Showing posts with label GHB Sarawak. Show all posts
Showing posts with label GHB Sarawak. Show all posts

Saturday, 25 July 2015

GHB SARAWAK akan buat kejutan pada Pilihanraya Negeri Sarawak tidak lama lagi.

Sabtu, 25 Julai 2015
GHB SARAWAK AKAN BUAT KEJUTAN DI BAWAH KEPIMPINAN ANDRI ZULKARNAEN GHB 

Sarawak bakal membuat kejutan pada Pilihanraya Negeri Sarawak tidak lama lagi. 

Penyelaras GHB Sarawak, Andri Zulkarnaen Hamden (gambar kanan sekali) berkata, pihak telah menyusun strategi dan perancangan bagi mendekati rakyat dan menerangkan agenda dan dasar perjuangan GHB Sarawak. 

"Andri akan lakukan kejutan dalam PRN nanti, walaupun kami baru tetapi rakyat melihat kami lebih terbuka, inklusif dan sedia bekerjasama dengan parti-parti utama pembangkang di Sarawak". 

"Walaupun buat masa ini GHB adalah NGO tetapi kami sudah pasti akan menyertai parti baru yang bakal ditubuhkan nanti bagi meneruskan kesinambungan perjuangan kami" ujar Andri yang lebih mesra dengan nama Hud. 

Malah PKR dan DAP Pusat secara terbuka telah menyatakan sokongan terbuka kepada GHB Pusat dan Sarawak. 

Tidak syak lagi kerjasama ini akan membuahkan hasil yang baik bagi memacu perjuangan gabungan pembangkang menambah kerusi yang sedia ada. 

GHB Sarawak, kata Andri, telah mengenalpastikan beberapa yang akan ditandingi dan kami sedia berbincang dengan sesiapa sahaja bagi memastikan tiada pertindihan kerusi antara pembangkang bagi menentang BN. 

Sementara itu beberapa pihak menyifatkan penubuhan GHB Sarawak kena pada masanya kerana dasar dan sikap GHB yang terbuka dan mesra dengan semua pihak. Malah GHB bersedia menerima semua kaum dan agama untuk bersamanya.

 "Kami yakin GHB Sarawak akan berjaya dan berupaya membuat kejutan lebih-lebih lagi ianya dipimpin oleh Andri atau Hud yang sememangnya berpengalaman luas dalam politik dan NGO' 

"Saya telah lama berkawan dengan Hud, beliau aktif dalam kesatuan kerja, khidmat masyarakat dan politik selama puluhan tahun" ujar Donald Ikeh, seorang peniaga di Pekan Sebuyau.

 Ikeh berkata Hud berpengalaman luas dalam mengendalikan Pusat Khidmat Masyarakat di Johor serta juga pernah memimpin kesatuan sekerja kakitangan Bank. 

Read More

'GHB Sarawak masih bersikap lunak dengan PAS' - Kami yakin DAP dan PKR S'wak bersedia untuk bekerjasama dengan kami

Sabtu, 25 Julai 2015

GHB Sarawak bersikap lunak dengan PAS

Oleh Andri Zulkarnaen Hamden 


GHB Sarawak akan melantik Jawatankuasa dalam masa terdekat. Setakat ini kami telah mengenalpastikan figura-figura yang berpotensi dan berpengalaman bagi menerajui GHB Sarawak.

Kami yakin GHB akan diterima oleh rakyat Sarawak berdasarkan kepada maklum balas yang kami terima setakat ini. Rakyat Sarawak akan menerima kehadiran GHB kerana kami mengamalkan prinsip terbuka, inklusif, progressif dan tidak jumud dan tertutup kepada  semangat perkauman, melampau dan sempit.

Seperti yang diumumkan oleh GHB pusat bahawa setakat ini GHB bergerak atas kapasiti sebuah NGO dan bukannya sebuah parti politik sehinggalah sebuah parti politik yang sah ditubuhkan. Ianya dijangka akan ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 2015.

GHB Sarawak akan menumpukan gerakerja memperkemaskan jawatankuasa, mendaftarkan ahli di kalangan rakyat Sarawak tidak kira ianya berparti atau belum berparti. Kami mengamalkan sikap terbuka di mana sesiapa sahaja boleh menganggotai GHB tanpa mengira kaum dan agama.

GHB Sarawak seperti juga GHB Pusat tetap bersikap lunak dengan PAS kerana musuh sebenar kami bukannya PAS tetapi BN yang terus meneruskan mengamalkan pemerintahan yang korup dan menindas rakyat. Kami sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja dalam usaha menubuhkan kerajaan baru di Sarawak dan Malaysia.

Kami yakin DAP dan PKR Sarawak bersedia untuk bekerjasama dengan kami sebagaimana pendirian DAP dan PKR di peringkat pusat yang secara terbuka telah menyatakan sokongan padu kepada penubuhan GHB dan parti politik baru nanti. Kami sedia bertemu dan berbincang dengan DAP dan PKR Sarawak pada bila-bila masa.

GHB Sarawak juga bersedia untuk meletakkan calon pada Pilihanraya Negeri Sarawak akan datang ini. Samada kami bertanding atas tiket parti baru, parti lain atau bebas ianya belum diputuskan lagi.
GHB Sarawak bersedia untuk mendengar pandangan dan kritikan dari sesiapa sahaja bagi memantapkan GHB Sarawak bagi melengkapkan diri kami untuk berkhidmat kepada rakyat Sarawak dan Malaysia amnya.

Sekian

Andri Zulkarnaen Hamden @hud abusiraj
Jurucakap GHB Sarawak
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena