Showing posts with label Melayu pendatang. Show all posts
Showing posts with label Melayu pendatang. Show all posts

Sunday, 26 October 2014

[Video] Parti Gerakan sebut ‘Melayu Pendatang’, DAP pula dipersalahkan? Kenyataan ISMA (ProBN)

Ahad. 26 Oktober 2014

Gerakan Sebut ‘Melayu Pendatang’, DAP Pula Yang Dipersalahkan ?

Perwakilan dari Johor mengatakan semua kaum kecuali Orang Asli dan Sabah dan Sarawak adalah pendatang, di Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-43 hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 19 Oktober, 2014.
Kenyataan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abdul Rahman yang meletakkan kesalahan terhadap DAP kononnya punca kepercayaan bahawa ‘orang Melayu adalah pendatang’ jelas menunjukkan agenda politik kotor pertubuhan itu yang pro-BN.


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pertubuhan itu tidak henti-henti menyalahkan DAP, sedangkan kenyataan tersebut diucap perwakilan Gerakan dalam perhimpunan tahunan parti komponen BN itu di Shah Alam 19 Oktober lalu.

“Apakah jenis manusia atau organisasi ISMA ini yang bersedia untuk menggunakan fitnah jahat sedangkan dalam Islam, fitnah adalah satu dosa besar yang lebih berat daripada membunuh orang?

“Prinsip tidak bermoral dan tidak beretika ISMA terserlah bila mereka berbohong bahawa DAPl yang menyebut orang Melayu pendatang, sedangkan ia disebutkan oleh seorang wakil parti komponen BN, Gerakan,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.
Kata Guan Eng, ISMA kini menjadi ‘pakar’ menukarkan hitam kepada putih dan putih kepada hitam akan terlepas daripada sebarang tindakan sekalipun mengeluarkan ucapan ekstrem yang menggugat ketenteraman awam dan menanam kebencian terhadap golongan bukan Islam,

Beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak hanya beretorik dengan agenda wasatiyah (kesederhanaan), dalam masa sama membisu tanpa sebarang tindakan.

Malah, dalam sebuah simposium di Bangi semalam Presiden ISMA Abdullah Zaik membuktikan agendanya yang benci golongan anti-bukan Islam dengan kenyataan terus terang untuk melawan kafir, yang merupakan satu perkembangan baru yang amat bahaya.

“Adakah Menteri Dalam Negeri atau Ketua Polis Negara akan bertindak terhadap ISMA?

“Kegagalan mereka menjadikan Najib sunyi keseorangan dengan ayat-ayat manis wasatiyyah yang hanya merupakan omong kosong,” ujar Guan Eng.
Henti gelar-menggelar, bina budaya hormat dan persefahaman



Namun, beliau menghargai kenyataan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, yang menyeru masyarakat Malaysia menghentikan tabiat gelar-menggelar seperti memanggil ‘pendatang’ dan ‘penceroboh’.

Dr Mohd Parid berkata, Malaysia adalah tanah tumpah darah termasuk orang bukan Melayu dan bukan Islam, kerena turut bersama menyumbang pembangunan negara dengan jiwa raga mereka.

Manakala imej Islam sebagai agama damai dan dialog harus dikekalkan dan unsur-unsur ugutan, amalan, dan hasutan yang semakin berleluasa pada hari ini mesti dibanteras.

Justeru itu kata Guan Eng, rakyat di negara ini seharusnya memberi fokus kepada usaha mencetuskan suasana saling hormat-menghormati dan memupuk persefahaman antara kaum dan agama.

“DAP percaya bahawa majoriti besar rakyat Malaysia mahu hidup dangan aman dan damai dan tidak berminat dalam usaha lawan-melawan diantara Islam dan bukan Islam menerusi sentimen dan perjuangan melawan kafir,” ujar Guan Eng.
Read More

Tuesday, 21 October 2014

[Video] Cerita menteri yang pemalas! Melayu pendatang? & Gempar! PEMUDA UMNO KUDA KAYU?

Rabu, 22 Oktober 2014

SiputSedut Wc's Photos



Encik Sulaiman Rakyat Atas Pagar Penegur Anak Melayu Muda dah tertulis bukan sume org nasibnya sama..kalau sume jadi syed mokhtar..sape pulak nak jadi petani?kalau sume jd jejai..sape pulak nak kerja kilang kereta buat ferrari..ni bukan cerita org malas keje.ni cerita menteri yg pemalas mkn gj buta.bila keje 20jam sehari anak terabai.gejala sosial besepah..salahkan mak bapak..ade amek tau x berapa ramai rakyat mati dlm pjlnan pegi n balik keje ni..sampai x cukup tido sume.

ingt menteri2 kite dulu keje rajin ke sampai bole dpt jd menteri itu & ini.lepas bapak anak jd menteri..lepas ank cucu pulak..sbb tu dorg tak dpt selami kesusahan rakyat sbb dr kecik dh dduk dlm buaian emas..kalau mcm tu x payah la dilantik menteri.buang duit bayar gaji.biar rakyat redah sendiri..nak hapuskan subsidi hapuskan cukai sekali...




Untuk semua kelemahan kerajaan BN

Gambar: "Saya melakukannya berkali-kali sebelum ini dan saya sudahpun ditahan kerananya, tetapi saya akan melakukannya sekali lagi dan sekali lagi sehingga mereka dapat mesej bahawa kita ingin dilayan sama rata sebagai warganegara,". 

"Kehadiran saya hari itu tidak ada kena mengena dengan pemotongan subsidi. Saya marah dengan kerajaan, mereka melakukan sesuatu yang salah, mereka menyalahguna undang-undang kerana mereka tidak memahaminya, mereka menjadi bahan lawak dunia, dan saya mahu mereka tahu itu,".

"Untuk semua kelemahan kerajaan yang terpaksa kita hadapi, tindakan membaling selipar saya adalah sumbangan saya untuk negara ini, untuk anak-anak saya dan anak-anak mereka yang akan datang,".

"Kita perlu menghantar mesej yang kuat kepada kerajaan, dan ini adalah cara saya untuk berbuat demikian," kata M Krishnan

"Saya melakukannya berkali-kali sebelum ini dan saya sudahpun ditahan kerananya, tetapi saya akan melakukannya sekali lagi dan sekali lagi sehingga mereka dapat mesej bahawa kita ingin dilayan sama rata sebagai warganegara,".

"Kehadiran saya hari itu tidak ada kena mengena dengan pemotongan subsidi. Saya marah dengan kerajaan, mereka melakukan sesuatu yang salah, mereka menyalahguna undang-undang kerana mereka tidak memahaminya, mereka menjadi bahan lawak dunia, dan saya mahu mereka tahu itu,".

"Untuk semua kelemahan kerajaan yang terpaksa kita hadapi, tindakan membaling selipar saya adalah sumbangan saya untuk negara ini, untuk anak-anak saya dan anak-anak mereka yang akan datang,".

"Kita perlu menghantar mesej yang kuat kepada kerajaan, dan ini adalah cara saya untuk berbuat demikian," kata M Krishnan.
Mahathir Mdnor Dia kaum India ke dia kaum cina ke atau pun dia kaum melayu ke yang penting dia warganegara Malaysia yang berani, tabik Kat uncle, yang melayu memekak Kat atas tu siap maki, belum tentu warganegara, mungkin keturunan Indonesia yang Mak bapak dia orang dapat PR Kat Malaysia, sebab tu la dia jelous dengan uncle tu, Malaysia bukan untuk melayu je bro !!!! Jangan bersifat perkauman!!


Pendatang?




Semua Orang pun pendatang juga
Gambar: Melayu pendatang oiii!! hoii orang orang  melayu umno!!!  Melayu pendatang .. penghinaan ni depan depan Najib depa cakap.. sapa cakap?

Komponen BN lah!! maluu yaw!!!
Melayu pendatang oiii!! hoii orang orang melayu umno!!! Melayu pendatang .. penghinaan ni depan depan Najib depa cakap.. sapa cakap?

Komponen BN lah!! maluu yaw!!!



 Gempar!
PEMUDA UMNO KUDA KAYU?
Read More

Monday, 20 October 2014

[Video] Parti Gerakan (BN) 'Melayu 'pendatang' - 'Ya, Melayu pendatang, tapi paling awal' NGO PEMBELA berang?

Selasa, 21 Oktober 2014






'Ya, Melayu pendatang, tapi paling awal'

Memang benar Melayu juga pendatang tetapi kaum itu paling awal, “terkuat, berani dan bijak” serta menjadi sultan dan raja dihormati sejak awal sejarah negara ini, kata Tan Sri Zainuddin Maidin.

“Benar seperti kata Lee Kuan Yew, perdana menteri Singapura bahawa mereka berasal dari lanun tetapi apabila orang Cina datang untuk mencari rezeki di Tanah Melayu mereka terpaksa menyembah lanun-lanun ini yang sudahpun menjadi raja dan sultan,” katanya

Bekas menteri penerangan itu berkata, ketika serangan Portugis terhadap Empayar Melayu Melaka, rakyatnya terdiri daripada orang-orang Melayu menentangnya.

Malah, kata Zainuddin, penjajah British yang datang kemudian juga mengiktiraf kedudukan raja Melayu di negeri-negeri Melayu dan ketika itu tidak ada Orang Asli menjadi raja.

Menyentuh kenyataan anggota Gerakan Johor Tan Lai Soon (atas) yang mencetuskan kontroversi kerana menggelarkan Melayu juga pendatang, Zainuddin menyamakan Gerakan dengan DAP.

“Tan Lai Soon adalah dari Parti Gerakan yang asalnya bersama DAP menghayati inspirasi Lee Kuan Yew untuk menjadikan negara ini Republik Sosialis dan menghapuskan pemerintahan beraja.

“Jiwa gerakan tidak ada bezanya dengan DAP dan akan terserlah dalam isu-isu tertentu. Parti ini tidak sesuai untuk berada dalam BN,” katanya.

Gerakan hari ini menggantung keahlian Tan walaupun beliau dilaporkan memohon maaf melalui sebuah portal berita.

'Saya keturunan India-Arab'
Sambil menegaskan tidak mempersoalkan kesetiaan Cina, Zainuddin (bawah) yang juga bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu menyifatkan golongan Cina menghadapi krisis identiti sebagai rakyat Malaysia.

Ini kerana, katanya lagi, di samping tidak mahu dipanggil pendatang, mereka sebaliknya mahu dikenali dengan “bahasa pendatang”.

Menulis dalam blognya, beliau bagaimanapun mengakui dirinya sendiri sebagai pendatang yang mana bapanya berketurunan India dan ibunya Arab.

Bagaimanapun, tambahnya, beliau menjadi Melayu dari segi perlembagaan kerana selain beragama Islam, beliau mengamalkan adat istiadat Melayu dan tidak merasa asing atau malu menggunakan bahasa Malaysia.
Sumber Malaysiakini.


Gerakan gantung ahli dakwa Melayu adalah 'pendatang'



Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena