jet pejuangnya untuk memintas pesawat itu yang kemudiannya dikenali sebagai MH370, sebelum ia menghilangkan diri di Laut Andaman menuju ke lokasi yang tidak dapat ditentukan sehingga kini.

Ada di antara media-media luar negara itu mendakwa kegagalan TUDM bertindak membuktikan terdapatnya kelonggaran dalam kawalan keselamatan ruang udara negara dan menyukarkan pencarian MH370.

Sehingga kini, TUDM mahu pun Kementerian Pertahanan gagal tampil untuk memberikan jawapan terhadap dakwaan-dakwaan tersebut.

Bagaimanapun isu mengenai dakwaan kegagalan TUDM itu banyak dibincangkan di dalam blog-blog pertahanan negara.

Di antaranya adalah blog Malaysia Military Power yang mengatakan, pesawat MH370 itu tidak dipintas oleh jet-jet pejuang negara kerana ia dikategorikan sebagai bukan satu ancaman, sebagaimana yang dijelaskan oleh Panglima TUDM Jen Tan Sri Rodzali Daud di dalam sidang media beberapa hari lalu.

"Kebanyakan ancaman bergerak di dalam kelajuan yang amat tinggi dan di altitud yang amat rendah, menuju (ke sasaran) di dalam kedudukan sudut tertentu. Tidak ada jet pejuang yang terbang dengan kelajuan di bawah Mach 1 kerana ia akan menyebabkan enjin 'flame out." 

"Kerana itu air defence radar hanya fokus kepada target yang abnormal dari segi altitud dan kelajuan mendadak seperti pesawat pejuang sehingga kepada peluru berpandu ballistik," menurut blog pertahanan itu. 

Kelajuan pesawat penumpang seperti MH370 yang rendah serta terbang di laluan penerbangan awam menjadikan pesawat MAS itu sama seperti pesawat komersial yang lain pada pandangan radar tentera.

Menurut seorang penganalisis pertahanan tempatan pula, radar pertahanan udara negara lebih fokus untuk memantau ancaman yang datangnya dari luar negara seperti jet-jet pejuang berkelajuan tinggi dan yang terbang rendah.

Penerbangan rendah mendakap bumi atau dikenali di dalam lingo ketenteraan sebagai "Nap Of Earth" (NOE) adalah untuk mengaburi pantulan radar pertahanan udara.

"Jika pesawat itu terbang dari Kuala Lumpur, milik syarikat penerbangan dan mengikut ketinggian dan laluan yang biasa dilalui oleh penerbangan awam, ia biasanya dikendalikan oleh radar kawalan udara milik Jabatan Penerbangan Awam (DCA)," katanya.

TUDM menempatkan skuadron pesawat FA-18D Hornet di pengkalan udara Butterworth serta radar pertahanan udaranya, manakala skuadron pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM pula ditempatkan di pengkalan udara Gong Kedak, Terengganu.

Kedua-dua pesawat pejuang lebih daripada berkemampuan untuk memintas MH370.

Kelantangan media-media luar negara serta tempatan melontar pelbagai tuduhan terhadap TUDM juga amat tidak adil kerana perkara sama juga berlaku di dalam peristiwa 9/11 apabila dua pesawat penumpang Amerika Syarikat dirampas sebelum merempuh bangunan World Trade Center.

Di dalam kejadian terbabit, jet-jet pejuang negara kuasa besar yang memiliki sistem pertahanan udara yang jauh lebih canggih itu juga gagal memintas pesawat penumpang yang dirampas itu.

Itu adalah apa yang telah dilaporkan oleh MalaysiaGazette di ( SINI )

Dan jawapan yang telah diberikan oleh Malaysia Military Power pada dasarnya sudah tidak relevan lagi setelah berlakunya tragedi 911..

Kegagalan pihak Amerika Syarikat mengesan dan memintas pesawat komersial itu sepatutnya kita jadikan sebagai tauladan bukannya sebagai alasan untuk mempertahankan pihak TUDM.

Jadi tak hairanlah jika dunia mempersoalkan tahap keselamatan udara negara kita..


Kalau di negara lain... dah tentu ada yang meletakkan jawatan kerana kegagalan ini... tapi di negara kita ni, jangan haraplah.. umpama mengharap babi terbang kalau mengharapkannya...

Selagi ada pihak lain yang boleh dipersalahkan.. salahkan pihak lain..

Lagi satu persoalan yang aku tak dapat jawapan ialah... Apa yang dilakukan oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam dari saat pesawat menghilang dari radar hingga ke pukul 7.45 pagi??

Tidur atau menunggu waktu pejabat yang rasmi untuk melakukan apa yang sepatutnya..
Posted by Anak Sungai Derhaka

Read More

Thursday, 16 January 2014

Polemik 'Kangkung-Gate' disekat dan tak boleh diakses - Lapor BBC

Khamis, 16 Januari 2014
Gambar: AWAS!!!!! perkataan KAN_ k_ _G  sudah di anggap mengugat keselamatan negara, 
jangan nanti kena blok dengan skmm dah ler koh koh koh, satu lagi peristiwa pelik di malaysia darul kang _ _ _ _g.
AWAS!!!!! perkataan KAN_ k_ _G sudah di anggap mengugat keselamatan negara,
jangan nanti kena blok dengan skmm dah ler koh koh koh, satu lagi peristiwa pelik di malaysia darul kang _ _ _ _g.
GEMPAR! Laporan BBC mengenai polemik kangkung-gate disekat dan tak boleh diakses sjak malam semalam. Ini link yang disekat :http://www.bbc.co.uk/news/blogs-trending-25730815
Hai, takkan sampai macam tu sekali takutnya PM?
Kangkung je pun. 

Bukannya jerangkung atau ngangkung!

(muzik kredit kpd @yuri wong) 

Ini laporan penuhnya :

Breaking news: The BBC trending reports about the kangkung-gate is blocked and can't be access in Malaysia since last night. the link that is blocked is : http://www.bbc.co.uk/news/blogs-trending-25730815
Its just a 'kangkung', not a ghost! What are u afraid of mr PM?

Malaysia's prime minister is being widely lampooned on social media for a comment he made about the price of kangkung, or water spinach.

Food is a faux pas minefield for politicians, especially when it's perceived as being used in a get-down-with-the-people kind of way - think of British Prime Minister David Cameron's pasty moment or Chancellor George Osborne's "posh burger" tweet. The almost inevitable response seems to be ridicule. That's where the Malaysian Prime Minister Najib Razak finds himself right now. With the government under fire because of price hikes in basics like fuel and electricity, he chose to push back by highlighting a reduction in the cost of the leafy green vegetable kangkung.

Kangkung - also known as water spinach, morning glory and Chinese spinach - is widely eaten in Malaysia, and is cooked as a stir-fry with a little garlic or chilli paste. But it's cheap, grows wild alongside streams, paddy fields and drains, and is not considered a staple. Moments after a video of the prime minister was posted making the comments, the sarcasm and jokes began to trend on social media in Malaysia. There have been hundreds of thousands of tweets, a Facebook page set up - with 10,000 followers already - a YouTube re-mix of his comments, the lyrics to popular and traditional folk songs have been re-worked, and "Keep calm and eat kangkung" T-shirts have been made and rushed to market.

"Kangkung-gate", as it's been dubbed by some, has hit a nerve because many people are struggling with the rising cost of living, and are resentful of what they regard as corruption, and lavish spending by the government. Unsurprisingly many opposition politicians - including Anwar Ibrahim - have seized on the opportunity to join in the collective fun-poking. The story has been so big on social media that many have complained of their timelines being clogged up. "This kangkung obsession is fast becoming a laughing stalk," tweeted comedian Kuah Jenhan. "Lettuce get to the root of the problem. We have mushroom for improvement."

Reporting by Cordelia Hebblethwaite


Saya Benci Harga Barang Naik!
Read More

Wednesday, 15 January 2014

"Kerajaan Kangkung" - Kalau aku Najib, 'dah pecat dah' Unit Media Baru UMNO-BN...

Rabu, 15 Januari 2014
PEJUANG KANGKUNG
Gambar: Bangga admin jadi rakyat negara kangkong, itu je lah yg murah yg lain tu semua naik harga, kerajaan kangkung semua menteri prof2 bijak pandai cakap kosong mcm batang kangkung demi untuk mengipas ketua kangkung, tak pasal2 pembangkang pun kena main isu kankung disebabkan macai memilih otak2 kangkung ini jadi kerajaan kangkung

Bangga admin jadi rakyat negara kangkong, itu je lah yg murah yg lain tu semua naik harga, kerajaan kangkung semua menteri prof2 bijak pandai cakap kosong mcm batang kangkung demi untuk mengipas ketua kangkung, tak pasal2 pembangkang pun kena main isu kankung disebabkan macai memilih otak2 kangkung ini jadi kerajaan kangkung
Masuk BBC Dah terlambat...
Gambar: Masuk BBC International News haha

* kategori maharajalawak antarabangsa

http://m.bbc.co.uk/news/blogs-trending-25730815?SThisFB
Masuk BBC International News haha

* kategori maharajalawak antarabangsa


http://m.bbc.co.uk/news/blogs-trending-25730815?SThisFB
 — bersama Izan Ahmad dan 4 yang lain.
 Damage control...tak boleh belah!
Photo: HAHAH damage control tak boleh blah. Itu aje? dah la lambat sampai ke BBC pun dah sebar. Kalau aku Najib, dah pecat dah Unit Media Baru UMNO-BN.  

source : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151928907254998&set=a.10150838414749998.412748.129843674997&type=1&theater
HAHAH damage control tak boleh blah. Itu aje? dah la lambat sampai ke BBC pun dah sebar. Kalau aku Najib, dah pecat dah Unit Media Baru UMNO-BN. 
source : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151928907254998&set=a.10150838414749998.412748.129843674997&type=1&theater

Pemuas nafsu...

Photo: Wakaka... Ada jugak kategori puak nih....

=Admin Senon=

Wakaka... Ada jugak kategori puak nih....
=Admin Senon=

Macai ni tunjuk power la...penumbuk dengan cincin batu berdiameter 2 inci

Dupu Sebastian's photo.
Photo: Amaran sekali lagi! Jangan uji kesabaran kami! Nampak tak buku lima dengan cincin delima diameter 2 inci tu?

original post dari macai https://www.facebook.com/photo.php?fbid=583188105107396&set=a.116050071821204.23462.116017885157756&type=1&theater&notif_t=photo_reply
- Tun Maharezza





Amaran sekali lagi! Jangan uji kesabaran kami! Nampak tak buku lima dengan cincin delima diameter 2 inci tu?

original post dari macai https://www.facebook.com/photo.php?fbid=583188105107396&set=a.116050071821204.23462.116017885157756&type=1&theater&notif_t=photo_reply
Kesian Cik Meow
Photo: Kesian Cik Meow
Hasriqlatif IanEriq's photo.
Saya Benci Harga Barang Naik!
Photo: TRADISI "AUTA" RAKYAT....................???
Kamu jangan memilih!
Laksamana Ali's photo.
Kangkong pun sodap...
Read More

Tuesday, 14 January 2014

Lawak ‘kangkung’ Najib turut jadi berita antarabangsa BBC...Habislah...

Rabu, 15 Januari 2014


Gambar: Masuk BBC International News haha

* kategori maharajalawak antarabangsa

http://m.bbc.co.uk/news/blogs-trending-25730815?SThisFB

Setel...
Photo: Selamat pagi. Salam 1 Malaysia #benci #Najib!!

Pentadbiran penuh #rasuah. #Tidak #cekap. #Membazir duit rakyat. Krony dan banyak lagi kekurangan yang menjadi punca rakyat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup yg tinggi.

Untuk tu.. sila naikkan harga minyak supaya tahap benci rakyat membuak buak!!!

Setel....
Pentadbiran penuh #rasuah. #Tidak #cekap. #Membazir duit rakyat. Krony dan banyak lagi kekurangan yang menjadi punca rakyat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup yg tinggi.

Untuk tu.. sila naikkan harga minyak supaya tahap benci rakyat membuak buak!!!

Setel....
 — with Ahmad Fareed and 2 others.
King Jason

Kangkong Najib Bercambah Di Pentas BBC!


gambar malaysiakini 
Gara-gara kenyataan kontroversi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai harga kangkung yang turun di pasaran menyebabkan beliau bukan sahaja  dikritik hebat oleh rakyat bahkan turut mendapat liputan media antarabangsa.
Portal berita online BBC melalui kolum "#BBC Trending: Be careful what you say about spinach" (berhati-hati apa yang anda katakan tentang kangkung) menyiarkan, semenjak video kenyataan Najib itu dimuat naik, ia telah  dijadikan bahan lawak dan antara topik hangat dibincangkan dalam laman sosial.
Dalam portal tersebut menyifatkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan memuncak apabila perdana menteri mengeluarkan kenyataan tidak sensitif tatkala kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti gula dan tarif elektrik di Malaysia.
"Ia telah menyebabkan Najib dikritik hebat apabila rakyatnya bergelut dengan peningkatan kos sara hidup, namun terpaksa melihat korupsi dan perbelanjaan mewah kerajaan Malaysia, " seperti yang dipetik dalam portal tersebut."Dikala kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana kenaikan harga dalam perkara asas seperti bahan api dan elektrik, perdana menteri memilih untuk bercakap mengenai penurunan harga kangkung sebagai contoh bahawa tidak semua harga naik di Malaysia.
Selain itu, BBC turut melaporkan bahan lawak kangkung juga menjadi satu fenomena apabila ribuan telah memberi komen di laman sosial seperti di Twitter, manakala di Facebook pula, laman akaun ditubuhkan dengan pengikutnya mencecah 10,000 orang.
Tambah portal itu, ekoran daripada reaksi luar biasa rakyat ke atas isu tersebut juga menyaksikan video ucapan Najib diubah menjadi lagu, dan lebih dari itu Tshirt tertera 'Keep Calm and Eat Kangkung' telah dihasilkan.
Portal itu juga berkata tindakan Najib itu dilihat memberi peluang kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersama rakyat mentertawakan kerajaan.
Presiden Umno tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik bertarikh 12 Januari 2014, mempersoalkan mengapa kerajaan dipersalahkan tatkala harga barang naik, tetapi ketika harga turun tidak pula dipuji.
"Bila harga barang naik, sawi naik, kangkung naik. Ada masa dia naik, ada masa dia turun.
"Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil," kata Najib yang dipetik berkata dalam video tersebut.
Video yang tersebar luas tersebut boleh ditonton di sini.
Kenyataan Najib bukan kali pertama mendapat kritikan dan cemuhan daripada pengguna laman sosial dan rakyat, malahan menteri Kabinet beliau juga sebelum ini dikritik hebat kerana kenyataan yang tidak memahami sensitiviti rakyat yang bergelut dengan kenaikan harga barang.
Antara kenyataan menteri Kabinet yang menerima kritikan ialah kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek sebelum ini berkata jangan makan ayam sekiranya harga ayam mahal dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan alternatif bagi mengelak tol yang dijangka naik.
Kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula mewujudkan kesan domino yang menyebabkan harga banyak barang lain meningkat. – The Malaysian Insider, 15 Januari, 2014.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena