Showing posts with label Langgar Lari. Show all posts
Showing posts with label Langgar Lari. Show all posts
Friday, 9 September 2016
Tuesday, 9 December 2014
[Video] KL Bandar Raya Ajaib? 'Teksi Langgar Lari'...Heret motor dari Selayang Baru hingga Jalan Loke Yew...
Rabu, 10 Disember 2014


Read More
KL bandar raya ajaib
Berada dalam Senarai Tujuh Bandar Raya Ajaib Baharu
Bandar raya Kuala Lumpur dinamakan sebagai satu daripada tujuh bandar raya paling menakjubkan di dunia dalam kempen Senarai Tujuh Bandar Raya Ajaib Baharu, baru-baru ini.
AGENSI DUBAI 9 Dis. - Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, dinamakan sebagai satu daripada bandar raya menakjubkan di dunia dalam Senarai Tujuh Bandar Raya Ajaib Baharu oleh pertubuhan, New Seven Wonders Foundation di Dubai, kelmarin.
Selain Kuala Lumpur, bandar raya lain yang turut tersenarai adalah Beirut, Lebanon; Havana, Cuba; La Paz, Bolivia; Doha, Qatar; Durban, Afrika Selatan; dan Vigan, Filipina.
Mail Online melaporkan, keputusan itu diperoleh berdasarkan undian kempen yang diadakan sejak Oktober tahun lalu, membabitkan senarai akhir 28 bandar raya.
Pengarah filem Switzerland, Bernard Weber yang memperkenalkan kempen itu sejak tahun 2007 berkata, undian tersebut kemudian menyenarai pendek 21 bandar raya terbaik sehingga keputusan penuhnya diumumkan kelmarin.
“Kami memulakan undian dengan 1,200 pencalonan bandar raya dari 220 buah negara. Tujuh bandar raya yang terpilih ini mewakili kepelbagaian masyarakat moden masa kini.
“Untuk kali pertama dalam sejarah, lebih separuh daripada populasi manusia tinggal di bandar raya dan pemilihan yang diadakan ini menunjukkan cabaran perubahan dunia pada zaman moden,” kata Weber.
Kempen itu merupakan satu inisiatif yang diharap dapat menggalakkan debat tentang bagaimana bandar raya berkenaan menghadapi cabaran pada masa depan.
Weber berharap proses undian itu dapat mewujudkan satu forum perbincangan tentang pelbagai isu termasuk rancangan perbandaran dan pentadbiran metropolitan serta pelancongan dan reka bentuk.
Ini merupakan kali ketiga Weber mengadakan undian untuk mencari tujuh bandar raya terhebat bermula pada tahun 2007 yang menyaksikan lebih 100 juta undian diterima untuk mencari tujuh keajaiban dunia.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kl-bandar-raya-ajaib-1.34773#sthash.t00pSGT0.dpuf
Posted by Abu Hatim
Subscribe to:
Posts (Atom)
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Popular Posts
-
Salam sejahtera buat sekalian pembaca yang setia menunngu akan segala kemas kini dari laman ini. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa, penuli...
-
Rabu, 28 Mei 2014 Media Pakatan Rakyat 11 hrs Hina Di Sisi Allah Media Pakatan Rakyat 6 hrs ...
-
Khamis, 30 Mei 2019 KiniTV Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) hari ini mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PR...
-
Khamis, 23 Mei 2019 KiniTV Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata tuntutan mahkamah akan dijalankan oleh Jabatan Peguam Negara terhadap ...
-
Jumaat, 9 Oktober 2015 BEKAS ADUN ALOR LIMBAT, ALIAS ABDULLAH MAUT DITEMBAK DI KEPALA Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Al...
-
Selasa, 11 Disember 2018 Kah, kah, kah! Tersungkoq PRU14. Bila dah xda kuasa penyakit mental mula menyerang pemimpin UMNO...inil...
-
Ahad, 2 November 2014 Buletin Pakatan Rakyat shared Titian Maksirat II 's status . 3 hours ago si penari tiang, didenda...
-
Jumaat, 21 November 2014 Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli tidak berganjak daripada dakwaannya bahawa kerajaan Persekutuan menanggun...
-
Ahad, 19 Mei 2019 Jom Channel Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menafikan bahawa terdapat pegawai lantikan politik mengganggu tugas-tugas ...
-
Sabtu, 14 Januari 2017 Suara Rakyat 6 min · KENAPA DAH KANTOI baru nak ditangguhnya !!! Bayangka...






