Showing posts with label Jebon. Show all posts
Showing posts with label Jebon. Show all posts

Tuesday, 11 August 2015

Apabila Khalid Al-Walid dipecat, beliau TIDAK difitnah sebagai Jebon, Sekular, Liberal, PENGKHIANAT & MUNAFIK...

Selasa, 11 Ogos 2015

Khalid Samad menjawab kenapa beliau tidak menjadi seperti Khalid Al-Walid

Fastabiqul Khairat

Saya telah menerima email kiriman seorang hamba Allah yang kandungannya adalah seperti di bawah. Balasan kepada email tersebut saya kongsikan disini agar dapat dimanafaatkan oleh mereka yang berpandangan sama.

Fikirlah dgn bijaksana sesuai dgn ilmu sdr. Sejauh mna parti baru mampu menggugat? Jika sekadar kecewa maka sama seperti S46 dulu mmg dpt sambutan ahli2 umno pro ku li tetapi akhirnya mati. Mrk masih berjiwa umno dan semangat yg sama. Rasanya HB pun sama menjiwai perjuangan pas. Bertahun bersama tapi alangkah malunya bertindak begini.

Ahli2 pas yg istiqomah dlm perjuangan marah dgn sdr sbb cara adab sdr, kami tak nafikan ilmu dan ketokohan sdr dan lain2 tetapi ahli2 pas tak rela prinsip perjuangan dan pimpinan ulama dihina. Klau kami marah dan nyahkan sdr pun bkn tanda kami membuang terus. . nama sebijik khalid alwalid tetapi sikap sdr jauh sekali.

Adakah hasrat nk ke Putrajaya tercapai jika berlaku pertembungan? Ahli2 pas tidak akan biarkan pengkhianat dan munafik menghalang laluan. .sama2 kita bertempur!!

AsSalaamuAlaikum wrt.
Terima kasih di atas email tuan.

Saya tidak menganggap diri saya sehebat Khalid Al-Walid. Saya juga berharap agar tidak ada yang berasa dirinya sehebat Umar Al-Khattab.

Untuk makluman tuan, apabila Khalid Al-Walid dipecat, beliau tidak difitnah sebagai Jebon, Sekular, Liberal dsbnya terlebih dahulu. Apatah lagi dituduh sebagai munafik. Tuduhan sebegitu dijauhi ramai kerana nifaq merupakan satu sifat yang digeruni semua, khususnya untuk diri sendiri. Saidina Umar sendiri risau dirinya tersenarai sebagai seorang munafik dan pernah bertanya kepada Huzaifah (RA) mengenainya.

Saya dan sahabat HB yang lain insyaAllah akan meneruskan apa yang telah kami usahakan sekian lama sejak dulu, iaitu menjadikan perjuangan Islam sebagai perjuangan yang membela nasib rakyat keseluruhannya, yakni Islam dan bukan islam. Terpulang pada PAS jika ingin bersama atau sebaliknya.

Berhubung para ulama, perlu tuan fahami sesuatu. Tiada yang mampu menghina para ulama. Mereka tidak menjadi hina di atas sebab tindakan pihak lain. Sekiranya ulama menjadi hina, ianya merupakan di atas sebab tindakan mereka sendiri. Jangan sesekali ulama berdiri bersama pihak yang zalim atau menjadi pembela atau mengulangi dakyah mereka.

Dalam soal hubungan PAS dan HB, saya mencadangkan agar semua pihak berpegang kepada konsep fastabiqul khairat. Itu pilihan kami dalam HB. Terpulang pada tuan untuk memilih pendirian untuk PAS.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Read More

Thursday, 30 July 2015

GUANER DIN? Jika memilih bersama Harapan Baru, mereka akan dilabel barua, jebon, tolol, berwalikan DAP, etc...etc...

PKR SUDAH SOKONG HARAPAN BARU, KER...GUANER DIN?

Di tengah-tengah kemelut pemecatan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan perdana Menteri, tiba-tiba Azmin yang play safe bersuara:

BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG YB (SELANGOR POST)

Kebelakangan ini Azmin dikecam oleh warga Internet (Netizens) kerana masih mendiamkan diri mengenai kedudukan hubungan PKR Selangor dengan PAS. Nota dan banner-banner kecil muncul di sana sini untuk melahirkan rasa tak puas hati akar umbi PKR terhadap kebungkeman pucuk kepimpinan PKR.

Kali ini timing Azmin amat baik. 
Ini bukan ayat mengampu. 

Di ketika ini, ruang untuk memilih dibuka luas kepada ADUN-ADUN PAS. Adakah mereka akan bersama dengan Haji Hadi yang menyokong Najib, yang telah memecat Timbalannya di tengah-tengah penyiasatan penyalahgunaan kuasa dalam 1MDB?

Atau...

Adakah mereka memilih jalan "amanah" (meminjam istilah Haji Hadi ketika pemecatan Khalid Ibrahm) untuk bersama-sama gerakan Harapan Baru pimpinan Mat Sabu?

Jika memilih bersama Harapan Baru, mereka akan dilabel oleh golongan pro-Hadi sebagai barua, jebon, tolol, berwalikan DAP, etc...etc...etc, tetapi dipuji oleh rakyat Malaysia yang mahu perubahan dan pemerintahan yang telus, maju serta peduli.

Jika memilih bersama Haji Hadi, mereka akan sentiasa dikenang sebagai penyokong kepada tahap akal pemimipin UMNO yang menyebabkan:
  • Kerugian Besar Warga Felda:

SAHAM FGV ( KLSE)

  • Kerugian Syarikat Felda

UNTUNG RUGI FGV (MALAYSIA STOCK) 

  • Kerugian 1MDB

SYARIKAT BANYAK HUTANG (TMI) 


Buat ADUN-ADUN PAS Selangor, fikirlah dengan akal, bukan siku dan lutut atau cakar harimau.

Ker guaner Din?

CONTOH BANNER MARAH NETIZENS
Bagi yang ketinggalan keretapi, sila baca link ini:




Read More

Sunday, 19 July 2015

Calon PAS bakal kehilangan deposit selepas tertubuhnya GHB..."Tergamak mencaci JEBON, BROKER, BARUA & TOLOL kepada ahli sendiri

Ahad, 19 Julai 2015

Ramai Calon PAS Bakal Kehilangan Deposit Selepas Tertubuhnya GHB...

Bukan Islam mana bakal bertanding untuk PAS, soal Mujahid

Bekas ketua biro perpaduan nasional PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyatakan keraguannya mengenai rancangan parti Islam itu untuk meletakkan calon bukan Islam bagi menentang DAP pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, sayap penyokong bukan Islam PAS tidak yakin mengenai kedudukan mereka dalam parti Islam itu berikutan terputusnya hubungan dengan DAP dan Pakatan Rakyat (PR).

"Siapakah calon-calon ini? Setahu saya, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) juga tidak pasti sama ada kewujudannya dalam parti terjamin.

"Dewan ini sekarang memikirkan kedudukannya dalam parti," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pengarah pilihan raya baharu PAS, Datuk Mustafa Ali baru-baru ini berkata mereka mungkin meletakkan calon bukan Islam di beberapa kerusi menentang DAP pada pilihan raya akan datang selepas putus hubungan dengan bekas sekutunya.

Beliau berkata, PAS akan memberi kuasa kepada sayap penyokong bukan Islam dan akan terdapat ramai calon bukan Islam diletakkan pada pilihan raya nanti.

Mujahid berkata, kewujudan DHPP itu sendiri adalah hasil usaha daripada pemimpin-pemimpin progresif, yang membawa sayap itu ke dalam struktur parti.

"Pemimpin-pemimpin progresif parti itulah yang menggalakkan dan mendesak interaksi antara masyarakat yang pelbagai. Sekarang kita keluar, siapa yang melakukan kerja-kerja tersebut?

"Inilah sebabnya mengapa DHPP berasa tidak selamat dengan kedudukan mereka," kata Mujahid, yang memainkan peranan penting dalam penubuhan sayap itu apabila beliau bertanggungjawab mengetuai biro perpaduan nasional PAS.


Pemimpin PAS dari puak progresif yang disingkirkan dalam pemilihan parti baru-baru ini, termasuk Mujahid, bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, bekas naib presiden Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, dan bekas ahli jawatankuasa Dr Dzulkefly Ahmad, membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB).

GHB yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada hari Isnin, diterajui oleh pengerusi sementara, Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin PAS lain yang tewas.

Gerakan yang berkembang dengan sokongan kumpulan masyarakat awam dan badan bukan kerajaan (NGO), dilihat sebagai pelopor kepada parti Islam baharu yang akan menjadi alternatif kepada PAS.

Mujahid berkata DHPP pada pelbagai peringkat di beberapa negeri sudah menyuarakan minat mereka terhadap GHB.

"Hari ini kita mempunyai DHPP Tasek Gelugor di sini dengan kami. Mereka ingin tahu mengenai kita dengan lebih lanjut," katanya selepas mengumumkan jawatankuasa sementara GHB Pulau Pinang GHB di Butterworth semalam.

"Kita boleh berkongsi dengan mereka mengenai aspirasi pergerakan kita. Keputusan muktamad (sama ada untuk menyokong gerakan tersebut) terpulang kepada mereka," katanya.

ULASAN GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Kini beliau cuba mensabotaj Pakatan 2.0 dengan hendak meletakkan calon bukan Islam menentang DAP. Kita alu-alukan. Tetapi yang jelas dan nyata calon bukan Islam akan menemui kegagalan malah akan kehilangan depositnya.

Bukan Islam mana lagi yang hendak sokong PAS apabila PAS sendiri sudah berkerat arang berpatah rotan memutus hubungan dengan mereka?

Mustafa Ali terlupa bahawa Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam di dalam muktamar yang lepas menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu.

Pada masa yang sama, beliau bertanya kepada PAS khususnya kumpulan ulama sama ada terdapat larangan dalam al-Quran yang menghalang seseorang melakukan amalan berkenaan.

"Saya tidak pasti sama dalam Islam, dalam al-Quran ada tidak larangan supaya jangan memffitnah dan jangan melabel orang lain. Kalau ada, kenapa ulama tidak mengawal ini berlaku dalam parti.

"Kenapa ulama tidak menegur gejala ini. Kalau label melabel ini ada dalam al-Quran, saya minta jasa baik ulama agar menunjukkan saya ayat mana dan terjemahannya.

Ulama PAS perlu jawab dulu persoalan yang dibangkitkan oleh DHPP di atas. Kini ramai DHPP yang menyatakan akan bersama GHB.

Selama ini ulamak membisu dengan pelbagai fitnah, cacian dan makian yang dilakukan oleh sesetengah pihak terhadap ahli kumpulan professional. Malah sesetengah ulamak termasuk presiden parti sendiri mengeluarkan kata-kata cacian seperti BROKER, BARUA & TOLOL.

DHPP sendiri telah mempersoalkan apakah di dalam Al-Quran tiada larangan seseorang itu tertutama pemimpinnya melakukan fitnah, cacian dan makian seperti itu? Apatah lagi cacian seperti ungkapa-ungkapa JEBON, Anwarinas, Liberal dan seumpamanya yang begitu mudah dihamburkan mengikut rentak dan tari syaitaniah?

Sekalipun kumpulan ulamak dikatakan telah menang besar di dalam pemilihan yang baru lalu, namun semua dapat menyaksikan kemenangan itu adalah hasil dari fitnah, cacian dan makian yang dilakukan ke atas kumpulan profesyenal. Ulamak PAS perlu bertanggungjawab dan perlu memikul beban dosa para penyokongnya yang melampaui batas itu.

Ada juga sesetengah pemimpin menyatakan bahawa kita tak perlu DAP lagi, kita ada NGO seperti DHPP. Kini DHPP pun meragui kredibiliti ulamak PAS. Tinggal siapa lagi di kalangan bukan-Islam yang menyokong PAS?
Tuh, memang PAS kini sedang sakit tenat. Lebih banyak kerusi yang PAS bertanding lebih ramai calon PAS yang akan kehilangan deposit, lebih-lebih lagi jika letak calon bukan-Islam berbanding jika calon bukan-Islam itu bertanding di atas tiket GHB.

Ingatlah berbelasan bekas AJK PAS Pusat yang disingkirkan, pengikut mereka dalam PAS bukan sekadar 20% seperti yang didakwa oleh sesetengah pemimpin!

Posted By 
Read More

Thursday, 16 July 2015

Ahli, pimpinan PAS tak perlu marah-marah lagi...'Jebon dan berambus', sekarang kan parti kamu sangat suci dan bersih!

Khamis, 16 Julai 2015

Ahli, pimpinan PAS tak perlu bimbang dan marah

Penubuhan wadah baru sudah tidak dapat dielakkan. Ianya merupakan natijah daripada kemelut dalaman PAS yang tidak diurus dan ditangani secara bertanggungjawab.

Tiada siapa boleh memusing jarum jam untuk kembali ke masa yang telah berlalu.

Kepada yang kekal dalam Pas, anggaplah parti anda berada dalam keadaan selamat sekarang. Tiada lagi ancaman pengaruh fikrah luar yang mengganggu asholah perjuangan Pas. Tiada lagi pengkhianat. Tiada lagi golongan tak jelas fikrah. Parti anda sangat suci dan bersih sekarang. Bergembiralah dan bersyukurlah.

Anda tidak perlu bimbang dan marah. Presiden anda sangat pasti, wadah baru hanya boleh bertahan paling lama 2 tahun. Tempoh itu tidak lama. Anda tidak perlu risau apa-apa. Yakinlah dengan telahan Presiden anda. Dia tidak buat sebarang salah dan silap sebelum ini. Semuanya benar belaka.

Bagi yang memilih wadah baru, ketahuilah anda telah memilih jalan yang sangat sukar. Maka, pilihlah dengan ilmu dan kesedaran. Bukan kerana marah. Bukan kerana kecewa. Anda perlu memilih jalan ini kerana keyakinan dan harapan yang tinggi. Anda perlu memilih jalan ini kerana anda yakin anda benar. Jangan ada sebab lain.

Peluang untuk berjaya ada, tetapi laluannya tidak mudah. Kalau anda sudah biasa berkorban sebelum ini, ada perlu lebih banyak berkorban kali ini.

Kalau anda biasa dengan celaan dan kata nista sebelum ini, anda akan mendengar lebih banyak lagi kali ini. Pertingkatkan kesabaran kalian.

Kalau anda biasa bangun malam bermunajat kepada Allah sebelum ini, anda perlu lebih banyak mendekatkan diri dengan Allah kali ini.

Ujiannya pasti lebih getir. Celaan pasti lebih pedih. Kepayahan pasti lebih sukar.

Selamat berjuang. Seeru alaa barakatillah.

Abu Mubarak
Bandar Tasik Kesuma
Read More

Monday, 22 June 2015

Adakah PAS menuju 'Wilayatul Faqih' yang dipegang Syiah di Iran..? Ketua Jebon pulak diminta kekal dalam PAS...Aik!

Isnin, 23 Jun 2015

Adakah PAS menuju konsep 'Wilayatul Faqih' yang dipegang oleh Khomeini dan Syiah di Iran..???

Saya tidak mahu campur urusan PAS. Tapi saya mohon berbeza pendapat dalam hal ini jika PAS memerintah Malaysia.

Jika sekiranya kepimpinan itu tidak boleh dipersoalkan tindakan mereka, maka hancurlah demokrasi bagi sesebuah negara. Hari ini betapa banyak tindakan pimpinan negara ini dipertikai oleh rakyat termasuk PAS sendiri sering membantah dan mempersoalkan tindakan kerajaan. Mengapa dibolehkan pula?!

Andainya atas nama ulama yang memimpin jika PAS memerintah nanti maka tindakan kepimpanan negara masa itu tidak boleh dipertikaikan, maka ia sama dengan konsep 'Wilayatul Faqih' yang dipegang oleh Khomeini dan Syiah di Iran.

Maka jadilah Malaysia sebuah negara mullah yang hampir sama dengan sejarah kuasa Pope di Vatican dahulu yang telah menyebabkan tercetusnya sengketa dan perang saudara antara Katholik dan Protestan.

Segala impian rakyat untuk melihat negara yang telus, bertanggungjawab dan boleh dipersoalkan atas dasar kemaslahatan politik kenegaraan akan musnah.

Ketua Jebon Diminta Kekal Dalam PAS bagi Memperkasakan PAS...


Biar BETIK Timbalan Presiden PAS Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ni beb... tak kan seorang Ketua Jemaah Buat Onar (JEBON) dan Ketua kepada segala Munafik Hariki, Islam Liberal, Parasit, Kuda Tunggangan DAP serta yang sewaktu dengan nya mahu diharapkan untuk Memperkasakan Parti PAS, jika Terdesak sekali pun tak kan Ketua Jebon diharapkan bagi Memperkasakan Parti PAS beb... tak ada lagi ke Ulama' serta Lebai-Lebai Mercun untuk diharapkan... 

Apa Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man sudah lupa ke bahawa Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) ini adalah seorang Ketua Jebon yang telah Disembelih Hidup-Hidup oleh Golongan Ulama' Pewaris Nabi dalam Pemilihan PAS baru-baru ini, agak Mustahil jugak yang Timbalan Presiden PAS yang juga telah Mengalahkan Mat Sabu dalam Pemilihan Timbalan Presiden PAS boleh terlupa begitu sekali. Apa beliau pun sudah seperti Tuang Presideng yang selalu saja Terlupa...

Tak tahu lah pulak jika Penyakit Terlupa Tuang Presideng PAS sudah Berjangkit dengan Timbalan Presideng PAS ni beb... jika Tuang Presideng PAS selalu Terlupa dengan apa yang beliau katakan seperti Fitnah Pil Kuda dan Pemimpin Pilihan DAP mungkin juga patut. Atas Faktor Kesibukan beliau sebagai Naib Ketua Ulama' Sedunia serta Kerja-Kerja Berdakwah Tuang Presideng dari Negara-Negara Asia Barat hinggalah ke Negara-Negara Asia Timur seperti Jepun...

Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang 
Read More

Tuesday, 16 June 2015

[Video] Kalaulah PAS Bertindak Sepantas Ini..."Tapi asyik Jebon, Jebon, Barua, Barua je"!

Selasa, 16 Jun 2015


PR dapat kumpul duit BN UMNO pula BAZIR DUIT

Kalaulah PAS Bertindak Sepantas Ini


Ngomelan 



Subhanallah...
HIDUP MELAYU....
HIDUP MELAYUU....
HIDUP MELAYUUUUU.....

Pemimpin umno adalah pemimpin yang membela masib melayu...Mana nak carik pemimpin melayu yang bantu melayu macam ni sekali...Tanah jual murah2 kat MELAYU....
Bangladesh dan indon sedang hidup merempat dibumi bertuah 1malaysia ini...Teruskan menyokong umno, In Shaa ALLAH akan terbela nasib bangsa kita walaupun masih di alam janin lagi...PERCAYALAH wahai siMACAI....

Kelihatan pemimpin umno menjual tanah harga saudara seMELAYU kat Ayahanda Abdullah Robert Kuok ketua bani melayu 1mesia...-tf


Secara puratanya, setiap orang (dari bayi hingga orang tua) telah membayar RM210 cukai GST kepada Najib selepas 2 bulan dilaksanakan. Ini berdasarkan jawapan rasmi Kastam Diraja bahawa jumlah kutipan GST dalam 2 bulan adalah RM6 bilion #terimakasihBN — 



#terimakasihBN Kami dapat GST, kemudian dapat durian runtuh tol naik. Paling terharu, dapat lagi anugerah senarai hitam bagi peminjam PTPTN ha3.
 — with Palestin Hood and Jane Jr II.

Read More

Sunday, 14 June 2015

PasMa tidak jadi organisasi politik...

Ahad, 14 Jun 2015
Inilah Jebon. - Gambar hiasan

PasMa tidak jadi organisasi politik, satu tindakan bijak

POJOK TENGAHARI                                                                                         

Keputusan dan tindakan yang dibuat oleh Pertubuhan Ummah Sejahtra Malaysia (PasMa) untuk kekal menjadi badan Ngo dan tidak bersedia untuk mengubah status itu kepada sebuah parti politik sebagai mengganti Pas dalam Pakatan Rakyat adalah satu keputusan bijak dan berpandangan jauh.

Keputusan itu juga menjelaskan apa yang diperjuangkan oleh PasMa bukan untuk kepentingan individu tertentu apa lagi tergilakan jawatan, tetapi untuk memastikan Pakatan Rakyat kekal menjadi wadah kepada rakyat setidak-tidaknya untuk pilihan raya umum akan datang.

Keputusan itu diumumkan oleh Presiden PasMa, Phahrolrazi Mohd Zawawi semalam selepas parti itu mengadakan perbicangan meja bundar di Shah Alam Selangor yang dihadiri oleh pimpinan Ngo itu dari seluruh negeri.

Pertemuan semalam juga mengambil keputusan PasMa akan mendokong atau pun bersama menjadi pengerak kepada kemungkinan menubuhkan parti baru bagi mengantikan Pas dalam Pakatan Rakyat, apabila Pas kini dilihat cuba hendak "bercium mulut" dengan Umno.

Menurut Phahrolrazi, Pas menyokong penuh penubuhan parti baru bagi mengganti Pas dan bergabung dengan Umno. Parti baru itu diharap akan memegang prinsip dan konsep Pas sebelum ini ketika dipimpinan oleh golongan prolib yang mengamalkan politik profesionbal, progresif, terbuka bukannya fahaman konsevertif dan ortodoks yang dilakukan dalam Pas waktu ini.

Apakah bentuk dan nama parti itu akan diketahui paling awal menjelang Syawal hadapan. Yang pastinya pelbagai Ngo dan individu ternama dalam Pas yang menyokong Pakatan Rakyat mengalu-alukan kewujudan parti baru itu.

Dalam hal ini mana-mana pihak yang bertanggungjawab untuk mewujudkan parti baru, perlulah berhati-hati dan melakukannya penuh sistemetik. Pendapat secara koletif daripada semua pihak yang tidak dapat menerima stail dan hala tuju Pas kini hendaklah diambil.

Seeloknya kalau sebuah parti baru hendak diwujud sebagai mengganti Pas, biarlah keputusan kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat sudah putus. Hari ini kedudukan Pas dalam pakatan itu masih kabur ekoran sikap Majlis Syura Ulama yang sorong tarik dengan keputusan berhubung usul memutuskan hubungan dengan DAP.

Kandati pun dari segi hakikat apabila usul itu diterima tanpa dibahas, tetapi dari segi tekniknya kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat masih valid, kerana Pakatan itu sendiri terjalin bukan sahaja antara Pas dengan DAP, tetapi dengan PKR juga. PKR buat masa ini masih berada dalam Pakatan Rakyat dan menjadi rakan Pas.

Apabila sudah sah Pas dibuang dari Pakatan Rakyat atau meninggalkan Pakatan, ketika itulah gagasan mewujudkan sebuah parti baru itu baru boleh dilakukan. Kedudukan hari ini PKR juga masih belum memutuskan apakah parti itu bersikap seperti DAP terhadap Pas atau sebaliknya.

Dengan mengambil kira pandangan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, beliau masih belum membuat keputusan sama ada hendak berkolobrasi dengan DAP atau pun Pas. Kenyataan itu menunjukkan Azmin belum dapat memutuskan sikapnya.

Jadi soal untuk menubuhkan parti baru biarlah ia dibuat dengan penuh sistemetiki dan mendapat pandangan dan sokongan bulat khas dari pendokong akar umbi. Jangan menubuhkan parti baru di atas rasa marah dan niat hendak mengajar Pas yang sudah hilang harga diri. [wm.kl.2:30 pm 14/06/15]

Read More

Thursday, 26 February 2015

Tahniah KP PAS! Manusia yang hangpa panggil JEBON pulak dok buat politik budiman...

Jumaat, 27 Februari 2015

Ketua Pemuda PAS "cari pasal" pie mengadap GOBIND DEO..!!

BismillahirRahmanirRahim

Akhirnya satu Langkah yang baik telah dilakukan oleh KP PAS.......

Tahniah Dewan Pemuda PAS Malaysia, sedia duduk berbincang dengan kepala sejuk dan hati tenang dengan WR. Gobind Deo.

Bukannya tunjuk jaguh dengan halau orang tu berambus....bila asyik dok halau sampai bila orang nak faham... lanie pie bagi salam dan tanya di APA KHABAR..!!

Nama aja USTAZ sekoq-sekoq tapi kelaku macam JEBON... manusia yg hangpa panggil JEBON pulak dok buat politik budiman...

 
 

Posted by Kedah Lanie 
Read More

Najib mahu saman Harakahdaily? Bila dah susah, JEBON juga yang dicari...

Khamis, 26 Februari 2015
DEBAT SIAPA PEROSAK PAS

Artikel dari Harakahdaily yang membincangkan peranan Riza Aziz dalam kontroversi 1MDB, menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercadang untuk saman akhbar tersebut. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Februari, 2015.
Artikel dari Harakahdaily yang membincangkan peranan Riza Aziz dalam kontroversi 1MDB, menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercadang untuk saman akhbar tersebut. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Februari, 2015. 

Datuk Seri Najib Razak bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap portal milik PAS Harakahdaily kerana didakwa memfitnahnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak tirinya Riza Aziz, lapor Utusan Online. 
Bila dah susah, Jebon juga yang dicari...

Datuk Seri Najib Razak bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap portal milik PAS Harakahdaily kerana didakwa memfitnahnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak tirinya Riza Aziz, lapor Utusan Online. 

Menurut laman sesawang milik Utusan Malaysia itu, surat tuntutan perdana menteri bagi memulakan tindakan undang-undang itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakub pada pukul 3 petang.

Menurut Utusan Online, tindakan undang-undang tersebut dibuat atas kapasiti peribadi Najib yang juga merupakan presiden Umno berikutan fitnah dibuat Harakahdaily dalam laporan bertajuk, "Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?"

 Apabila dihubungi The Malaysian Insider, Rosli mengatakan beliau bangga jika benar disaman oleh Najib. “Saya bangga sebagai orang kecil macam saya pun, perdana menteri akan saman,” katanya. 

 “Saya akan bincang dengan peguam saya untuk mendapatkan nasihat, boleh jadi Mohamed Hanipa Maidin sebelum mengambil apa-apa tindakan." 

Menurut Rosli, tulisannya berdasarkan satu berita yang disiarkan akhbar Amerika Syarikat (AS) The New York Times. - SUMBER

TMI.
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena