Showing posts with label Himpunan Sayangi Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Sayangi Malaysia. Show all posts

Sunday, 15 October 2017

[Video A Samad Said 'Hidup Bersama' di Himpunan Sayangi Malaysia] 'Skandal Ketua Pengarah'...SPRM tutup mulut?

Isnin, 16 Oktober 2017

Gempar Ketua Pengarah Sprm Skandal?

Auto Draft
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mengulas video yang didakwa membabitkan pegawai kanannya mempunyai hubungan sulit dengan wanita isteri orang lapor The Malaysian Insight sementara portal berita itu cuba menghubungi polis Kuala Lumpur berhubung siasatannya masih menunggu maklum balas.
Beberapa hari lalu telah tersebar satu klip video yang mengaitkan seorang pemimpin atasan SPRM yang didakwa mempunyai hubungan terlarang dengan wanita yang dikatakan sudah pun bersuami.
Dikatakan akibat hubungan dengan pemimpin atasan SPRM itulah rumahtangga wanita berkenaan berakhir dengan perpisahan.
Susulannya beberapa hari kemudian, wanita yang dikaitkan itu tampil dengan penjelasan di laman Facebooknya menafikan keruntuhan rumahtangganya ada kaitan dengan mana-mana pihak, termasuk pemimpin atasan SPRM berkenaan.
Kata wanita terbabit, perceraiannya adalah merupakan hal peribadi dan dicapai melalui persetujuan dengan bekas suaminya dan tiada kaitan dengan siapa pun jua.
Berkaitan hal yang sama, Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki bagaimanapun enggan mengulas berhubung penyebaran video berkenaan.
Berkaitan hal yang sama, Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki bagaimanapun enggan mengulas berhubung penyebaran video berkenaan.
Bagaimanapun, sejak malam tadi telah tersebar satu lagi video melalui youtube mengenai hubungan pemimpin atasan SPRM terbabit dengan wanita yang dikaitkan beliau mempunyai hubungan itu.
Jika dalam video pertama, hubungan mereka hanya digambarkan secara umum, tetapi dalam video kedua ini ia agak detail dengan beberapa keping gambar melibatkan mereka berserta tarikh dan lokasi turut disertakan sama.
Dengan satu demi satu video disebarkan, apakah ianya benar atau fitnah?
Apakah akan muncul beberapa lagi video selepas ini?
Apakah pemimpin atasan atasan SPRM berkenaan hanya perlu berdiam diri saja melihat muncul dan tersebarnya video-video berkenaan?
Dalam hubungan ini, bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Ghafar mencabar pemimpin atasan SPRM yang dikaitkan dalam video tersebut agar segera dan berani untuk tampil membuat penjelasan.
Kata beliau, oleh kerana video itu telah tersebar luas melalui youtube dan pelbagai media sosial lain secara meluas, malah mungkin hingga ke kampung-kampung, orang yang dikaitkan perlu berani tampil membuat penjelasan.
“Jika betul, katakan betul dan jika ianya fitnah, nafikanlah dengan jujur, ikhlas serta atas nama Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat,” tegas Tamrin lagi.
Menurut Tamrin, walaupun wanita yang dikaitkan dengan hubungan terlarang itu sudah membuat penafian, tetapi dalam hal ini, pemimpin atasan SPRM berkenaan tetap wajib memberi penjelasan kerana ia berkaitan dengan kedudukan, jawatan dan agensi yang diketuainya yang sangat penting peranannya dalam masyarakat.
“Bagaimana pemimpin atasan SPRM itu mahu memerangi pelbagai kekotoran seperti rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa dalam kerajaan, agensi atau individu yang berkuasa, sedangkan beliau sendiri terpalit dengan dakwaan kekotoran yang lain? soal Tamrin.
Kata beliau, hanya dengan keberanian pemimpin atasan SPRM berkenaan tampil membuat penjelasan dapat menjernihkan keadaan berhubung dakwaan tersebut.
Selain itu, tambah Tamrin, oleh kerana laporan polis sudah pun dibuat mengenai perkara itu, suatu siasatan yang adil dan menyeluruh juga hendaklah segera dilakukan oleh PDRM terhadap pemimpin atasan SPRM terbabit.
Sembang Media.
Read More

Saturday, 14 October 2017

[Video Ucapan Tun Mahathir Di Himpunan Sayangi Malaysia] Tun M: Pergi baliklah ke Bugis kerana kamu mencuri duit kita.

Ahad, 15 Oktober 2017


Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi 

Himpunan anjuran Pakatan Harapan (HARAPAN) berlangsung hari ini dengan mengambil slogan antikleptokrasi – Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi – bertempat di Padang Timur, Petaling Jaya.
Himpunan berkenaan adalah susulan reaksi terhadap saman sivil terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan isu 1MDB selain merupakan langkah pemimpin HARAPAN memberi kefahaman kepada orang ramai berkenaan skandal yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Perhimpunan itu akan dihadiri oleh pemimpin dari parti komponen HARAPAN iaitu PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
malaysiakini.

Aktivis Pakatan Harapan sedang membentangkan tikar untuk persediaan solat Maghrib bagi peserta Himpunan Hapus Kleptokrasi yang beragama Islam. Masuk waktu Maghrib di Petaling Jaya pada pukul 7.02 petang.

Mohamad melawat gerai-gerai yang menawarkan pelbagai jenis minuman kepada orang ramai. Ketua kumpulan baju merah Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mahu menjaja ikan di lokasi perhimpunan belum kelihatan.

Malaysia Dateline



Read More

[Video Ucapan TS Muhyiddin Di Himpunan Sayangi Malaysia] Pengacara majlis memberitahu Jamal Ikan Bakar membatalkan ‘persembahan’ seperti yang diuar-uarkannya.

Ahad, 15 Oktober 2017

Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi

Presiden PH yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di lokasi perhimpunan. Beliau turut menandatangani ikrar antikleptokrasi - Malaysia Dateline
*Lukisan Karikatur Saudara Anuar (Ayah Hulk) dari Taman Meru, Ipoh.

Persembahan tarian singa mengisi slot Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi petang ini. Persembahan selama 15 minit itu menampilkan ‘singa’ yang mengenakan kostum berwarna merah dan oren- Malaysia Dateline

5.30 petang: Seorang ahli Pas dari Ipoh ditemui hadir dalam Himpunan Hapus Kleptokrasi petang ini.
Duduk di lokasi agak terselindung di teduhan pokok sambil mendengar ceramah, beliau yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 45, mengakui masih belum bersedia secara terbuka untuk menjadi ahli AMANAH.
“Tapi saya bersedia menyokong Pakatan Harapan bahkan mengundi AMANAH.
“Pas sebelum 2015 lagi sudah lain corak perjuangannya. Bukan saya seorang ahli Pas yang sedar pimpinan parti semakin mesra Umno,” luah penjawat awam itu yang tidak bersedia untuk dirakam gambarnya.
5.15 petang: Pengacara majlis memberitahu Jamal Ikan Bakar membatalkan ‘persembahan’ seperti yang diuar-uarkannya sebelum ini.
Himpunan ini bertujuan memberi kefahaman yang lebih jelas kepada rakyat mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MBD) dan penerangan berkaitan dengan istilah sebenar ‘kleptokrasi’ khusus membabitkan pemimpin dalam sebuah negara.
Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi adalah idea yang dicetuskan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ini adalah perhimpunan pertama anjuran Pakatan Harapan yang disertai PKR, DAP, AMANAH dan Bersatu sebagai sebuah gabungan berorganisasi yang kini dalam proses untuk didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Sekretariat Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi dijangka akan mengemukakan lima tuntutan dalam himpunan rakyat yang akan berlangsung di Padang Timur Petaling Jaya hari ini
Lima tuntutan itu adalah berkaitan untuk mendesak kerajaan;
1.Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Felda
2.Mengembalikan semua aset dan wang rakyat yang telah dirompak
3.Tangkapan Malaysian Official No 1 (MO1)
4.Bebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia daripada sebarang tekanan
5.Mahu menghapuskan rundingan terus (direct tender) dalam sebarang kontrak kerajaan
Himpunan julung kali diadakan ini agak berlainan berbanding himpunan mega yang pernah dianjurkan oleh pembangkang seperti himpunan Bersih kerana kali ini aturcaranya lebih berkonsepkan karnival pada sebelah petang dan malamnya diisi dengan ceramah
pimpinan empat parti.
Apa yang lebih menarik dijangkakan seramai 20 pemimpin daripada empat parti akan berucap sepanjang himpunan diadakan yang akan bermula pada jam 4 petang hingga 11 malam nanti.
Pengarah Jawatankuasa Teknikal Himpunan Faiz Fadzil berkata, himpunan aman ini akan diisi dengan pelbagai corak acara meliputi pameran, jualan, persembahan kebuayaan dan kontemporari selain ucapan pemimpin dan rakyat sivil akan mengisi suasana karnival berkenaan.
Orang ramai boleh mendapatkan akses mudah ke lokasi dengan menaiki pengangkutan awam seperti bas atau menaiki tren LRT di Taman Jaya untuk ke lokasi himpunan di Padang Timur, Petaling Jaya.
Pihak sekretariat juga turut memperingatkan kepada orang ramai yang hadir berkaitan LANGKAH_LANGKAH KESELAMATAN supaya himpunan ini dapat berjalan lancar dan tenang tanpa sebarang insiden provokasi oleh mana-mana pihak.
Malaysia Dateline (Suntingan)
Read More

Thursday, 12 October 2017

[Video Tim.KPN: Jamal, jangan ganggu & Siti Nurhaliza hadir Himpunan Sayangi Malaysia] Siapa kata Siti ada di Padang Timur Sabtu ini?

Khamis, 12 Oktober 2017


Siapa kata Siti ada di Padang Timur Sabtu ini?

Menjelang himpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi pada Sabtu ini tiba-tiba tersebar poster kononnya Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akan turut menyertai program Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.
Melalui poster yang tidak diketahui asal-usulnya itu penyanyi terkenal terbabit didakwa akan "memeriahkan" himpunan berkenaan.
Bagaimanapun pengurus Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak, berkata pihaknya tidak tahu-menahu langsung mengenai kehadiran penyanyi terbabit ke himpunan 14 Okt ini.
Katanya, pihak yang sepatutnya menjawab persoalan berkenaan ialah HARAPAN.
“Saya rasa tidak adil kepada Datuk Siti jika saya yang mengulas sebarang kenyataan mengenai perkara ini. Ia harus dilanjutkan terus kepada Pakatan Harapan.
“Mengapa perlu berbuat demikian, atau biar mereka yang menafikan,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Himpunan yang menyasarkan kehadiran 100,000 orang itu diadakan pakatan pembangkang ketika bahang pilihan raya umum (PRU) ke-14 semakin terasa.
Bukan daripada pihak Siti
Kleptokrat ialah istilah yang popular selepas pihak berkuasa AS memulakan tindakan undang-undang terhadap dana yang didakwa diselewengkan daripada syarikat pelaburan milik kerajaan, 1MDB.

Majoriti parti pembangkang menuding jari kepada Datuk Seri Najib Razak atas skandal berkenaan 
tetapi Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan perdana menteri tidak melakukan sebarang kesalahan dan tiada tindakan akan diambil ke atasnya.

Terdahulu, Siti Nurhaliza didakwa bakal diturunkan sebagai calon HARAPAN di Pekan untuk berdepan Najib.
Beberapa kenyataan dibuat penyanyi itu yang dilihat menyebelahi Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad, mungkin mendorong khabar tersebut tersebar.
Siti Nurhaliza juga pernah mengusik aksi Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos yang bertuala ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada Disember tahun lalu.
Namun desas-desus itu dinafikan sendiri salah seorang pemimpin kanan BERSATU.
Menurut Rozi lagi, kebiasaannya apabila timbul sesuatu isu penyanyi Biarlah Rahsia itu tidak akan tampil memberi sebarang kenyataan.

“Siti bukan jenis akan memberi respon mengenai sesuatu yang bukan datang daripada pihaknya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP Selangor yang juga Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mengesahkan poster berkenaan adalah “palsu.”
Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (ARMADA) Syed Saddiq Abdul Rahman pula meminta orang ramai tidak memfitnah Siti Nurhaliza.
“Orang ramai harus berhenti memfitnah Siti. Kami tak tahu-menahu mengenai perkara itu,” katanya.
Ditanya sama ada BERSATU berminat Syed Saddiq,
Dan apabila ditanya sama ada BERSATU sedia menerima Siti Nurhaliza menyertai parti berkenaan, Syed Saddiq menjawab: “Sudah tentu. Dia adalah pujaan saya dan pujaan ramai di Malaysia".
Namun kata Syed Saddiq pihaknya tidak bersetuju jika Siti Nurhaliza dipergunakan untuk kepentingan politik.
“Siti Nurhaliza orang yang sangat dihormati dan boleh membuat keputusan sendiri tanpa diwakili mana-mana pihak," katanya.

malaysiakini.
Read More

Monday, 9 October 2017

[Video Tun M: Jom Ke Himpunan Sayangi Malaysia 14 Okt Di PJ] ‘Kita jangan minum beer dan kita tak makan dadah’.

Selasa, 10 Oktober 2017

‘Kita jangan minum beer dan kita tak makan dadah’

‘Kita jangan minum beer dan kita tak makan dadah’

Saya diberitahu ramai yang marah saya kerana tidak menyatakan sokongan saya terhadap bantahan perayaan beer (beer festival – Oktober Fest) oleh orang bukan Islam.
Bagi saya kalau orang bukan Islam yang tidak haramkan minum alkohol atau beer hendak minum beer sampai pengsan, itu masalah mereka. Yang penting mereka jangan timbul masalah kepada orang lain, atau memandu kereta di waktu mabuk.
Yang saya amat dukacita ialah penyalahgunaan dadah oleh anak orang Islam sehingga menyebabkan kematian 23 murid sekolah tahfiz apabila mereka membakar asrama sekolah.
Ternampak seolah-olah orang Islam menerima pembunuhan murid ini sebagai perkara biasa. Ya. Memang ada mereka yang berpendapat ini semua takdir. Oleh itu terima sahajalah. Seperti yang telah dinyatakan oleh guru tahfiz, anak yang mati setelah ke sekolah tahfiz akan menunggu ayah dan emak di pintu syurga kelak.
Tetapi bagi saya soal yang timbul ialah kenapa ada anak orang Melayu / Islam yang terlibat dengan dadah. Kenapa tidak didengar anak Cina dan India terlibat dengan dadah. Apakah ini juga takdir. Tidak adakah apa-apa yang boleh dibuat untuk menentu anak Melayu / Islam menolak dadah?
Allah SWT berfirman dalam al-Quran bahawa Allah tidak akan memperbaiki keburukan yang menimpa manusia melainkan manusia itu sendiri cuba memperbaikinya terlebih dahulu.
Penagihan dadah disebabkan kurang kawalan anak oleh ibu bapa di zaman ini. Tanggungjawab menyemai sikap menolak dadah sepatutnya diletak di bahu guru agama dalam sekolah.
Tetapi di sekolah, selain dari mengajar ibadat tertentu untuk pahala tidak ada tekanan yang cukup terhadap pengajaran budi pekerti Islam; terhadap dosa pahala, baik buruk, amalan hidup dalam Islam. Dengan itu anak mudah terjebak dengan yang tidak baik, termasuk penggunaan dadah.
Jika kerana disemai dengan kawalan diri mencegah yang buruk dan mengamal yang baik (amal ma’aruf nahi mungkar) sebagai sebahagian dari tuntutan agama Islam, kemungkinan perlakuan perkara-perkara yang dilarang akan berkurangan. Tetapi setakat yang saya tahu tidak ada latihan dan pengajaran secara sistematik dalam bidang ini di sekolah-sekolah.
Ilmu sahaja tidak berguna jika tidak dikawal oleh budaya yang baik. Saya amat malu membaca laporan berkali-kali akan perlakuan yang tidak baik oleh orang Islam, terutama anak muda. Saya berpendapat perkara ini perlu diberi perhatian lebih oleh orang Islam dan bukan melarang orang bukan Islam minum beer.
Ini adalah pendapat saya. Jika nak kecam dan nak marah saya kerana tidak memecah botol beer di hadapan pejabat MB, marahlah.
Oktober Fest, perayaan minum beer pada bulan Oktober adalah tradisi budaya orang Jerman.
Jerman menerima satu juta pelarian Islam dari Syria. Apakah balasan pelarian ini kepada orang Jerman sebagai tuan rumah ialah dengan melarang mereka dari minum beer dalam Oktober Fest mereka.
Orang Melayu berkata jaga tepi kain sendiri. Tentukan kita jangan minum beer dan kita tak makan dadah. Itu lebih baik dari pecah botol beer.
 Malaysia Dateline
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena