Showing posts with label Tolol. Show all posts
Showing posts with label Tolol. Show all posts

Thursday, 30 July 2015

GUANER DIN? Jika memilih bersama Harapan Baru, mereka akan dilabel barua, jebon, tolol, berwalikan DAP, etc...etc...

PKR SUDAH SOKONG HARAPAN BARU, KER...GUANER DIN?

Di tengah-tengah kemelut pemecatan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan perdana Menteri, tiba-tiba Azmin yang play safe bersuara:

BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG YB (SELANGOR POST)

Kebelakangan ini Azmin dikecam oleh warga Internet (Netizens) kerana masih mendiamkan diri mengenai kedudukan hubungan PKR Selangor dengan PAS. Nota dan banner-banner kecil muncul di sana sini untuk melahirkan rasa tak puas hati akar umbi PKR terhadap kebungkeman pucuk kepimpinan PKR.

Kali ini timing Azmin amat baik. 
Ini bukan ayat mengampu. 

Di ketika ini, ruang untuk memilih dibuka luas kepada ADUN-ADUN PAS. Adakah mereka akan bersama dengan Haji Hadi yang menyokong Najib, yang telah memecat Timbalannya di tengah-tengah penyiasatan penyalahgunaan kuasa dalam 1MDB?

Atau...

Adakah mereka memilih jalan "amanah" (meminjam istilah Haji Hadi ketika pemecatan Khalid Ibrahm) untuk bersama-sama gerakan Harapan Baru pimpinan Mat Sabu?

Jika memilih bersama Harapan Baru, mereka akan dilabel oleh golongan pro-Hadi sebagai barua, jebon, tolol, berwalikan DAP, etc...etc...etc, tetapi dipuji oleh rakyat Malaysia yang mahu perubahan dan pemerintahan yang telus, maju serta peduli.

Jika memilih bersama Haji Hadi, mereka akan sentiasa dikenang sebagai penyokong kepada tahap akal pemimipin UMNO yang menyebabkan:
  • Kerugian Besar Warga Felda:

SAHAM FGV ( KLSE)

  • Kerugian Syarikat Felda

UNTUNG RUGI FGV (MALAYSIA STOCK

  • Kerugian 1MDB

SYARIKAT BANYAK HUTANG (TMI


Buat ADUN-ADUN PAS Selangor, fikirlah dengan akal, bukan siku dan lutut atau cakar harimau.

Ker guaner Din?

CONTOH BANNER MARAH NETIZENS
Bagi yang ketinggalan keretapi, sila baca link ini:




Read More

Monday, 1 June 2015

Hj Hadi dan Hudud hanya mainan Umno? Betoi ka, yang 'tolol' sahaja masih percayakan janji lunak Umno.

Selasa, 2 Jun 2015

Hj Hadi dan Hudud hanya mainan Umno.

Hj Hadi begitu yakin dapat membawa Rang Undang-Undang Persendirian  (Private Member's Bill) untuk meminda Akta Mahkamah Syariah  (Bidangkuasa Jenayah) 1965 bukan draf pelaksanaan hukum hudud.

Pada 8 April, 2015 Hj Hadi begitu optimis akan diberikan laluan walhalnya dia begitu terdesak hingga berusaha untuk menemui PM Najib Razak sebelum sidang Dewan Rakyat bermula pada keesokannya (9 April) pada jam 10 pagi bagi membolehkan rang undang-undang persendirian yang dibawanya ke Parlimen dapat dibentangkan – tetapi tetap gagal. Waktu itu usul rang undang-undang persendirian Hj Hadi itu khabarnya berada di kedudukan ke-24… Baca di sini 



Pada sidang kali ke-2 ini, tiba-tiba Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan pelaksaan hudud mesti selaras dengan perlembagaan dan undang-undang sedia ada. Baca di sini 



Dan perkhabaran terbaharu ialah – Dipertua Dewan Rakyat Tan Seri Pandikar Amin Mulia memaklumkan usul perlu dibawa oleh wakil kerajaan. Beliau juga menjelaskan sebab utama usul hudud tidak disenarai pada sidang dewan Rakyat yang lalu disebabkan dibawa oleh Presidejn PAS Datuk Seri Hadi Awang.  

Bila presiden PAS nak sedar nih? Bahawa Umno gunakan hudud untuk pecahkan Pakatan. Umno tidak pernah berhenti dan terus-menerus memainkan isu untuk melaksanakan undang-undang syariah, termasuk hudud, sehingga menimbulkan pergeseran antara parti dalam Pakatan Rakyat.

Dulu bila kita beritahu Hj Hadi, Najib dan Umno tidak ikhlas, Hj Hadi jawab “Soal keikhlasan itu hanya Allah yang tahu….."

Apakah setelah dipermainkan sebegini Hj Hadi masih belum menyedari penipuan Najib dan Umno?  Saya tidak nampak sidang kali ini yang akan berakhir pada 18 Jun nanti akan menyaksikan apa yang dinamakan rang undang-undang jenayah syariyah itu berjaya dibentangkan sebagaimana jangkaan Ketua sekretariat Jawatankuasa Hudud Kelantan Datuk Takiyuddin Hasan. 



Apakah pendirian Najib sudah berubah dan akan menyokong rang undang-undang persendirian ini? Apa yang jelas kepada kita, Najib dan Umno hanya mempermainkan PAS demi kepentingan agenda mereka iaitu memecah belahkan Pakatan Rakyat. 

Hj Hadi dan kumpulannya percaya sangat dengan kenyataan Jamil Khir Baharom bahawa Putrajaya akan menyokong langkah kerajaan untuk melaksanakan hudud. Kita perlukan seorang presiden yang lebih bijak dan tegas dalam mencatorkan hala tuju parti dan dalam membuat keputusan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dengan angkuh pernah berkata kerajaan negeri tidak perlukan restu PKR dan DAP untuk melaksanakan hudud ….. kini bagaimana? 

DAP dan PKR hanya mampu membantah tetapi mereka tidak mampu menghalangnya. Yang menghalang hudud dari terlaksana ialah Najib dan Umno. Mereka yang tolol sahaja yang masih percayakan janji lunak Umno. 

Walau apa pun pokok persoalan sebenarnya ialah Hj Hadi sendiri telah mengelirukan kita semua dengan isu hudud ini dengan tujuan hanya untuk memomokan orang bukan Islam terutamanya DAP supaya Pakatan Rakyat berkecamuk dan berpecah mengikut kehendak Umno/BN.

Apa yang jelas ialah Hj Hadi BUKAN BENTANGKAN DRAF PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD di Parlimen. Presiden PAS itu cuma membawa Rang Undang-Undang Persendirian (Private Member's Bill) untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965.Sila Baca seterusnya  di sini


Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn 
Read More

Thursday, 28 May 2015

"TOLOL"! Wajarkah kalimah seburuk itu digunakan oleh ulamak? "Memang sahih guru tok ni 'tolol' jugak."

Khamis, 28 Mei 2015
Image result for Gambar TOK usin ceroi

"TOLOL"... wajarkah kalimah seburuk itu digunakan oleh ulamak?


Semlm tok berdebat dgn geng pro. Nk lawan ulamak konon. Dia pertikai guru tok guna perkataan "tolol", dia kata wajarkah kalimah seburuk itu digunakan oleh ulamak?

Tok pun apa lagi. Tok bhujah dgn menggunakan ayat al-quran dlm surah al-baqarah. Allah ada sebut "sufahak" , apa maknanya itu? Lebih kurang tolol la tu, tok jawab dgn bangganya. Kalau Allah bleh kata gitu, ertinya tak salah guru tok sebut "tolol".

Yang tok sakit hati tu, budak ni boleh jawab, " ohhh...guru tok nak letakkan diri mcm tuhan ke...bebas sesuka hati gelar orang tanpa bawa hujah dan fakta? Mana nak campakkan ayat yg Allah sebut "Ud'U ila sabili robbika bil hikmah wal mau izatil hasanah? Serulah kpd tuhan mu dgn hikmah dan bijaksana?" Kenapa yg ni guru tok Tak nak guna? "


Tok terdiam kejap. Tapi nk cover malu, tok kata " Allah pun gelar gitu...apa masalah guru tok nak sebut " tolol" pun....".

Budak ni senyum dan berkata, " Ok la tok, kalau gitu hujah dan dalil tok, saya akur lah. Memang sahih guru tok ni " tolol" juga."

Apa lagi tok mengamuk, " Celaka hang !! Kurang ajar gelar ulamak tolol"!!
Dia blah sambil jawab, " Alaaa....relaks la tok..bukankah Allah pun guna perkataan tu...jadi sesuailah saya kata guru tok "tolol", apa masalah?" Ok..sekian tok. budak ni terus blah kayuh basikal.

Tok pun apa lagi nak kejar budak jebon ni...tok sengseng jubah tok...malangnya jubah tok tersangkut kat pencandat sotong. Tok terjatuh.." Nasib baik tak syahid".
Usin UG Ceroi
Syssss
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena