Showing posts with label TUDM. Show all posts
Showing posts with label TUDM. Show all posts

Tuesday, 8 April 2014

Andainya Pesawat TUDM pintas - Nasib MH370 tidaklah sebegini...

Selasa, 8 April 2014

Nasib MH370 tentu berbeza jika TUDM pintas... tapi..

Sekiranya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memintas penerbangan MH370 pada 8 Mac lalu, kemungkinan kesudahan kepada tragedi kehilangan pesawat itu adalah berbeza.

Itu pandangan bekas Panglima Tentera Udara Malaysia, Jeneral Tan Sri Suleiman Mahmud.

Namun situasi untuk mengerah operasi memintas tidak timbul berikutan tiada tanda bahawa pesawat itu menggugat keselamatan negara.

Menurut beliau adalah prosedur biasa untuk memintas sebarang pesawat yang mencurigakan.

Antara petunjuk untuk menentukan sesebuah pesawat membawa ancaman atau tidak adalah menerusi transponder.

Biarpun isyarat transponder pesawat MH370 dimatikan selepas berpatah balik dari laluan asal, namun radar tentera tidak mengesan sebarang ancaman.

Namun beliau mengakui sekiranya langkah pemintasan diambil, episod kehilangan MH370 mungkin berlainan.

Menjawab spekulasi cara pesawat berpatah balik sama ada secara mengejut mahupun perlahan jelas beliau ia tidak semestinya menandakan apa-apa, kecuali tindakan seseorang dengan sengaja mengalih pesawat daripada laluan asal ~AstroAwani

Sementara itu Selangorkini sebelum ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) ‘menyembunyikan’ maklumat berkenaan misteri kehilangan pesawat MH370 yang gagal dikesan daripada radar.

Anwar berkata, sistem radar Malaysia yang dibeli ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1994 mampu mengesan penerbangan MH370 apabila ia berpatah balik dan terbang melintasi Semenanjung Malaysia.

Radar itu mempunyai keupayaan mengesan serta-merta Boeing 777 kerana ia menuju ke timur dan barat serta sekurang-kurangnya empat wilayah Malaysia.

Read More

Saturday, 5 April 2014

MH370: TLDM Akui Kapal Selam Malaysia Tidak Mampu Ke Lautan Hindi...

Ahad, 6 April 2014
“Super Aviator”milik Angkatan Laut (AL) Amerika Serikat (AS) akan menjadi kapal selam pertama di dunia yang memiliki bentuk menyerupai pesawat terbang.
Kapal selam kena bernafas - macai

Jawapan macai mengapa kapal selam malaysia tak boleh digunakan dalam operasi SAR..sbb utama adalah kapal selam Malaysia perlu bernafas...
Jawapan macai mengapa kapal selam malaysia tak boleh digunakan dalam operasi SAR..sbb utama adalah kapal selam Malaysia perlu bernafas...

TLDM Akui Kapal Selam Malaysia Tidak Mampu Ke Lautan Hindi

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengulangi kenyataan pihak TLDM sebelum ini yang mempertahankan tindakan untuk tidak menghantar kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak untuk operasi mencari pesawat MH370.

Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana kapal selam menggunakan diesel itu mempunyai keupayaan mencari dan menyelamat yang terhad.

"Saya tidak boleh menghantar kapal selam semata-mata untuk show off (menunjuk-nunjuk) sedangkan langkah tersebut langsung tidak efektif dari segi kos," katanya dalam laporan Utusan Malaysia.

"Tentera laut Australia juga sependapat dengan TLDM sebab itu mereka tidak mengatur gerak kapal selam diesel jenis Collins mereka.

"Namun sudah tentu kita menghargai dan berterima kasih kepada Britain kerana menghantar HMS Tireless.

"Kapal selam nuklear memiliki keupayaan berbeza berbanding kapal selam diesel.

"HMS Tireless boleh menyelam sehingga 90 hari bergantung kepada bekalan makanan tanpa perlu timbul pada kedalaman melebihi kapal selam diesel elektrik tetapi persoalan sama ada ia dapat membantu mencari serpihan kotak hitam MH370 adalah perkara kedua," katanya lagi dalam laporan Utusan Malaysia 

Sementara itu, Pengarah Pusat Teknologi Wayarles Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr Tharek Abdul Rahman berkata, kotak hitam yang telah tamat tempoh masih dapat dicari menggunakan peralatan sonar berfrekuensi rendah.

Alat itu juga katanya dapat mengesan badan pesawat yang saiznya lebih besar berbanding kotak hitam.

"Ini akan memudahkan pencarian sebab badan kapal terbang dibuat daripada besi yang peralatan sonar dapat membezakan pantulan daripada objek-objek lain dalam air," kata seperti dilapor Utusan, hari ini. - mkini
BLM
Read More

Monday, 31 March 2014

"MESRA PESAWAT" - Punca TUDM tidak pintas pesawat misteri (MH370)...

Isnin, 31 Mac 2014
Gambar: MH370 : Pelik!! Pesawat Misteri (TIDAK DIKENALI) adalah "MESRA PESAWAT"? +Video

BONGKAR !!! PUNCA TUDM TIDAK PINTAS @ BERTINDAK PESAWAT MISTERI (PESAWAT MH370 MAS) DIDEDAHKAN!
Semua sudah sedia maklum, pesawat MH370 telah berjaya dikesan radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila dilihat berpatah balik yang ditafsir sebagai pesawat yang tidak dikenali.

Walau bagaimanapun, ramai yang mempertikaikan tindakan TUDM yang “lambat bertindak”. Akhirnya, bersama-sama ini disertakan punca dan sebab musabab TUDM bertindak sebegitu rupa kerana….

Mengapa TUDM Tidak Bertindak? Ini Jawapan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri :

"Pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia mungkin menerima arahan menara kawalan trafik udara.

Pesawat tersebut boleh menerima arahan tertentu dari menara kawalan dan melencong ke laluan lain jika dikehendaki tetapi keadaan tersebut bukan sesuatu yang memerlukan tindakan daripada TUDM walaupun ia dikesan di radar utama.

TUDM mengesan (keadaan) berpatah balik itu tetapi tidak menganggap sebagai musuh dan ia adalah mesra pesawat tidak memberikan ancaman ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi dan mungkin menerima arahan dari menara kawalan, tetapi apa yang kita lihat akhirnya ia (pesawat) hilang (dari radar) di Laut Andaman atau Utara Selat Melaka.

Radar TUDM hanya boleh mencerap sekitar 250 batu nautika sahaja"

Mengapa TUDM Mengambil Masa Untuk Umumkan Radar Berjaya Kesan Pesawat berpatah Balik?

"TUDM berpendapat pusat kawalan udara sama ada di Subang atau KLIA mungkin sedang melakukan prosedur operasi standardnya (SOP) untuk mengesan pesawat itu, dan (TUDM) juga melakukan SOP TUDM untuk mengesannya,

TUDM atau pihak berkuasa tidak boleh mengumumkan sebarang maklumat yang tidak dapat disahkan 100 peratus kesahihannya dan semua maklumat pada masa itu perlu diteliti dan diperhalusi agensi pakar Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB)."

P/S : Keputusan dibuat semua berdasarkan anggapan? Erm…..Yang akhirnya hasil tindakan berdasarkan sangkaan berakhir dengan tragedi. Mengapa tidak melakukan pengesahan & siasatan? Mengapa perlu mengambil mudah atas kelaziman? Dalam aspek pertahanan negara tiada istilah kelaziman. Musuh menunggu masa untuk “meratah dan merogol” pertahanan pertahanan negara ketika kita sedang asyik lewa.

PP/S : Berita Semasa tidak sama sekali bertolak ansur apabila melibatkan aspek “nastional security” & keselamatan rakyat Malaysia. Musuh boleh datang pada bila-bila masa sahaja dengan apa cara sekalipun.

PPP/S : Ya…risiko ada di mana-mana, tetapi bukankah kita boleh meminimumkan setiap risiko yang bakal berlaku? Sampai bila kita hanya mengharapkan “sangkaan & mungkin” dalam menjadi keselamatan & kedaulatan negara tanpa koordinasi yang mantap antara TUDM dengan syarikat penerbangan komersil? – Berita Semasa.

http://azmieyusoff.blogspot.com/2014/03/mh370-pelik-pesawat-misteri-tidak.html
MH370 : Pelik!! Pesawat Misteri (TIDAK DIKENALI) adalah "MESRA PESAWAT"? +Video

Gambar: BEKAS KETUA JURUTERBANG SERANTAU MAS PERTIKAIKAN PERCANGGAHAN KETARA INFORMASI TERDAHULU DENGAN TAKLIMAT YANG DIBERIKAN KEPADA KELUARGA DI CHINA.
http://omakkau.blogspot.com/2014/03/bekas-ketua-juruterbang-serantau-mas.html
Read More

Wednesday, 19 March 2014

BBC persoal pertahanan udara Malaysia... Mengapa TUDM tidak pintas MH370?

Rabu, 19 Mac 2014

Pakar persoal pertahanan udara Malaysia

LONDON - Kehilangan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 8 Mac lalu menimbulkan persoalan berhubung kemampuan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam menangani ancaman dari udara.

Siaran berita Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan, maklumat terbaru bukan sahaja menimbulkan misteri berhubung kehilangan pesawat MH370 tetapi persoalan mengapa TUDM tidak bertindak selepas menyedari kapal terbang tersebut berpatah balik.

Pihak berkuasa Malaysia mendedahkan, radar tentera mengesan sebuah pesawat tidak dikenali yang kemudian disahkan pesawat MH370 berpatah balik dan melintasi semenanjung negara itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan diambil oleh tentera udara negara itu.

"Di mana tentera udara ketika semua ini berlaku?" kata bekas juruterbang Tentera Udara Britain dan penganalisis aeroangkasa, Andrew Brookes.

"Sejak serangan pengganas terhadap Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001 semua pertahanan udara di seluruh dunia sentiasa berjaga-jaga dengan kejadian rampasan pesawat yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang sasaran tertentu.

"Di Malaysia terdapat bangunan penting seperti Menara Berkembar Petronas yang mungkin menjadi sasaran kumpulan pelampau," tambahnya.

Ujar Brookes, ketika pesawat MH370 dikesan berpatah balik semasa dalam penerbangan dan mengubah ketinggian secara mendadak ia sepatutnya mencetuskan amaran kepada pihak tentera yang mengendalikan radar.

Akhbar The Telegraph melaporkan seorang pakar berkata, kebanyakan negara yang mempunyai pertahanan udara yang canggih akan mengesan pesawat musuh pada jarak beratus-ratus kilometer dan menghantar pesawat untuk memintasnya.

TUDM mempunyai beberapa jet pejuang canggih seperti Sukhoi S30, MiG-29N dan F18 serta sering mengadakan latihan bersama tentera udara dari negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand dan Singapura.

Di negara di Amerika Utara dan Eropah terdapat kerjasama rapat antara pihak tentera udara dan menara kawalan trafik.

Sekiranya radar tentera mengesan satu objek tidak dikenali atau mencurigakan, prosedur normal adalah berhubung dengan menara kawalan untuk pengesahan pesawat.

Jika pesawat itu tidak dikenali pihak tentera akan membuat hubungan radio dan sekiranya gagal jet pejuang dengan segera akan dihantar bagi memintas kapal terbang tersebut.-
Agensi

Mengapa TUDM tidak kerah pesawatnya pintas MH370?

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikritik hebat terutamanya oleh media asing berikutan kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) sembilan hari lepas ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Media-media luar negara seperti The New York Times, BBC dan CNN mempersoalkan mengapa TUDM tidak berbuat apa-apa ketika radar pertahanan udaranya mengesan sebuah pesawat tidak dikenali membuat "Air Turn Back" dari laluan asal di Laut China Selatan menuju ke perairan Laut Andaman. 

"Di mana TUDM ketika semua ini berlaku," tanya Andrew Brookes, bekas juruterbang Tentera Udara Diraja British (RAF) dan penganalisis penerbangan kepada BBC hari ini.

Sejurus sebelum membuat pusingan, pesawat itu telah menutup transponder yang memberikan maklumat tentang jenis, kelajuan dan kedudukan pesawat kepada menara kawalan, selain mematikan sistem dikenali Aircraft Communication Addressing And Reporting System (ACARS) yang menyampaikan maklumat terkini tentang pesawat menerusi satelit.

Media-media luar mempersoalkan mengapa TUDM tidak mengerah jet-jet pejuangnya untuk memintas pesawat itu yang kemudiannya dikenali sebagai MH370, sebelum ia menghilangkan diri di Laut Andaman menuju ke lokasi yang tidak dapat ditentukan sehingga kini.

Ada di antara media-media luar negara itu mendakwa kegagalan TUDM bertindak membuktikan terdapatnya kelonggaran dalam kawalan keselamatan ruang udara negara dan menyukarkan pencarian MH370.

Sehingga kini, TUDM mahu pun Kementerian Pertahanan gagal tampil untuk memberikan jawapan terhadap dakwaan-dakwaan tersebut.

Bagaimanapun isu mengenai dakwaan kegagalan TUDM itu banyak dibincangkan di dalam blog-blog pertahanan negara.

Di antaranya adalah blog Malaysia Military Power yang mengatakan, pesawat MH370 itu tidak dipintas oleh jet-jet pejuang negara kerana ia dikategorikan sebagai bukan satu ancaman, sebagaimana yang dijelaskan oleh Panglima TUDM Jen Tan Sri Rodzali Daud di dalam sidang media beberapa hari lalu.

"Kebanyakan ancaman bergerak di dalam kelajuan yang amat tinggi dan di altitud yang amat rendah, menuju (ke sasaran) di dalam kedudukan sudut tertentu. Tidak ada jet pejuang yang terbang dengan kelajuan di bawah Mach 1 kerana ia akan menyebabkan enjin 'flame out." 

"Kerana itu air defence radar hanya fokus kepada target yang abnormal dari segi altitud dan kelajuan mendadak seperti pesawat pejuang sehingga kepada peluru berpandu ballistik," menurut blog pertahanan itu. 

Kelajuan pesawat penumpang seperti MH370 yang rendah serta terbang di laluan penerbangan awam menjadikan pesawat MAS itu sama seperti pesawat komersial yang lain pada pandangan radar tentera.

Menurut seorang penganalisis pertahanan tempatan pula, radar pertahanan udara negara lebih fokus untuk memantau ancaman yang datangnya dari luar negara seperti jet-jet pejuang berkelajuan tinggi dan yang terbang rendah.

Penerbangan rendah mendakap bumi atau dikenali di dalam lingo ketenteraan sebagai "Nap Of Earth" (NOE) adalah untuk mengaburi pantulan radar pertahanan udara.

"Jika pesawat itu terbang dari Kuala Lumpur, milik syarikat penerbangan dan mengikut ketinggian dan laluan yang biasa dilalui oleh penerbangan awam, ia biasanya dikendalikan oleh radar kawalan udara milik Jabatan Penerbangan Awam (DCA)," katanya.

TUDM menempatkan skuadron pesawat FA-18D Hornet di pengkalan udara Butterworth serta radar pertahanan udaranya, manakala skuadron pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM pula ditempatkan di pengkalan udara Gong Kedak, Terengganu.

Kedua-dua pesawat pejuang lebih daripada berkemampuan untuk memintas MH370.

Kelantangan media-media luar negara serta tempatan melontar pelbagai tuduhan terhadap TUDM juga amat tidak adil kerana perkara sama juga berlaku di dalam peristiwa 9/11 apabila dua pesawat penumpang Amerika Syarikat dirampas sebelum merempuh bangunan World Trade Center.

Di dalam kejadian terbabit, jet-jet pejuang negara kuasa besar yang memiliki sistem pertahanan udara yang jauh lebih canggih itu juga gagal memintas pesawat penumpang yang dirampas itu.

Itu adalah apa yang telah dilaporkan oleh MalaysiaGazette di ( SINI )

Dan jawapan yang telah diberikan oleh Malaysia Military Power pada dasarnya sudah tidak relevan lagi setelah berlakunya tragedi 911..

Kegagalan pihak Amerika Syarikat mengesan dan memintas pesawat komersial itu sepatutnya kita jadikan sebagai tauladan bukannya sebagai alasan untuk mempertahankan pihak TUDM.

Jadi tak hairanlah jika dunia mempersoalkan tahap keselamatan udara negara kita..

Kalau di negara lain... dah tentu ada yang meletakkan jawatan kerana kegagalan ini... tapi di negara kita ni, jangan haraplah.. umpama mengharap babi terbang kalau mengharapkannya...

Selagi ada pihak lain yang boleh dipersalahkan.. salahkan pihak lain..

Lagi satu persoalan yang aku tak dapat jawapan ialah... Apa yang dilakukan oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam dari saat pesawat menghilang dari radar hingga ke pukul 7.45 pagi??

Tidur atau menunggu waktu pejabat yang rasmi untuk melakukan apa yang sepatutnya..
Posted by Anak Sungai Derhaka

Read More

Friday, 3 May 2013

Kami Amat Mengharapkan BN/UMNO Dikuburkan Pada PRU Kali Ini....Anggota Tentera Malaysia..

Jumaat. 3 Mei 2013
Ini sebabnya KENAPA ramai TENTERA sokong Pakatan 

Kepada DSAI Bakal PM Malaysia..

Daripada : Anggota Tentera Malaysia..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YangBerbahagia Dato Seri Anwar Ibrahim.

Saya adalah anggota tentera dan merupakan salah seorang penyokong tegar PR. Saya telah pun mengundi PR di Undian Awal pada 30 April semalam.

Ramai juga dalam kalangan rakan-rakan tentera saya yang turut mengundi PR semalam. Semuanya inginkan perubahan dan mengharapkan Manifesto PR dapat dilaksanakan selepas kemenangan PR nanti. Saya amat mengharapkan BN dan UMNO dapat dikuburkan pada PRU kali ini.

Selain kebajikan-kebajikan lain, kami warga tentera juga mengharapkan agar KADAR FAEDAH PINJAMAN di KOPERASI TENTERA dapat dikaji semula. Hal ini kerana, kadar faedah pinjaman di Koperasi Tentera adalah 6% jauh lebih tinggi berbanding kadar faedah di bank-bank lain iaitu hanya dalam lingkungan 3.9%.

Hal ini ditambah lagi dengan kebajikan kami sebagai Lain-Lain Pangkat (LLP) langsung tidak boleh untuk membuat Personal Loan di bank-bank lain. Hanya boleh di Koperasi Tentera sahaja. Saya pun tidak pasti mana silapnya, samada pihak kroni atau atasan ada kepentingan sehinggakan kami disekat untuk di bank-bank lain. Tapi hal ini tidak berlaku pada Pegawai. Pegawai tetap boleh membuat loan di bank-bank lain.

Besarlah harapan saya serta warga tentera yang lain agar Dato Seri dapat mempertimbangkan perkara ini. Semoga PR menang majoriti 2/3 pada PRU 13 kali ini.

PAKATAN HARAPAN RAKYAT.
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif
Read More

Saturday, 16 February 2013

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena