Showing posts with label SKANDAL 1MDB. Show all posts
Showing posts with label SKANDAL 1MDB. Show all posts

Thursday, 7 June 2018

[Video Tahniah UM, Universiti ke-87 terbaik di dunia & Guru tidak perlu lagi buat audit, siapkan dokumen] Siapa dinamakan dalam laporan polis di UK? Ini senarai Justo.

Khamis, 7 Jun 2018


Siapa dinamakan dalam laporan polis di UK? Ini senarai Justo

Bekas eksekutif Petrosaudi International Xavier Justo telah mendedahkan senarai syarikat dan individu dalam laporan polis di United Kingdom (UK) berkaitan skandal 1MDB.
Justo memberitahu Malaysiakini, dalam senarai itu termasuk Petrosaudi, pemiliknya Tarek Obaid dan pegawai pegawai kewangan Patrick Mahony.
Turut dinamakan Paul Finnigan, yang didakwa memaksa Justo membuat pengakuan palsu di Thailand.
Justo juga membuat laporan terhadap Protection Group International (PGI), yang dipetik oleh New Straits Times pada 2016, sebagai mendakwa datanya yang diberikan kepada Sarawak Report telah diubah.
Tiga lagi syarikat dan dua individu turut dinamakan dalam laporan Justo pada polis UK.
Justo pernah menamakan Obaid dan yang lain dalam aduan hampir sama yang difailkan di Switzerland tiga bulan lalu.
Mk.
Read More

Monday, 29 January 2018

[Video Pembohongan Najib dan menteri2nya dalam Skandal 1MDB & Mana duit 2.6 Billion] Pemandu teksi, operator bas sekolah P. Pinang terus nikmati insentif tahunan.

Selasa, 30 Januari 2018


Pemandu teksi, operator bas sekolah P. Pinang terus nikmati insentif tahunan


Sekitar 1,702 pemandu teksi dan operator bas sekolah di Pulau Pinang terus menikmati insentif tahunan sebanyak RM600 daripada kerajaan Pakatan Harapan sebagai penghargaan kepada golongan tersebut.
Pada tahun ini, sebanyak RM899,700 diperuntukkan bagi pemberian tersebut dengan pemberian insentif bahagian pertama sebanyak RM300.
Berucap dalam majlis pemberian insentif berkenaan, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, insentif ini merupakan penghargaan Kerajaan Negeri kepada semua pemandu teksi dan operator bas sekolah atas dedikasi yang telah dicurahkan kepada rakyat.
“Kita (Kerajaan Negeri) tahu hargai pemandu teksi dan operator bas sekolah bukan hanya dengan ucapan terima kasih sahaja, tetapi dengan pemberian (insentif) wang.
“Pemandu-pemandu teksi seluruh Malaysia tahu bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang sahaja yang memberikan insentif ini, langkah ini wajar diikuti mereka (Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri lain).
“Tanpa pemandu teksi, sektor pelancongan takkan membangun, kita kena pandai kenang jasa pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah,” kata Setiausaha Agung DAP itu lapor Buletin Mutiara.


Read More

Friday, 5 January 2018

[Video Sistem Ekonomi M'sia Rosak Atas Skandal 1MDB & O ale ale Malaysia ku Najib Perlu Disingkir] Umno tidak dapat diselamatkan lagi...

Jumaat, 5 Januari 2018


Foto Parti Amanah Negara.

Umno tidak dapat diselamatkan lagi, kata anak bekas MB

Umno tidak dapat diselamatkan lagi, kata anak bekas MB
Akhramsyah Sanusi sewaktu ditemui di Ibu Pejabat Bersatu, Selangor mengakui sudah berusaha memperbaiki keadaan di dalam Umno yang terlibat dengan politik wang, malangnya ia tidak berjaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 Januari, 2017.

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), The Malaysian Insight mendekati muka baru politik yang dilatih parti mereka untuk menjadi calon. Salah satu keluhan dalam kalangan pengundi adalah kekurangan pemimpin muda politik yang berwibawa baik di parti pemerintah mahupun pembangkang, malah ketua utama parti politik kini adalah mereka yang sudah bergelumang dalam politik sejak 1980-an lagi. Di manakah orang muda yang akan meneruskan perjuangan politik Malaysia? The Malaysian Insight berbicara dengan Akhramsyah Sanusi yang meninggalkan Umno kerana berasa parti itu tidak dapat diselamatkan lagi.
POLITIK wang adalah punca mengapa Akhramsyah Sanusi mengambil keputusan meninggalkan Umno, sebuah parti yang dikatakannya tidak mampu diselamatkan lagi.
Akhramsyah, anak bekas menteri besar Kedah, Sanusi Junid, berkata mereka yang meninggalkan parti berasaskan Bumiputera terbesar di negara ini berasa sudah mencuba segala-galanya untuk memperbaikinya.
"Umno adalah parti yang tidak boleh diperbaiki. Gelombang penentangan yang kami harapkan tidak pernah berlaku," kata ahli Bersatu itu kepada The Malaysian Insight.
Akhramsyah pertama kali terdedah kepada politik wang ketika memasuki pemilihan Umno pada 2008, untuk bertanding jawatan exco Pemuda.
"Ia tidak berjaya kerana saya enggan terlibat dalam politik wang. Pada hari terakhir pemilihan, saya diberitahu saya berada di ambang kemenangan.
"Malam sebelum pembuangan undi, saya dinasihatkan supaya menghabiskan malam itu dengan 'mengepam'. Saya naif, dan saya berasal dari keluarga yang tidak terlibat dalam politik wang, jadi saya tidak faham apa maksud 'mengepam'. Maksudnya ialah, membeli undi.
"Secara dasarnya anda perlu mengeluarkan duit untuk mendapatkan undi. Itu gila."
Semasa pemilihan parti 2013, Akhramsyah sekali lagi cuba bertanding, kali ini, mencabar Khairy Jamaluddin untuk jawatan ketua Pemuda.
"Saya tidak pernah aktif di Umno sehingga berasa terpaksa memberikan khidmat saya. Saya bertanding untuk jawatan exco Belia pada 2008 untuk membantu Mukhriz Mahathir, yang saya fikir adalah calon yang tepat, memenangi jawatan itu.
"Saya kemudian bertanding jawatan ketua Pemuda bukan kerana saya fikir saya boleh menang, tetapi kerana saya fikir kita perlu memberikan Khairy tentangan, walaupun beliau adalah pemenang yang tidak mampu dicabar."
Bapa enam anak ini berkata pilihan raya 2013 membuktikan walaupun berlaku perubahan struktur, rasuah sudah mencapai tahap akar umbi.
"Saya tidak mengatakan ahli akar umbi rasuah. Tetapi, para pemimpin di peringkat cawangan mendapati mereka tertekan untuk menggerakkan cawangan mereka dengan bantuan yang sedikit daripada peringkat bahagian dan nasional.
"Parti menjadi korup kerana pemimpin cawangan tidak mendapat sokongan struktur daripada parti untuk melakukan apa yang perlu semasa pilihan raya. Itulah sebabnya mereka mengugut pemimpin.
"Itu saja masanya wang datang daripada parti atau individu. Ia hanya datang dengan ikrar untuk mengundi, jadi parti menjadi korup," kata beliau yang berusia 45 tahun.
Sertai politik untuk memberi khidmat
Menyertai politik adalah satu seruan baik bagi Akhramsyah, memandangkan penglibatan keluarganya.
Moyang dan datuknya di sebelah ibunya adalah ahli politik di Aceh, Indonesia, sementara ayahnya pernah berkhidmat sebagai menteri besar dari 1996 hingga 1999 dan sebagai menteri sebelum itu.
Akhramsyah adalah ketua cawangan Pemuda Umno Bendang Baru di Langkawi sebelum menyertai Bersatu.
"Kami menyertai politik untuk berkhidmat. Dua tahun lalu, saya meninggalkan Shell untuk mengambil PhD dalam bidang pembangunan mampan dan melihat diri saya sebagai pakar pembangunan mampan di Malaysia, baik dalam bidang akademik dan perniagaan. Rancangan hidup saya pernah berubah beberapa kali.
"Tetapi saya tidak pernah bermimpi menjadi perdana menteri atau menteri. Keluarga saya tidak pernah dibesarkan seperti itu. Kami dibesarkan untuk berkhidmat," kata ketua Bahagian Jerai Bersatu.
Akhramsyah, yang mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam industri minyak dan gas, dan pemegang ijazah sarjana dalam kejuruteraan kimia daripada Kolej Imperial London, berkata beliau berjanji kepada kepimpinan parti yang jentera pilihan raya di Jerai akan bersedia pada Mac.
"Jentera ini berkembang secara organik. Apa pun yang kita ada sekarang, saya fikir, agak kukuh, tetapi masih banyak yang perlu dilakukan.
"Saya perlu menyediakan bahagian saya untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Sama ada saya menjadi calon atau tidak terpulang kepada parti.
"Jika parti menamakan saya, saya tidak fikir saya mempunyai pilihan, kerana sebenarnya, kita adalah parti muda, dan jika parti itu berasa saya pilihan terbaik, saya akan terima.
"Tetapi sekiranya, kami mempunyai calon lebih baik, lebih berpotensi untuk menang bagi Jerai, saya sanggup memberi peluang."
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom adalah ahli Parlimen Jerai, setelah mengalahkan calon PAS Mohd Mohd Firdaus Jaafar dengan 1,196 undi.
Penduduknya terdiri daripada 79% Melayu, Cina (15%) dan India (6%).
Tiga kerusi DUN di Jerai adalah Sungai Limau, Guar Chempedak dan Gurun.
PAS mengekalkan Sungai Limau pada pilihan raya kecil November 2013 selepas kerusi itu kosong susulan kematian Adun lima penggal Azizan Abdul Razak.
Ku Abd Rahman Ku Ismail daripada Barisan Nasional adalah wakil rakyat untuk Guar Chempedak, manakala Leong Yong Kong daripada MCA bagi Gurun.
"Kami berdepan pertempuran di Jerai kerana tiga kerusi negeri adalah kubu PAS, Umno dan MCA, dan kita akan menentang seorang menteri, Jamil Khir," kata bekas pegawai kanan Shell Malaysia itu.
Beliau mahu memberi tumpuan kepada beberapa isu di Jerai, seperti kebajikan petani dan hal-hal berkaitan pertanian.
"Di peringkat kebangsaan, terdapat banyak isu berkaitan bagaimana ekonomi diuruskan, dan saya sangat prihatin mengenai isu subsidi bahan bakar. Ketika bersama Shell, saya adalah seorang daripada daripada yang dirujuk oleh Kementerian Kewangan apabila ia melibatkan harga bahan api.
"Saya tahu bagaimana mekanisme itu sepatutnya berfungsi."
Akhramsyah berkata cita-cita politiknya adalah untuk memperbaiki keadaan negara, dan menjadi matlamatnya memberi semula harapan kepada rakyat Malaysia. – 5 Januari, 2018.
TMI.
Read More

Thursday, 14 December 2017

[Video Penerangan Sebenar Rentetan Kes 1MDB & Siapa Terlibat? Rakyat M'sia lah yg menanggung kesengsaraan akibat Skandal 1MDB!] BNM Keluarkan Wang Kertas TERBESAR di Dunia, Sekeping RM600, RM180, RM60.

Jumaat, 15 Disember 2017


BNM Keluarkan Wang Kertas TERBESAR di Dunia, Sekeping RM600, RM180, RM60
Foto: BNM
Foto: BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) bakal mengeluarkan wang kertas edisi terhad khas sempena sambutan ulang tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata wang kertas peringatan bersaiz 370 mm tinggi dan 220 mm lebar itu adalah wang kertas terbesar di dunia dengan reka bentuk berdasarkan ‘Raja Payung Kedaulatan Negara’ dan ciri-ciri keselamatan lebih tinggi.
Tempahan boleh dibuat dalam talian mulai Jumaat, 5 Januari 2018. Sekiranya tempahan melebihi jumlah ditawarkan, tempahan akan dilaksanakan melalui undian. http://www.bnm.gov.my

- mD
Read More

Thursday, 9 November 2017

[Video Skandal 1MDB, Mengapa Hendak Disembunyikan? Perompak 1MDB Tekan Orang Miskin, Mi Maggi Pun Kena GST] Najib di Parlimen: Datang 10.04 pagi, balik 10.12 pagi & GST, kos sara hidup tinggi semua salah 1MDB.

Jumaat, 10 November 2017

GST, kos sara hidup tinggi semua salah 1MDB, kata Pakatan

 GST, kos sara hidup tinggi semua salah 1MDB, kata Pakatan
Ceramah di Sungai Acheh, Nibong Tebal semalam tentang 1MDB ialah siri jelajah penerangan 1MDB dan kesannya kepada rakyat digerakkan Pakatan Harapan bagi menerangkan kesan skandal itu kepada kehidupan mereka, termasuklah GST dan kos sara hidup – Gambar The Malaysian Insight oleh Looi Sue-chern , 29 Julai, 2017.

Najib di Parlimen: Datang 10.04 pagi, balik 10.12 pagi.


Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen hari ini membidas penampilan singkat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hanya selama lapan minit di Dewan Rakyat, 13 hari selepas beliau membentangkan Bajet 2018.
"Dia menjawab soalan pada jam 10.04 pagi dan meninggalkan dewan pukul 10.12 pagi," kata Wong.
Najib hari ini berada di Parlimen untuk sesi soalan.
Walau bagaimanapun, Wong mendakwa sepanjang lapan minit itu segala-galanya sudah dirancang untuk Najib yang hanya diajukan dengan soalan ‘mudah’.
"(Ia adalah) mengapa dia begitu hebat dalam soal 'ekonomi digital'. Soalan yang dirancang oleh ahli parlimen Umno.
"Selepas membaca teks jawapan selama empat minit, soalan ahli parlimen Umno (yang sepatutnya secara spontan) bermula dengan 'Tahniah atas kejayaan program, kita adalah pemimpin dunia dalam ekonomi digital...' Cara mengampu seperti ini adalah agak standard," katanya.
Wong berkata Najib kemudian menjawab kenyataan susulan dengan ucapan yang disediakan selama dua minit.
"Di bawah pentadbiran Najib, beliau secara ajaib mengubah sesi soal-jawab Parlimen kepada lakonan mengikut skrip," kata Wong.
Najib kemudiannya, kata Wong, meninggalkan Dewan Rakyat tanpa peduli untuk mendengar ataupun menyokong menteri-menteri lain yang menjawab soalan-soalan seterusnya.
Katanya, sebaik sahaja Najib bangkit mahu meninggalkan dewan, Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar dan Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan bergegas membuka pintu untuknya.
"Pagi ini menggambarkan bagaimana demokrasi Parlimen perlahan-lahan mati di Malaysia," katanya.
Wong juga memaklumkan bahawa 18 menteri dan timbalan menteri hadir tetapi jumlah itu masih 30 peratus berkurangan daripada jumlah keseluruhan kabinet Najib.
Sebagai rekod, Najib hari ini bertolak ke Danang, Vietnam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-25.
Perdana menteri dijadual berada di sana selama tiga hari bagi menghadiri mesyuarat APEC kali ini yang bertemakan, Mewujudkan Kedinamikan Baharu, Mengukuhkan Perkongsian Masa Depan.
Petang ini, Najib akan membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Vietnam, Tran Dai Quang.
malaysiakini.
Read More

Wednesday, 8 November 2017

[Video Najib Telah Rosakkan Sistem Ekonomi Malaysia Atas Skandal 1MDB] 'Dok bazir kertas A4 demi 1 sosok politikus'? #pray4penang & Haramjadah, bangsat, bangang' mengesahkan Najib tertekan dan hilang kawalan?

Khamis, 9 November 2017

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.
Di kala cikgu cikgu sekolah lain mengeluh alat tulis kena catu, peruntukan itu ini kena potong, nak buat hari sukan sekolah jenuh cari wang sendiri, di SK Beranang, Hulu Langat dok bazir kertas A4 demi 1 sosok politikus. Arahan guru besar? #pray4penang
Foto Otai BERSIH.
ni Askar BN atau Askar Negara.?
ni Bomba BN atau Bomba Negara.?
ni Polis BN atau Polis Negara.?
Foto Otai BERSIH.
Ketika musim banjir ini anda akan pilih yang mana untuk bantu ni...??...A B C D.. pilih Satu je k..

Foto Otai BERSIH.
Allah bayar tunai kepada Cash is King... Baru sahaja Najib mengatakan dia tak serendah Tun M, hari ini maruah dirinya jatuh berdebuk ke lantai apabila menyebut "kepala bapak kau" yang ditujukan kepada lagenda hidup Malaysia itu...

Haramjadah, bangsat, bangang dan ungkapan terbaru ini mengesahkan bahawa Najib berada dalam keadaan yang sangat tertekan sehingga hilang kawalan adab sopan...

He is a Malaysian Truly Low Class PM.

Read More

Monday, 3 July 2017

[Video Ringgit tercorot sejak Najib jadi PM] Skandal 1MDB: Switzerland siapkan kes jenayah tetapi...? Eloklah 'Lebai' turun padang jengok pengundi Temerloh & jangan dok back up Najib & Umno BN aje!

Isnin, 3 Julai 2017

Foto Pakatan Harapan Supporters.
Nak pertahan kenyataan dangkal Hadi campur tangan asing, sekali dengan penerangan 'parti agama' rupanya memang dangkal akalnya. Kes pembalakan Kelantan takkan nak siasat di Melaka kut.. melainkan pembalak haramnya lari ke Melaka.

Sabri Said Eloklah Lebai turun padang jengok pengundi Temerloh, jangan asyik keluar statement retorik utk back up Najib & Umno BN, dulu menang krn dlm PR cuba bertanding di Temerloh dlm PRU14 nak tengok hebat ke tidak, jangan cabut lari haa, kehkehkeh ... SAY NO TO PAS & UMNO BN

Perbezaan antara keduanya adalah pihak berkuasa Swiss sedang menyiapkan kes jenayah manakala AS adalah tindakan sivil.
WWW.MALAYSIAKINI.COM

Sila jangan ketawa.. Mohon sambungkan link ini kepada ketua penerangan 'Parti Agama' Pusat, saudara Nasarudin PPV tantawi & rakan-rakannya..
Perbezaan antara keduanya adalah pihak berkuasa Swiss sedang menyiapkan kes jenayah manakala AS adalah tindakan sivil.

Skandal 1MDB: Switzerland siapkan kes jenayah tetapi...


Saman pelucutan sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) menyediakan dokumentasi paling meluas mengenai skandal 1MDB hingga kini dengan tuntutan penyalah gunaan dana Malaysia.
Walaupun ramai pemimpin BN memilih untuk berdiam diri, khususnya Umno, melakukan serangan balas dengan menuduh AS melakukan campur tangan asing atau cuba menggulingkan kerajaan Islam.
Bagaimanapun, walaupun sebelum DOJ memfailkan saman sivil pertamanya pada Julai 2016, pihak berkuasa Switzerland menjadi yang pertama kali bersuara mengenai siasatannya terhadap 1MDB.
Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) mengumumkan pada 29 Januari tahun lepas bahawa pihak mensyaki sekitar AS$4 bilion telah disalah gunakan dalam dana Malaysia tersebut.
OAG telah meminta bantuan undang-undang dari Malaysia dan berbuat demikian pada 10 Oktober tahun lepas berhubung dengan tambahan AS$800 juta yang dikaitkan dengan anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, bagaimanapun tidak melayani kedua-dua permintaan berkenaan.
Walaupun menjadi yang pertama mendedahkan kepada umum mengenai 1MDB, pihak berkuasa Switzerland memberikan maklumat secara berhati-hati kepada umum berbanding DOJ.
Perbezaan antara keduanya adalah pihak berkuasa Swiss sedang menyiapkan kes jenayah manakala AS adalah tindakan sivil, walaupun DOJ enggan mengatakan jika tindakan jenayah akan menyusuli.
OAG Switzerland dalam balasan e-mel kepada Malaysiakini berkata kes jenayah itu masih belum selesai dan itulah sebabnya pihaknya tidak dapat memberikan maklumat selanjutnya.
Malaysiakini.
Read More

Tuesday, 27 June 2017

[Video GEMPAR - Skandal 1MDB Protest di London!] Kenapa Hadi tak cadangkan hudud ke atas Najib?

Rabu, 28 Jun 2017

Kenapa Hadi tak cadangkan hudud ke atas Najib?

ULASAN l Amat mengejutkan apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini dengan mendakwa negara asing yang menyiasat skandal 1MDB sebagai cubaan campur tangan kuasa asing.
Kenyataan tersebut adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan amat menyedihkan di mana ia boleh mengelirukan rakyat.
Ini kerana agama dijadikan perisai bagi menutup salahlaku yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kroni-kroninya dalam skandal berskala mega ini.
Kenyataan Presiden PAS yang mahukan undang-undang Malaysia bertindak menyelesaikan skandal 1MDB adalah satu kenyataan naif seorang ahli Parlimen.
Ini kerana laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dibekalkan kepada beliau telah mendedahkan bahawa 1MDB telah membayar kepada Aabar BVI sebuah syarikat palsu yang ditubuhkan untuk mencuri wang 1MDB, sehinggakan IPIC dan Aabar sebenar menyaman 1MDB dan kerajaan Malaysia.

Walaupun dengan bukti yang nyata ini, pihak berkuasa di negara ini termasuk Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih gagal bertindak sehingga sekarang.

Malahan, peguam negara sendiri gagal mendakwa Najib walaupun bukti kemasukan wang ke akaun peribadi beliau sebanyak RM2.6 billion dari akaun Tanore dan RM42 juta dari SRC yang meminjam wang KWAP ditunjukkan sendiri oleh beliau.
Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri telah mengeluarkan kenyataan tidak akan menyiasat skandal 1MDB.
Pihak polis pula sampai ke hari ini masih menyiasat sedangkan Jho Low dibiarkan bebas.
Sikap membisu institusi penguatkuasaan undang-undang negara dalam skandal 1MDB ini telah mencemar keluhuran undang-undang negara ini. Ironinya, Presiden PAS pula boleh percayakan mereka.
Tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat menyiasat dan menyita aset-aset mewah bukanlah satu campurtangan ke atas negara ini.
Sebaliknya, tindakan DOJ tersebut adalah akibat salahlaku jenayah berkaitan penyelewengan skandal 1MDB kerana ia melibatkan pelanggaran undang-undang dan sistem kewangan Amerika Syarikat.
Bukan sahaja Amerika Syarikat yang menyiasat skandal ini, malahan banyak lagi negara lain terutamanya Singapura yang setakat hari ini, telah menghukum lima orang pegawai bank dan mendenda lapan bank dengan dua bank Swiss diarahkan ditutup.
Negara-negara luar hanya bertindak atas nama integriti dan digniti yang gagal dilakukan pentadbiran negara hari ini.
Seharusnya, Presiden PAS tidak lagi membela Najib yang terpalit dengan skandal 1MDB. Kezaliman tidak seharusnya dikompromi.
Alangkah gembiranya umat Islam di negara ini jika beliau mampu menyelar Najib dengan mengatakan hukum hudud harus digunakan terhadap perdana menteri.
Tidakkah rompak dan curi itu kesalahan di bawah hudud yang disebut jelas di dalam al-Quran. Saya bimbang keyakinan rakyat terhadap keadilan hukum hudud boleh terhakis dengan pendirian Presiden PAS yang gagal bertindak terhadap pemerintah.

Sedangkan Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda akan menggunakan hudud terhadap puterinya sendiri.

FAIZ FADZIL adalah timbalan Ketua Pemuda AMANAH.
Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Mk.

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena