Showing posts with label SABAH UBAH. Show all posts
Showing posts with label SABAH UBAH. Show all posts

Wednesday, 24 January 2018

[Video SABAH ENGGAN JADI FIXED-DEPOSIT UmnoBN, Pendedahan Sebenar ISU SIASATAN Penyelewangan di Sabah & Ayuh Bah, SABAH Ubah!] Jambatan reput tunggu masa roboh, UmnoBN terus abai penduduk Keningau.

Khamis, 25 Januari 2018



Image result for Gambar Sabah mundur

Image result for Gambar Sabah mundur

Jambatan reput tunggu masa roboh, BN terus abai penduduk Keningau


Walaupun terletak hanya lebih kurang 16 kilometer Bandar Keningau, kedua-dua kampung yang terletak di kawasan DUN Bingkor ini masih tersisih jauh dari arus pembangunan perdana.
Jambatan kayu utama merentasi Sg Liau yang menghubungkan Kg Liau Darat dan Kg Liau Ulu hanya menunggu masa sahaja untuk roboh.
Lebih mengejutkan, jambatan berusia lebih 30 tahun ini tidak pernah digantikan dengan jambatan konkrit melainkan hanya menjalani sedikit kerja-kerja penambahbaikan oleh Jabatan Kerja Raya pada tahun 2010 lalu.
Keadaan ‘titi’ kayu yang mereput teruk dan berlubang-lubang ini menyebabkan kesukaran pergerakan lalu-lintas.
Sehingga kini, sebanyak empat kes motorsikal tergelincir jatuh ke dalam Sg. Liau dilaporkan akibat mengelak lompong besar pada permukaan jambatan.
Menurut Pengerusi DAP Keningau, Peter Saili, walaupun telah banyak kali aduan di buat oleh penduduk, tiada sebarang tindakan serius diambil melainkan sekadar pemantauan biasa JKR tiga minggu lalu.
“Pihak DAP Keningau dimaklumkan bahawa sudah dalam beberapa kali laporan mengenai keadaan jambatan reput dibuat tetapi belum ada sebarang kerja pembaikan dilaksanakan,” kata Peter yang menggesa supaya masalah tersebut diselesaikan.
Menurut Timbalan Pengerusi DAP Keningau, Jigu Abas yang bertanggungjawab menjalankan pemantauan di sana, masalah penduduk sering dibiarkan tanpa tindakan segera.
“Jangan tunggu sehingga berlaku kemalangan yang mengorbankan jiwa baru kelam-kabut mengambil tindakan.”
“Selain daripada masalah jambatan kayu utama yang reput, penduduk setempat sini juga hanya menikmati jalan-raya tidak berturap dan berlubang-lubang,” katanya lagi. –Roketkini.com
Read More

Friday, 12 January 2018

[Video Umno BN: HINAKAH KAMI tinggal di gubuk kecil usang? Sabah Ubah!] Dr Mahathir: Kalau bukan saya, nanti orang kata Kit Siang pula jadi PM.

Jumaat, 12 Januari 2018

Dr Mahathir: Kalau bukan saya, Kit Siang pula jadi PM

Dr Mahathir: Kalau bukan saya, Kit Siang pula jadi PM
Presiden Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Dr Siti Hasmah Mohd Ali hadir pada Majlis Jasamu Dikenang anjuran Pertubuhan Kebajikan Prihatin Suara Tanjung Piai di Kukup Golf & Country Resort Club hari ini. – Gambar The Malaysian Insight, 12 Januari, 2018.

CALON Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak berhasrat untuk menjadi perdana menteri semula kerana tidak pernah berehat dari berpolitik sejak 1945. 
Dr Mahathir berkata beliau pada mulanya enggan menerima pencalonan sebagai perdana menteri seperti dikehendaki ramai pihak dalam PH.
Namun akhirnya beliau terpaksa akur dengan suara ramai yang mahukannya menjadi perdana menteri Malaysia ketujuh, katanya.
“Saya dah penat. Saya tak pernah berehat sejak 1945 lagi. Ketika Umno baru ditubuhkan saya dah sertai parti. 
“Bukan saya nak jadi perdana menteri (lagi). Kalau boleh, saya tak mau lagi tapi nanti orang kata (Ketua Parlimen DAP Lim) Kit Siang akan jadi perdana menteri pula,” katanya dengan sinis.
Pengerusi PH itu membuat sindiran tersebut ketika hadir dalam satu acara di Tanjung Piai, salah satu kerusi dalam 22 kawasan Parlimen yang sedang dibidik PH. 
Beliau hadir dalam program jelajah di Johor hari ini dengan misi sukar untuk mendapatkan kepercayaan warga Melayu di negeri itu yang rata-ratanya takut pada kekuatan DAP.
Antara faktor yang mendorong kepada kebimbangan itu adalah dakwaan bahawa penasihat Kit Siang akan menjadi perdana menteri sekiranya PH berjaya menumbangkan BN dalam pilihan raya akan datang. 
Hadir sama dalam acara hari ini ialah Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong. 
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata beliau juga tidak dapat berehat dari politik walau melepaskan kuasa 15 tahun lalu kerana tidak tahan dengan tindakan pengganti pilihannya.
Katanya, Perdana Menteri kelima Abdullah Ahmad Badawi gagal mentadbir dengan baik termasuk membatalkan projek dirancangnya termasuk jambatan bengkok yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura. 
“Selepas seminggu saya melepaskan jawatan, Pak Lah (Abdullah) batalkan projek-projek dirancang ketika pentadbiran saya walaupun dah berjanji untuk meneruskannya. Macam mana kita nak ada perdana menteri macam ini,” soalnya. 
Ahli politik berusia 93 tahun tersebut turut mengulangi bahawa dia hanya menyokong Najib Razak sebagai perdana menteri kerana mengenang jasa arwah bapanya, Razak Hussein. 
“Tapi, Najib tak sama macam bapa dia yang dikenali sebagai bapa pembangunan,” katanya lagi yang turut membangkitkan mengenai tindakan Najib dan isu melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dr Mahathir juga berkata beliau masih belum membuat keputusan mengenai kerusi yang akan ditandinginya. 
“Saya belum buat keputusan, di Langkawi ini Umno tak pernah kalah,” katanya lagi dalam Majlis Jasamu Dikenang anjuran Pertubuhan Kebajikan Prihatin Suara Tanjung Piai di Kukup Golf & Country Resort Club petang ini.– 12 Januari, 2018.
The Malaysian Insight
Read More

Tuesday, 26 December 2017

[Video Sabah Ubah & Sejarah Baru Perubahan Rakyat Sabah] Strategi berkecuali Pas mula makan diri – Raja Bahrin.

Selasa, 26 Disember 2017


Strategi berkecuali Pas mula makan diri - Raja Bahrin

Strategi berkecuali Pas mula makan diri – Raja Bahrin

Pakatan Harapan (PH) Terengganu berkata strategi “berkecuali” PAS di peringkat nasional dan negeri memakan diri kerana para penyokong mula semakin mempertikaikan sikap pimpinan PAS terhadap seteru lama, Umno.
Pengerusi Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata strategi berkecuali kepimpinan Hadi menyebabkan parti Islamis itu dilihat tidak konsisten dari segi pendirian dan berpolitik.
“Penyokong PAS di Terengganu mula pelik,” katanya kepada FMT. “Mereka seperti sebahagian komponen BN kerana sering kali berkecuali di Parlimen dan tidak membantah di Dewan Undangan Negeri.”
Raja Bahrin menambah kecurigaan penyokong PAS Terengganu disedari pimpinan parti Terengganu.
“Mereka lihat wakil rakyat mereka baik di Parlimen atau DUN tidak mengambil peluang,” tambahnya. “Mereka sekarang lebih faham kenapa ahli Amanah keluar dari PAS.”
Negeri pantai Timur itu dianggap kubu kuat Hadi, yang pernah menjadi menteri besar Terengganu dari 1999 hingga 2004. Selepas sepenggal memerintah, BN merampas Terengganu dari PAS pada pilihan raya umum 2004 (PRU11) apabila memenangi 28 kerusi berbanding 4 yang dimenangi PAS dan terus bertahan hingga ke hari ini.
Terengganu di bawah Hadi antara lain menyaksikan pengkanunan enakmen jenayah syariah dan pengukuhan institusi pendidikan Islam.
Raja Bahrin berkata sentimen agama yang menjadi “senjata” PAS di Terengganu tidak lagi menyengat para pengundi, seperti mana dalam pilihan raya terdahulu.
“Banyak isu yang mereka guna sebagai daya tarikan sudah tidak begitu menarik lagi,” katanya. “Isu yang paling klasik adalah rang undang-undang 355 (Akta Mahkamah Syariah). Dulu mereka berarak sana sini nak bawa RUU355 tapi sampai hari ini tidak ada apa-apa.”
Presiden PAS membawa usul peribadi pada Mei 2016 meminta kerajaan membentangkan rang undang-undang meminda akta tersebut, bagi meningkatkan hukuman maksimum kesalahan jenayah syariah daripada 3 tahun penjara kepada 30 tahun, denda RM5,000 kepada RM100,000 dan 6 sebatan rotan kepada 100 sebatan rotan.
Menurut Raja Bahrin, ramai penyokong PAS di Terengganu yang mencari alternatif politik mula mendekati Pakatan Harapan.
Pemerintahan BN di Terengganu ditandai dengan krisis penukaran menteri besar, bermula pada 2008 apabila Datuk Seri Ahmad Said menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh, dan pada 2014 apabila Ahmad Said memberi laluan kepada Ahmad Razif Abdul Rahman.
“Rakyat Terengganu bijak membuat penilaian tentang tawaran serta kebolehan PAS, kalau nak banding dengan 24 bulan lepas dengan 12 bulan kebelakangan ini, sikap pengikut PAS amat jauh beza, mereka senang didekati.”
Untuk rekod pada PRU13, PAS memenangi 14 daripada 32 kerusi DUN sementara Umno 17 dan PKR 1
Read More

Thursday, 12 October 2017

[Video Shafie - SABAH UBAH! Negeri kaya, pemimpin Umno kaya, rakyatnya miskin?] APAKAH SATU LAGI BALA SEDANG MENANTI NAJIB atau ia sekadar acah-acah aje?

Jumaat, 13 Oktober 2017

Image result for Foto sabah ubah

APAKAH SATU LAGI BALA SEDANG MENANTI NAJIB?

Mahkamah Tinggi semalam mengarahkan Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan tujuh yang lain untuk memfailkan pembelaan berhubung saman yang difailkan oleh balu penyiasat, P Bala berhubung kes pembunuhan Altantuya Sharibuu.

Hakim Hue Siew Kheng menolak semua permohonan mereka yang mahu saman itu dibatalkan tanpa perlu memfailkan pembelaan.

Sehubungan itu, kesemua mereka diberi tempoh 14 hari untuk memfailkan pembelaan tersebut.

Walaupun pemfailan pembelaan itu hanya untuk menolak saman yang dikemukakan oleh balu P. Bala yang bertujuan menuntut gantirugi atas kematian suaminya, tetapi setidak-tidaknya ini membuka satu lagi ruang kepada perbicaraan yang mungkin akan mendedahkan banyak perkara berhubung misteri pembunuhan Altantuya.

Jika pembelaan yang difailkan itu ditolak, bermakna tuntutan gantirugi oleh balu P. Bala akan dibicarakan di mahkamah nanti. Tentunya banyak saksi akan dipanggil, keterangan bakal didengar dan pelbagai perkara akan terdedah di mahkamah.

Tetapi, sekiranya pembelaan yang difailkan Najib, Rosmah dan tujuh yang lain itu diterima oleh mahkamah nanti, bermakna saman akan ditolak dan tiada perbicaraan akan berlangsung.

Apakah yang akan berlaku agaknya?

Pembelaan yang difailkan akan ditolak dan perbicaraan berlangsung seperti yang diharap dan ditunggu-tunggu oleh banyak pihak atau ia akan ditolak dan tiada perbicaraan akan berlaku?

Apakah ini menandakan satu lagi bala bakal menunggu Najib menjelang PRU 14 akan datang atau ia sekadar acah-acah saja? (ShahbudinHusin 12/10/2017)

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena