Showing posts with label Melayu mundur. Show all posts
Showing posts with label Melayu mundur. Show all posts

Wednesday, 3 January 2018

[Video MELAYU MUNDUR kerana DAP atau kerana Umno?] ADAKAH MALAYSIA HAMPIR BANKRAP? Sehingga RM176.72 pun begitu dilahapkan untuk dikutip dan dimasukkan ke dalam tabung kerajaan?

Khamis, 4 Januari 2018

ADAKAH MALAYSIA HAMPIR BANKRAP?


Selain cukai GST, satu lagi cara yang dilihat sangat agresif dilakukan oleh kerajaan pimpinan Najib Razak yang dikenali juga sebagai  "bapa segala skandal"  untuk mendapatkan wang kebelakangan ini ialah melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri atau LHDN.

Perkara tersebut sudah banyak kali disentuh oleh Tun Mahathir Mohamad dalam beberapa ucapannya sebelum ini.

Menurut Tun Mahathir, LHDN digunakan untuk memburu ahli-ahli perniagaan yang condong kepada Pakatan Harapan, membekukan wang mereka dan supaya mereka tidak dapat menderma kepada Pakatan Harapan.

Bagi rakyat biasa pula, LHDN kini sangat aktif memburu mereka yang mempunyai hutang-hutang tertunggak dan difahamkan setiap pegawainya diberikan kouta sasaran tertentu yang perlu dicapai.

Mungkin boleh diterima jika pemburuan itu dilakukan kepada mereka yang degil tidak mahu menjelaskan tunggakan atau hutangnya dalam jumlah yang agak besar?

Tetapi wajarkah dengan hutang hanya sejumlah RM176.72, seseorang itu diugut dengan tindakan mahkamah dan sekatan perjalanan?

Diulang....jumlahnya hanya RM176.72 dan bukannya RM1176 atau RM11,760.

Lebih menyedihkan, barangkali mengalahkan Zimbabwe, surat pemberitahuan mahkamah itu diberikan tanpa sebarang surat tuntutan biasa atau surat amaran terlebih dahulu.

Apakah negara kita ini sudah begitu miskin dan kekeringan wang?
Atau sedang menuju bankrap  sehingga RM176.72 pun begitu dilahapkan untuk dikutip dan dimasukkan ke dalam tabung kerajaan?

Mana wang GST RM42 bilion setahun? 

Mana kemakmuran hasil pertumbuhan ekonomi kononnya sebanyak 5.8 peratus?

Kenapa tindakan-tindakan tidak logik, tidak munasabah dan tidak guna akal LHDN ini tidak pernah berlaku dalam kepimpinan-kepimpinan terdahulu?

Mahu tidak mahu, hakikatnya ini merupakan satu lagi sebab mengapa rakyat Malaysia sebenarnya amat perlukan kerajaan baru dan Perdana Menteri baru selepas PRU 14 akan datang nanti. (ShahbudinHusin 04/01/2018).

Read More

Sunday, 8 June 2014

Melayu Mundur Kerana Melayu! - Dr Shukri Abdullah (Pakar Motivasi Malaysia)...Melayu Umno?

Ahad, 8 Jun 2014


Dr Shukri Abdullah
( Pakar Motivasi Malaysia )

Melayu Mundur Kerana Melayu !

Memang mudah tuding jari kepada DAP 
Memang senang tuduh MCA atau MIC
Betul ke Cina dan India yang menyebabkan Melayu mundur ?
Melayu alpa.
Melayu merempit.
Melayu ambil dadah.
Melayu gila hiburan.
Melayu asyik berkonsert.
Di dewan - konsert, di padang - konsert,
Di staudium - konset, di TV - konsert.
Hebat Melayu, dari Bintang Kecil ke Bintang Tua !
Angkara Cina dan India kah semua tu ?

Memang banyak cerita Cina diskriminasi Melayu di dunia pekerjaan.
Dalam sektor swasta mereka kuasai.
Sukar anak Melayu nak naik pangkat.
Dunia perniagaan mereka control.
Payah peniaga Melayu nak mencelah sama.
Kita tidak kata Cina dan India 100% tidak bersalah.
Tetapi Melayu juga ada diskriminasi Cina dan India !!

Kita berkata, dimana Melayu boleh kawal kenapa Melayu tidak kawal.
Kenapa Melayu tak kawal hiburan hingga melekakan remaja Melayu.
Hingga kini bukan saja remaja Melayu
Mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan
Barangkali tok dan tok wan Melayu juga !
Bukan saja anak kecil, datuk dan nenek Melayu pun menyanyi.
Pun bergencok. Pun berlenggang. Pun lupa diri.
Jadi kalau ramai pelajar Melayu tak tau solat.
Kalau lagi ramai yang tau solat tak bersolat.
Terlalu ramai tak pernah jemaah di mesjid,
Salah Cina dan India lagi ????

Siapa perintah negara setakat ini .... Cina dan India ?
Siapa kesemua PM setakat ini .... Cina dan India ?
Siapa semua hampir kesemua MB-KM setakat ini ... Cina dan India ?
Siapa majoriti ketua2 jabatan setakat ini ... Cina dan India ?
Siapa ketua Polis dan ketua Tentera setakat ini ... Cina dan India ?

SEKARANG ini mari kita pakat perbaiki diri kita.
Perbaiki bangsa kita.
Perbaiki amalan agama kita
Perbaiki anak muda kita.
Perbaiki pelajar kita

Dengan menoleh ke dalam diri kita
Dengan muhasabah kesilapan kita
Dengan ikhlas dengan kekurangan kita
Dengan usaha perhebatkan bangsa kita.

Hanya Melayu yang Islam boleh maju kedepan.
Melayu yang Melayu sukar, lambat dan tak nampak jalan !
Lihat dalam Islam ...
Kita diajak berjaya 15 kali sehari, 450 kali sebulan, 5400 kali setahun.
Kan berkemundang "Haiyya Alal Falah"
Dua kali dalam azan, sekali dalam iqamah ... 5 kali sehari.
Mari berjaya. Come to success.
Tetapi "Haiyya Alal Falah" didahului dengan "Hayya Alal Solah"
Maksudnya berjaya ikut acuan Islam.
Mari bersolat, mari berjaya.
Come to solat, come to success.

Rumusan:
Renung bangsa sendiri.
Tengok amalan agama bangsa sendiri.
Teliti kesilapan kealpaan bangsa sendiri.
Muhasabah bangsa sendiri.

Apabila kita asyik tuduh CIna dan India.
KIta tambah dengan Kadazan dan Iban
KIta Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita.
Itu salah kita selama ini.
Usah beralasan lagi.
Mari kita sama-sama cari jalan keluar.
Ayuh Melayu ... sama-sama fikir, sama-sama renung.
Sama-sama bertindak dengan bijaksana.
Bukan emosi tak tentu hala !
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena