Showing posts with label RM1. Show all posts
Showing posts with label RM1. Show all posts

Friday, 21 August 2015

[Video] BERSIH kini jutawan, derma terus mencurah...Jual baju & derma aje cecah lebih RM1,000,000.00

Jumaat, 20 Ogos 2015

Bagi mendorong orang ramai menyertai perhimpunan besar mereka 29 Ogos ini, BERSIH menganjurkan kempen ala 'cabaran baldi ais' yang mencuri perhatian luar biasa di seluruh dunia, khususnya alam maya.
Gabungan NGO yang menuntut penambahbaikan sistem pilihan raya itu memilih mengadaptasi kempen untuk penyakit sklerosis lateral amiotrofik (ALS) dengan cara mereka sendiri.
Untuk kempen cabaran baldi ais itu, peserta perlu menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuh dan mencabar tiga rakan mereka melakukan perkara sama atau menyumbangkan AS$100 ke Yayasan ALS.
Wang itu akan didedikasikan untuk membiayai pusat penyelidikan dan mencari penawar untuk penyakit tersebut.
Dalam kenyataan hari ini, BERSIH mengumumkan 'Bersih4Challenge' yang menggalakkan orang ramai bergambar, termasuk selfie untuk menyedarkan masyarakat tentang keperluan hadir ke perhimpunan BERSIH 4.
Selepas itu, peserta 'Bersih4Challenge' juga perlu mencabar rakan-rakan mereka untuk melakukan perkara sama atau harus membayar RM26 untuk tabung BERSIH.
BERSIH merancang berhimpun dan berkhemah di tiga kota, termasuk Kuala Lumpur, bermula jam 2 petang 29 Ogos sehingga jam 11.59 malam 30 Ogos.
Mereka menuntut supaya pilihan raya bersih, kerajaan bersih, hak membantah, pengukuhan demokrasi berparlimen serta gesaan supaya ekonomi Malaysia diselamatkan.
Malaysiakini.
Read More

Tuesday, 25 November 2014

Dulu viral 'mangkuk kosong' kini Tapao Container pun DIKENA BAYARAN RM1...

Rabu, 26 November 2014

Photo: Semasa bercuti di Kota Kinabalu, Sabah, admin berkesempatan meninjau Restoran Ummi Aisah.

MACAM-MACAM ADA... Tapau pun kena 'CAJ' ka ???.. Bagaimana lah rupa bekas tapau tersebut sehingga dicaj RM1.. Mesti canggih sgt sehingga nak dicaj RM1 :)

kesilapan pekerja juga?

SEBELUM INI MANGKUK KOSONG DIKENAKAN BAYARAN RM1, KINI BEKAS BUNGKUSAN MAKANAN PULA DIKENA BAYARAN RM1 OLEH RESTORAN YANG SAMA.
http://omakkau.blogspot.com/2014/11/sebelum-ini-mangkuk-kosong-dikenakan.html

ss3
Sebelum ini heboh mengenai resit keluaran Restoran Insaf yang menjadi viral di media sosial berikutan dengan caj harga makanan yang dikatakan tidak masuk akal, kini sebuah restoran yang terletak di negeri di bawah bayu pula menjadi sasaran.
Ini gara-gara seorang pelanggan restoran terbabit memuat naik gambar di laman facebook berkenaan resit makanan di Restoran Ummi Aisah yang mengenakan caj yang tidak sepatutnya hanya kerana meminta MANGKUK KOSONG.
Aik, kita yang mendengarnya pun pelik…adakah ini polisi baru yang bakal diperkenalkan pada restoran kelak?
Kalau betul, memang cekik darahlah jawabnya kan!
ss2
Bagi yang melihat resit ini, janganlah pula cepat melenting dan sesuka hati memaki hamun restoran tersebut kerana rupa-rupanya ada cerita disebalik resit tersebut.
Ikuti penjelasan pemilik restoran terbabit, Iskahaarrudin Ahmad melalui screenshoot  ini….
Menurut beliau, kesilapan ini adalah tidak disengajakan gara-gara kesilapan pekerjanya pada mesin kira.  Ini kerana melalui mesin kira tersebut pekerjanya meminta mangkuk kosong pada rakannya dan tanpa sengaja tertekan RM1.
Malah, pemilik restoran Ummi Aisyah ini dilihat merendah diri memohon maaf kepada pelanggan tersebut dan beliau sendiri memberi nombor telefonnya berharap dapat memohon maaf pada pelanggan terbabit.
Satu amalan yang terpuji, moga-moga pelanggan tersebut dapat berbaik dan memaafkan kesilapan dari Restoran Ummi Aisyah ini. – MYNEWSHUB.CC
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena