Showing posts with label Kerjasama PAS-Umno. Show all posts
Showing posts with label Kerjasama PAS-Umno. Show all posts

Sunday, 10 September 2017

[Video Kerjasama Pas-Umno SIAPA YANG RUGI?] BERSATU TERUS MENGGEGAR, GAMBARAN POSITIF UNTUK MENJADI KERAJAAN.

Ahad, 10 September 2017

BERSATU TERUS MENGGEGAR, GAMBARAN POSITIF UNTUK MENJADI KERAJAAN


Semalam telah diadakan majlis sambutan ulangtahun pertama kelahiran Bersatu. Majlis diadakan di Muar, Johor.

Sambutannya sungguh-sungguh di luar jangkaan. Di dalam dan di luar dewan penuh sesak dengan kehadiran yang menggambarkan rakyat begitu dahagakan perubahan.

Bukan saja rakyat Johor yang hadir, tetapi juga pendokong dan pencinta perubahan daripada seluruh negara.

Yang penting, mereka hadir tidak dibekalkan duit poket, tidak disediakan wang tambang, jauh sekali dipaksa hadir dengan dipaksa menaiki bas-bas percuma.

Semuanya hadir kerana sayangkan negara, diiringi semangat perubahan yang tidak pernah padam selagi kejayaan tidak berada dalam genggaman.

Gambar-gambar di bawah ini adalah saksi nyata bahawa  Bersatu bersama rakan-rakan Pakatan Harapan akan terus menggegar untuk menghalau pendurjana dan kleptokrat yang selama ini merosakkan negara serta membuatkan rakyat sengsara. (ShahbudinHusin 10/09/2017)
Read More

Saturday, 26 August 2017

[Video Rakyat dirasuk dengan perkauman, ini bukan zaman Tok Kaduk lagi!] Kerjasama Pas-Umno RAMPAS Selangor & Hebat Gila! Konspirasi Antarabangsa katanya?' Perbezaan Pendapat Dalam Keadilan Perlu Diselesaikan Secara Muktamad!

Ahad, 27 Ogos 2017
Foto Pakatan Harapan Supporters.
Sila jangan ketawa.. hebat gila! Konspirasi antarabangsa nak jatuhkan parti PIGs.. mohon tahan ketawa anda!
Foto Rafizi Ramli.


PRESIDEN PAS PERLU PERJELAS LAPORAN STRAITS TIMES MENGENAI KERJASAMA DENGAN UMNO RAMPAS SELANGOR, PERBEZAAN PENDAPAT DALAM KEADILAN PERLU DISELESAIKAN SECARA MUKTAMAD
Saya merujuk kepada laporan Shanon Teoh (Ketua Biro akhbar Straits Times di Kuala Lumpur) yang disiarkan hari ini bertajuk “Umno, PAS plan assault on Selangor, woo former chief minister”.
Laporan itu dengan secara jelas menyatakan perkara-perkara berikut:
1. Bahawa Dato’ Seri Hadi Awang, Presiden PAS berhubung dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri “hampir setiap hari sejak beberapa bulan” mengenai rancangan kerjasama PAS-Umno untuk merampas negeri Selangor
2. Bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim, mantan Menteri Besar Selangor disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar yang ingin diangkat melalui kerjasama ini dan telah dilihat mengunjungi pejabat Dato’ Seri Najib beberapa kali

3. Dato’ Seri Najib kerap bercakap dengan Dato’ Seri Hadi melalui telefon termasuk semasa Dato’ Seri Hadi sedang berehat selepas menjalani rawatan pembedahan dalam bulan Mei lalu

4. Satu dari perancangan ialah supaya PAS bertanding 42 kerusi untuk memastikan undi Melayu kepada Pakatan Harapan berkurangan

Ini adalah satu laporan yang membawa tuduhan berat kepada kredibiliti PAS dan Dato’ Seri Hadi sendiri. Saya faham bagaimana wartawan kanan seperti Shanon begitu teliti dengan etika kewartawanan dan hanya akan menulis laporan sebegini selepas bercakap dengan sumber-sumber sahih yang dekat dengan kedua-dua pimpinan PAS dan Umno itu.
Oleh yang demikian, saya meminta supaya Dato’ Seri Hadi membuat penjelasan segera mengenai laporan ini kerana ia ada kesan besar kepada negara dan juga mempengaruhi perkembangan politik dalaman di peringkat KEADILAN dan PH. Jika laporan ini tidak benar, maka samanlah Straits Times sepantas kilat dan buat sidang media tergempar menafikan perkara-perkara di atas (seperti kekerapan beliau berbincang dengan Dato’ Seri Najib di telefon).
Jika benar, saya mohon beliau tidak berdolak dalih dan mengesahkan sama ada kerjasama dengan Umno untuk merampas Selangor pernah ada dalam pertimbangan politik PAS sebelum ini.
Sebagai satu-satunya Naib Presiden KEADILAN yang telah menyatakan secara terbuka pendirian saya bahawa KEADILAN sebagai tonggak pakatan pembangkang nasional iaitu Pakatan Harapan (yang diumumkan oleh Presiden KEADILAN sendiri) mesti bersiap sedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru dengan PAS, saya merasakan masanya telah tiba agar perbezaan pendapat di antara pimpinan kanan KEADILAN mengenai perkara ini diselesaikan secara muktamad.
Saya menghormati usaha-usaha sahabat pimpinan lain sebelum ini yang masih cuba untuk memujuk PAS walaupun saya yakin tidak ada satu bukti pun yang sahih yang menunjukkan pertandingan tiga penjuru akan menyebabkan kekalahan besar-besaran KEADILAN (dan hilangnya tampuk pemerintahan Selangor) seperti yang diwar-warkan sebagai alasan paling kukuh memujuk PAS.
Malah, segala kajiselidik yang dijalankan secara telus dan terbuka oleh INVOKE yang kaedahnya menepati piawaian antarabangsa menunjukkan sokongan rakyat akan berpihak kepada KEADILAN dan Pakatan Harapan dalam pertandingan 3 penjuru kerana kehendak rakyat ialah untuk menukar kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib dengan segera.
Sebelum ini, saya mengimbangi keperluan untuk memberikan ruang kepada sahabat-sahabat pimpinan lain di dalam KEADILAN untuk menjayakan rundingan mereka dengan PAS dengan kebimbangan saya tindakan itu dilihat sebagai tidak berprinsip dan mementingkan diri dalam keadaan apa-apa kemenangan yang hendak dicapai mestilah berpasakkan prinsip (bukannya strategi bergabung dengan sesiapa asalkan boleh menang).
Oleh itu, mengambil kira beberapa perkembangan terkini termasuklah pengumuman PAS Selangor semalam untuk bertanding di 42 kerusi dan laporan pada hari ini yang membayangkan kerjasama PAS-Umno, saya akan berunding dengan seberapa ramai pimpinan lain dalam KEADILAN ke arah memuktamadkan pendirian KEADILAN mengenai PAS dan komitmen KEADILAN kepada Pakatan Harapan.
Saya percaya perbezaan pendapat sesama kami pimpinan kanan di peringkat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat akan berterusan dan tidak akan ada titik persetujuan, maka keputusan sebesar ini hanya boleh dimuktamadkan dengan mengambil kira suara akar umbi KEADILAN yang lebih besar (bukannya diputuskan oleh beberapa kerat pimpinan kanan parti semata-mata).
Walau apa pun kaedahnya nanti, saya ingin menegaskan pendirian saya bahawa pendirian KEADILAN mengenai kerjasama dengan PAS dan komitmen kepada Pakatan Harapan perlulah dimuktamadkan dalam masa terdekat dan bukannya dibiarkan “terbuka” (“open ended”) seperti sekarang.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
Read More

Tuesday, 14 March 2017

[Video "Kalau tak faham pergi sekolah balik"] Kerjasama Pas-Umno agih negeri? Kalau boleh (Pas) nak telan habis! 'Kebodohan' Pemimpin BN punca ikan kembung naik.

Selasa,14 Mac 2017
Foto Suara Rakyat.
Saban hari menteri2 lantikan Najib tak serik2 menipu rakyatnya..
Kos operasi ikan tu guna apa, minyak ka air ketum ??!!
YANG PASTI.. wpon menteri2 dilantik sememangnya bodoh2 belaka TAPI RAKYAT TETAP UNDI MEREKA & BN !!!
Kebodohan Pemimpin BN Punca Ikan Kembung Naik.

Agih negeri, lagi bukti kerjasama Pas-Umno?

Kerjasama Pas-Umno dilihat semakin jelas melalui ucapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang hanya mahu partinya menguasai negeri tertentu selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Abdul Hadi Awang Abdul Hadi AwangMenurutnya, parti itu harus memerintah di lima negeri dalam satu majlis pelancaran jentera pilihan raya Pas di Alor Limbat di Marang, Terengganu yang difahamkan berlangsung bulan lalu.
Rakaman video berdurasi 55 saat yang tular di media sosial itu juga menyaksikan penegasan Hadi sebanyak dua kali bahawa negeri-negeri lain biarlah dikuasai Umno-BN.
"Sebab itu bagi Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Selangor. Biar Pas memimpin. Negeri lain Umno nak lagi biarkan dia. Biarkan dia. Kalau boleh (Pas) nak telan habis, telan habis," ujarnya yang ketika itu berjubah dan berserban putih.
Ini bermakna Hadi tidak mempedulikan sama ada BN akan menguasai atau tidak lapan negeri lain iaitu Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Tanpa menyebut pihak tertentu, beliau selanjutnya berkata, pentingnya Pas menjalin satu kerjasama politik.
Menyedari kemampuan Pas terhad untuk menguasai semua negeri, Hadi menyifatkan kerjasama itu bertujuan bagi mengelak kuasa politik Islam lenyap.
"(Pas) kena ukur dengan saiz kita sendiri. Kita memerlukan satu kerjasama untuk mengekalkan kuasa politik Islam. Ini sangat penting kita kena sedar," ujarnya.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang itu menganggap ahli dan penyokong Umno-BN turut menerima pendekatan politik Pas pada masa sekarang yang tidak sekeras seperti sebelum ini.
"Ini budaya politik dan sejahtera yang kita lakukan hari ini. Orang Umno pun selesa. Mereka pun tak mahu berbalah lama. (Umno) tak mahu (pendekatan politik) keras, mahu lembut.
"Lembut inilah kita boleh berbincang untuk mencari mana benar, mana salah. Kalau silap boleh perbetul," ujarnya lagi pada ketika umum mengetahui Pas begitu berkeras serta bermusuh dengan Amanah dan DAP.
Read More

Friday, 17 February 2017

[Video Pengakuan Kerjasama Pas-Umno] Tokoh perpaduan Pas Umno di pentas RUU 355 Sabtu ini

Jumaat, 17 Februari 2017

Foto Suara Rakyat.
"PAS itu parti mengajar ajaran sesat. Parti yang akan memesongkan akidah. Berapa surau, masjid yang PAS bangunkan? Yang mereka tahu, pecah belahkan kita. Memesongkan akidah kita" - Tengku Adnan Tengku Mansor, 2/11/2014.
Hari tu MENGUTUK KEJI HINA PAS, kini TERUS JILAT PAS SAMPAI LUPA DIRI... Umno Oh Umno 

Tokoh perpaduan Pas Umno di pentas RUU 355 Sabtu ini

Para pelopor perpaduan antara Pas dengan Umno bakal memberikan ucapan masing-masing dalam Himpunan Menyokong RUU 355 yang dianjurkan oleh Pas di Padang Merbok Sabtu ini.
Antaranya bekas naib presiden Pas yang dipecat, Datuk Dr Hassan Ali akan memberikan pidato ke 17 di samping Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang akan memberikan tazkirah di perhimpunan itu.
Turut akan memberikan pidato adalah Dr Yusri Mohamad dan Datuk Profesor Mohamnad Naser Disa.
Kesemua mereka adalah pihak yang terlibat sejak dari awal lagi dalam usaha untuk menyatukan Pas dengan Umno.
Yusri, Jamil dan Naseer antara yang berada di belakang usaha penyatuan Pas dan Umno.Yusri, Jamil dan Naseer antara yang berada di belakang usaha penyatuan Pas dan Umno.Dr Hassan dipecat dari menjadi ahli Pas pada 8 Januari 2012 melalui mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat.
Ketika mengumumkan perkara itu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, “Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa Pas Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini (8 Januari 2012), Pas Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Datuk Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli Pas berkuatkuasa serta merta.
"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas.”
Sebelum itu, Hassan telah menerima surat tunjuk sebab hasil keputusan mesyuarat khas jawatankuasa pusat Paspada 28 Oktober 2009 yang diadakan susulan desakan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar muktamar khas dipanggil bagi membincang "beberapa kerat pemimpin bermasalah", termasuk Dr Hasan.
Ini kerana terdapat beberapa kenyataan pemimpin Pas Selangor itu, yang dianggap tidak selari dengan kepentingan kerajaan Pakatan Rakyat negeri.
Hassan Ali dalam video klip ini mendedahkan usaha penyatuan Pas dan Umno yang didokong oleh beliau.Hassan Ali dalam video klip ini mendedahkan usaha penyatuan Pas dan Umno yang didokong oleh beliau.Dr Hassan dalam satu video klip mendedahkan, usaha untuk menyatukan Pas dan Umno tidak akan boleh berlaku selagi adanya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana beliau adalah penghalangnya.
"Selagi Nik Aziz ada, selagi Anwar Ibrahim ada, selagi 'parasit-parasit' Anwarinas ada dalam, maka jalan ke arah penyatuan Pas dan Umno adalah sukar. Ustaz Hadi tak boleh buat apa-apa (berusaha menyatukan Pas + Umno) kerana peranan ulama kecil dalam Pas,"  kata Hassan Ali dalam ucapan di Kem Permata Resort, Alor Gajah Melaka.
Beliau juga berkata, ia juga tidak akan berlaku kerana Pas dikuasai oleh kumpulan yang beliau sifatkan sebagai parasit, anai-anai dan anwarinas (penyokong Anwar) bukannya golongan ulama.
Oleh itu, mereka ini perlu disingkirkan dari Pas.
Pada Muktamar Pas 2015, hampir kesemua golongan yang disifatkan oleh Hassan sebagai parasit, anai-anai dan anwarinas disingkirkan dari Pas selepas 18 dari mereka yang menduduki Jawatankuasa Pas Pusat dikalahkan melalui satu pemilihan yang berasaskan 'cai'.
Sejak itu, hubungan antara Pas dan Umno semakin rapat dan Sabtu ini Hassan akan kembali ke pentas yang dianjurkan oleh Pas dalam himpunan menyokong RUU 355 ini.
Read More

Sunday, 15 May 2016

'Mission Accomplished'! Ahmad Bashah berdoa kerjasama PAS-Umno..."Umno tidak mahu parti Islam itu mati". Ermm muah!

Ahad, 15 Mei 2016

MALAYSIA BOLEH !!!.. Siasatan di Malaysia mmg handal2 belaka lagi efisien coz leh settle skandal 1MDB lebih cepat berbanding negara2 luar yg lembap nak siasat..
HA !! HA !! HA !!
Tahniah buat AG baru & Gabenor BNM baru..
'Mission Accomplished' !

Ahmad Bashah berdoa kerjasama PAS-Umno

Menteri Besar Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah ‘berdoa’ supaya ada kerjasama di antara PAS dan Umno dan yakin kedua-dua parti itu akan menuju ke arah itu.
“Saya sebagai orang lama, saya selalu berdoa ada kerjasama antara Umno dan PAS. Dalam senario politik hari ini, saya yakin Umno dan PAS akan menuju ke arah itu,” katanya.
Ahmad Bashah berkata demikian ketika diminta melihat skop kerjasama antara PAS dan Umno serta usaha dalam memperluaskan bentuk kerjasama sebelum Pilihan Raya Umum (PRU14).
Kata Ahmad Bashah, di Kedah hubungan Umno dengan PAS jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
“Saya rasa dalam kepimpinan PAS di Kedah pun sudah ada perasaan itu. Mereka tahu dan nampak apa yang berlaku kepada (Presiden) PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kenyataan yang dibuat oleh presiden PAS itu.
“Mungkin suatu hari nanti untuk berhadapan dengan keadaan politik dan dalam masyarakat hari ini, sampai masanya untuk buat sesuatu. Saya yakin ia akan berlaku suatu hari nanti,” kata Ahmad Bashah dalam wawancaranya bersama Utusan Malaysia.
Ahmad Bashah mengakui masih belum ada lagi sebarang kerjasama sehingga kini antara kedua parti itu bagaimanapun dari segi persahabatan mereka ‘dekat’.
“Kita tidak boleh buat kenyataan yang boleh keruhkan keadaan. Itu pun harapan kepimpinan kedua-dua parti,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Kata Ahmad Bashah, dalam pembangkang, PAS dilihat kini berseorangan namun Umno tidak mahu parti Islam itu mati.
“PAS masih ada sokongan yang kuat di Kedah kerana penyokong tegar parti itu masih ada di negeri ini.
“Pengundi sayang kepada PAS, sebab itu apabila PAS lari daripada DAP, mereka lebih suka. Majoritinya orang Melayulah,” katanya.
Mesra dengan PAS di Kedah
Ahmad Bashah ketika ditanya reaksi pemimpin dan PAS ketika beliau mula-mula mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri dari Datuk Mukhriz Mahthir berkata:
“ADUN-ADUN PAS boleh dikatakan semua semuanya sahabat lama, mereka kenal Mukhriz baru sahaja. Jika hendak di banding kemesraan antara bekas Menteri Besar dan saya dengan ADUN-ADUN PAS mereka lebih menghormati saya sebagai kawan lama. Mudahlah hendak buat kerja sebagai Menteri Besar.
“Di Kedah ini, walaupun berbeza parti politik, kita pergi kenduri-kendara mereka. Saya pun jemput mereka datang ke kenduri kahwin anak saya. Mereka datang.
“Jadi, kita cuma bergaduh dalam politik tetapi dari segi persahabatan, kita menghormati semua orang. Itu lebih mudah,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Malaysiakini
Read More

Sunday, 17 January 2016

Inikah tujuan utama Kerjasama PAS-Umno? "Tak kesiankah kat rakyat marhaein..."

Isnin, 18 Januari 2016

Inikah tujuan utama Kerjasama PAS - Umno ?..

Kalau boleh aku tak mau nak ambik kisah lagi bab hal politik parti aku ni, tapi bila bersangkut paut dengan umno, aku tak boleh duduk dengn berdiam diri, rasa tak tenang, tiada kepuasan dalam diri... 

 Timbul persoalan diruang fikiran aku,, kombinasi Pakatan Harapan ditubuhkan untuk ke Putrajaya untuk menghalau parti umno dan BN,,, 
Parti umno @ bn dan sekutu yang seangkatannya diam tak menyalak apa-apa pun, alih alih ada parti lain pulak yang duk tolong jawab..... Ni kira kut mana ni,,, 

Berita semalam, ni yang agak panas...  
Kalau dah Ketua Dewan ulama yang bersuara, nak komen lagi ka... harap-harap ini mungkin dah dapat petunjuk ni,,, tu yang berani,,, walau pun sebelum ni pertandingan 3 penjuru Pas dapat undi paling ciputtt....

Tolongla,,, kalau secara teori, kalau buat kerja ni, bagi aku adalah salah satu kerja membazir,, yang menjadi mangsa ahli-ahli dan penyokong parti,,, tok sah duk cerita banyak la... 

Apa tujuan nak bertanding dalam PRU 14,,, tu yang timbol persoalan... 

kalau macam ni,,, kut mana pun secara zahirnya yang tentu menang PRU 14,,, errrmm tak payah cakap... hangpa tentu boleh agak dah...

Tak kesiankan kat rakyat marhaein...


Dalang utama dah pun dapat imbuhan dah,,, kalau dulu ada juga pakai kopiah putih atas kepala,,, standard ulama Pas, kemudian,, sesekali timbul songkok hitam atas kepala,,, yang terkini dah tak ada apa-apa dah.. kosong... mana ngam seorang CEO pakai songkok,,, tak jadilah 1malaysia..
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena