Showing posts with label PEROMPAK 1MDB. Show all posts
Showing posts with label PEROMPAK 1MDB. Show all posts

Thursday, 9 November 2017

[Video Skandal 1MDB, Mengapa Hendak Disembunyikan? Perompak 1MDB Tekan Orang Miskin, Mi Maggi Pun Kena GST] Najib di Parlimen: Datang 10.04 pagi, balik 10.12 pagi & GST, kos sara hidup tinggi semua salah 1MDB.

Jumaat, 10 November 2017

GST, kos sara hidup tinggi semua salah 1MDB, kata Pakatan

 GST, kos sara hidup tinggi semua salah 1MDB, kata Pakatan
Ceramah di Sungai Acheh, Nibong Tebal semalam tentang 1MDB ialah siri jelajah penerangan 1MDB dan kesannya kepada rakyat digerakkan Pakatan Harapan bagi menerangkan kesan skandal itu kepada kehidupan mereka, termasuklah GST dan kos sara hidup – Gambar The Malaysian Insight oleh Looi Sue-chern , 29 Julai, 2017.

Najib di Parlimen: Datang 10.04 pagi, balik 10.12 pagi.


Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen hari ini membidas penampilan singkat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hanya selama lapan minit di Dewan Rakyat, 13 hari selepas beliau membentangkan Bajet 2018.
"Dia menjawab soalan pada jam 10.04 pagi dan meninggalkan dewan pukul 10.12 pagi," kata Wong.
Najib hari ini berada di Parlimen untuk sesi soalan.
Walau bagaimanapun, Wong mendakwa sepanjang lapan minit itu segala-galanya sudah dirancang untuk Najib yang hanya diajukan dengan soalan ‘mudah’.
"(Ia adalah) mengapa dia begitu hebat dalam soal 'ekonomi digital'. Soalan yang dirancang oleh ahli parlimen Umno.
"Selepas membaca teks jawapan selama empat minit, soalan ahli parlimen Umno (yang sepatutnya secara spontan) bermula dengan 'Tahniah atas kejayaan program, kita adalah pemimpin dunia dalam ekonomi digital...' Cara mengampu seperti ini adalah agak standard," katanya.
Wong berkata Najib kemudian menjawab kenyataan susulan dengan ucapan yang disediakan selama dua minit.
"Di bawah pentadbiran Najib, beliau secara ajaib mengubah sesi soal-jawab Parlimen kepada lakonan mengikut skrip," kata Wong.
Najib kemudiannya, kata Wong, meninggalkan Dewan Rakyat tanpa peduli untuk mendengar ataupun menyokong menteri-menteri lain yang menjawab soalan-soalan seterusnya.
Katanya, sebaik sahaja Najib bangkit mahu meninggalkan dewan, Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar dan Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan bergegas membuka pintu untuknya.
"Pagi ini menggambarkan bagaimana demokrasi Parlimen perlahan-lahan mati di Malaysia," katanya.
Wong juga memaklumkan bahawa 18 menteri dan timbalan menteri hadir tetapi jumlah itu masih 30 peratus berkurangan daripada jumlah keseluruhan kabinet Najib.
Sebagai rekod, Najib hari ini bertolak ke Danang, Vietnam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-25.
Perdana menteri dijadual berada di sana selama tiga hari bagi menghadiri mesyuarat APEC kali ini yang bertemakan, Mewujudkan Kedinamikan Baharu, Mengukuhkan Perkongsian Masa Depan.
Petang ini, Najib akan membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Vietnam, Tran Dai Quang.
malaysiakini.
Read More

Friday, 5 May 2017

[Video Tun M - Perompak 1MDB Perlu Dipenjarakan] Rafizi: Masalah 1MDB Tak Akan Selesai & Akan Terus MENGHERET Najib!

Sabtu, 6 Mei 2017

Foto Rafizi Ramli.
PEMBATALAN PERJANJIAN PENJUALAN BANDAR MALAYSIA: MASALAH 1MDB TIDAK AKAN SELESAI DAN AKAN TERUS MENGHERET NAJIB
Saya merujuk kepada laporan-laporan media mengenai pengumuman tarikh luput tempoh masa memenuhi syarat-syarat perjanjian jual beli tanah-tanah Pengkalan Udara Sungai Besi (yang kini dipanggil “Bandar Malaysia”) yang dibuat oleh TRX City Sdn Bhd, iaitu syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang mengambil alih projek itu dari 1MDB.
Pengumuman itu menyatakan bahawa syarikat usahasama milik Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dan China Railway Engineering (M) Sdn Bhd (“CREC” yang dimiliki anak syarikat Kerajaan China) telah gagal membayar jumlah yang ditetapkan bagi pegangan 60% di dalam pembangunan Bandar Malaysia (yang diumumkan berjumlah RM7.42 bilion).
Pengumuman ini bermakna pengumuman-pengumuman sebelum ini bahawa kononnya pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak telah berjaya menstrukturkan kembali hutang-hutang 1MBD dengan sendirinya terbatal. Secara langsung, ia mengesahkan hakikat bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib masih belum ada jalan untuk menyelesaikan masalah hutang 1MDB yang kini ditanggung oleh rakyat dan bakal diwariskan.
Penjualan 60% pembangunan Bandar Malaysia semasa diumumkan dihujung tahun 2015 lalu telah mengundang kemarahan rakyat kerana ia pertama kali sebuah pengkalan udara yang sangat strategik dan bersejarah dipindahkan dan tanahnya dijual kepada syarikat yang dimiliki sebuah kerajaan asing. Alasan yang diberikan oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib pada ketika itu ialah keperluan nasional untuk menstrukturkan semula hutang-hutang 1MDB.
Walau bagaimana pun, terbatalnya penjualan tersebut bermakna hutang yang ditanggung oleh Bandar Malaysia Sdn Bhd (anak syarikat 1MDB) dan 1MDB keseluruhannya masih kekal tidak diselesaikan.
Ini termasuklah sejumlah RM1.55 bilion yang perlu dibayar kepada Tabung Haji akibat kertas hutang sukuk yang diterbitkan Bandar Malaysia Sdn Bhd dan dibeli oleh Tabung Haji dalam tahun 2014. Bayaran pokok pertama yang perlu dibuat kepada Tabung Haji ialah 2021 (empat tahun dari sekarang) dan bakinya dalam tahun 2024.
Sebab itu, saya mendesak kepimpinan Tabung Haji untuk memberikan maklumbalas untuk menenangkan pendeposit di seluruh negara dalam keadaan belum ada tanda-tanda dana Tabung Haji berjumlah RM1.55 bilion itu akan dapat dibayar sepenuhnya tanpa melibatkan penggunaan dana awam yang lain.
Pembatalan perjanjian akibat kegagalan syarikat usahasama IWH-CREC ini membayar jumlah yang dipersetujui juga mempunyai kesan yang lebih besar kepada masa depan politik Dato’ Seri Najib. Pemerhati politik dan ekonomi sedia maklum bahawa kekuatan kewangan syarikat milik Kerajaan China (iaitu CREC) adalah sebab utama kenapa tanah yang begitu strategik dijual kepada satu syarikat usahasama asing. Malah kebelakangan ini, Dato’ Seri Najib dilihat cukup akrab dengan Kerajaan China sehingga menimbulkan spekulasi sebahagian besar dana yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah kewangan akibat 1MDB berkemungkinan datangnya dari China.
Dengan pembatalan jual beli melibatkan syarikat gergasi milik Kerajaan China ini, saya berpendapat ia tanda-tanda bahawa hubungan di antara pentadbiran Dato’ Seri Najib dan Kerajaan China tidaklah sebaik yang cuba diwar-warkan. Jika ada perbezaan besar mengenai jual beli Bandar Malaysia hingga menyebabkan pertikaian terbuka di antara anak syarikat Kerajaan China dengan kerajaan Malaysia, itu bermakna hubungan yang mendingin itu akan turut terpalit kepada projek-projek besar yang lain seperti pembinaan Projek Keretapi Pantai Timur (ECRL).
Oleh yang demikian, saya percaya pentadbiran Dato’ Seri Najib akan terus menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah hutang 1MDB terutamanya bila mana projek-projek yang disusun dengan pembiayaan dana Kerajaan China mula bermasalah. Ini bermakna, Dato’ Seri Najib akan terus dihantui oleh masalah hutang akibat 1MDB yang akan terus mengheret beliau dan rakyat Malaysia terus berdepan dengan risiko kehilangan berpuluh bilion ringgit untuk menutup lubang hutang tersebut.
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
Read More

Thursday, 4 May 2017

[Video Cina Marah MCA UMNO Najib Perompak 1MDB] Kerajaan China Enggan Lulus Perjanjian Dengan Iskandar Waterfront Holdings?

Khamis, 4 Mei 2017

Image result for Gambar 1MDB
Gambar dari jschina.com.cn - SOSCILI

Kerajaan China Enggan Lulus Perjanjian Dengan Iskandar Waterfront Holdings?


Kerajaan China dikatakan enggan meluluskan perjanjian firma milik negara itu dengan Iskandar Waterfront Holdings (IWH) yang berpangkalan di Johor Iskandar Waterfront Holdings (IWH) untuk mengambil alih 60 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia, lapor Wall Street Journal.
.
Akhbar itu menyifatkan kegagalan perjanjian RM7.41 bilion berkenaan sebagai satu tamparan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang semasa perutusan Tahun Baru berkata “isu 1MDB yang saya janjikan pada rakyat tempoh enam bulan sudah pun nampak penyelesaian,"
.
WSJ melaporkan 1MDB masih belum mengemukakan penyata kewangan bagi tahun 2015 atau 2016, jadi keadaan kewangan semasanya adalah tidak jelas.
.
“Namun, kegagalan usahasama itu mungkin menambah tekanan kepada Najib, yang juga menteri kewangan, untuk mencari cara lain membayar hutang 1MDB," kata laporan itu.
.
WSJ juga mendakwa melihat dokumen dalaman daripada kementerian kewangan Malaysia, yang kononnya menyatakan bahawa sebab utama kegagalan ushasama itu adalah bahawa kerajaan China enggan memberikan lampu hijau kepada China Railway Engineering Corporation (CERC) untuk membuat pelaburan.
.
Akhbar tersebut juga mendakwa bahawa "sumber yang rapat dengan perkara itu" telah mengesahkan perkara berkenaan.
.
"Dokumen Kementerian Kewangan mengatakan bahawa konsortium itu diberikan 12 lanjutan, dengan yang terakhir luput pada 30 April ..," katanya.
.
WSJ berkata pejabat Perdana Menteri dan 1MDB tidak bertindak balas terhadap permintaan mereka untuk mendapatkan ulasan, manakala pejabat maklumat kerajaan China juga tidak menjawab.
.
Malaysiakini tidak dapat untuk mengesahkan kesahihan dakwaan dalam laporan ini.
.
Semalam, TRX City Sdn Bhd, yang dimiliki oleh kementerian kewangan, dalam satu kenyataan berkata bahawa perjanjian jualan saham (SSA) yang dimeterai pada 31 Dis 2015 dengan konsortium berkenaan telah luput.
.
"Ini adalah kerana, walaupun lanjutan diberikan, IWH-CREC gagal untuk membuat pembayaran yang digariskan dalam syarat di bawah SSA.
.
"Hasilnya, Perjanjian Jualan Saham antara pihak-pihak ini terbatal dan tidak sah berkuatkuasa serta merta," kata kenyataan dari TRX sambil menambah kerajaan kini akan menangguhkan rancangan TRX City untuk menjual tanah berkenaan.
.
Perjanjian Bandar Malaysia sebelum ini disebut-sebut sebagai sebahagian daripada pelan rasionalisasi 1MDB bagi tujuan mengurangkan hutang firma pelaburan negara itu.
.
Tanah prima atau utama seluas 486 ekar di Sungai Besi, atau Bandar Malaysia, telah pun dipindahkan dan diletakkan di bawah kementerian kewangan.

Read More

[Video Wahai PAS, Jangan Diperkuda Najib UMNO MCA Perompak 1MDB & Shabery sampaikan salam Najib pada Hadi di Marang] Penglibatan Presiden Pas dalam program kerajaan BN dipuji Exco Terengganu.

Khamis, 4 Mei 2017


(dari kiri) Datuk Seri Abdul Hadi Awang  bersama Datuk Seri Ahmad  Shabery Cheek
Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi dilihat meneruskan jalinan kerjasama dengan pemimpin Umno dalam penganjuran Program Pelepasan Tukun ‘Ring To Reef’ (R2R) dan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Jabatan Perikanan dan Petronas di perairan Pulau Kapas hari ini.
Sebelum ini dalam dua acara tahun lalu yang diadakan, Abdul Hadi bersama dengan Presiden Umno  yang juga  Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam program ‘Himpunan Selamatkan Rohingya’ dan turut  mengunjungi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA2016) anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Hari ini bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dijangka Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu, akan menyempurnakan Majlis Pelancaran R2R antara Jabatan Perikanan Malaysia dan Petronas dai Jeti Perikanan Marang.
Penglibatan Presiden Pas, dalam beberapa program kerajaan wajar dicontohi dan dipuji kerana ia menunjukkan kematangan beliau dalam politik kata Exco Kerajaan Negeri A Latiff Awang dalam temubualnya dengan Bernama sebelum program berlansung hari ini.
Read More

Tuesday, 25 April 2017

[Video PAS Akan Hilang Kelantan Jika Masih Bersama Dengan UMNO Najib Perompak 1MDB] Kajian: PAS akan kalah, Umno menang jika tiga penjuru.

Selasa, 25 April 2017

Kajian: PAS akan kalah, Umno menang jika tiga penjuru

Malaysiakini.
Kajian Invoke Malaysia, sebuah badan berkaitan PKR menunjukkan Umno akan menang pada pilihan raya umum ke-14 akan datang jika berlakunya pertandingan tiga penjuru dengan mendapat 32.2 peratus undi.Negara (AMANAH) akan mengatasi PAS.
Naib Presiden PKR, Rafizi berkata, kaji selidik itu juga mendapati Parti Amanah 
"Sekiranya pertandingan tiga penjuru melibatkan antara Umno, PAS, AMANAH menunjukkan AMANAH berjaya mengatasi PAS dengan kelebihan 3.6 peratus.
"Namun kelebihan tetap kepada Umno iaitu mendahului PAS dan AMANAH iaitu Umno mendapat 32.2 peratus, AMANAH 16.1 peratus sementara PAS hanya mendapat 12.5 peratus," katanya dalam sidang medianya di Invoke di Kuala Lumpur, hari ini.
Rafizi berkata, perkara itu berlaku kerana undi bukan Melayu tidak memihak kepada PAS sekaligus memberi kelebihan kepada AMANAH.




Read More

Thursday, 16 March 2017

[Video Tun M: Pemimpin UMNO Kini Bukan Wakil Rakyat Tetapi Wakil PEROMPAK 1MDB!] Saya dipilih rakyat, Rosmah tidak - LGE

Khamis, 16 Mac 2017

Saya dipilih rakyat, Rosmah tidak - Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan mempunyai kelayakan eksekutif sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Air Pulau Pinang (PBAPP), sungguhpun tidak mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan berkaitan pengurusan air.
Ini kerana beliau dipilih rakyat melalui proses pilihan raya.
Justeru, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, adalah tidak wajar kedudukannya sebagai Pengerusi PBAPP dipertikaikan demi mempertahankan kelayakan isteri perdana menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor dalam menguruskan Pusat Anak Permata Negara (Permata).
"Saya memegang jawatan kerana saya adalah Ketua Menteri dan jawatan Ketua Menteri adalah dipilih oleh rakyat.
"Datin Seri Rosmah tidak dipilih rakyat, beliau bukan wakil rakyat dan tidak ada apa-apa jawatan.
"Jangan bandingkan seseorang yang tidak mempunyai jawatan kecuali sebagai isteri perdana menteri, dengan jawatan yang dipegang oleh semua menteri besar dan ketua menteri," jelasnya yang juga Adun Air Putih merangkap Ahli Parlimen Bagan kepada pemberita petang tadi.
Guan Eng mengulas kenyataan pembantu Rosmah, Rizal Mansor yang mempertikaikan kelayakan Guan Eng sebagai Pengerusi PBAPP.
Rizal menjawab kritikan Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin yang mempertikaikan kelayakan akademik dan profesional Rosmah sebagai Pengerusi Permata.

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena