Showing posts with label Selamatkan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Selamatkan Rakyat. Show all posts

Saturday, 20 May 2017

[Video Tumbangkan Najib Selamatkan Rakyat] Siapa ANAK JANTAN Pas atau PKR? Pas tuduh DAP perkasa Kristian, 'bidan' Amanah...Lawak!

Ahad, 21 Mei 2017
Kongres Nasional KeADILan ke-12


SIAPA ANAK JANTAN PAS ATAU PKR?


Seorang perwakilan Pemuda PKR (AMK) mencabar exco PAS dan semua lantikan politik di Selangor untuk meletakkan jawatan sekiranya mereka 'anak jantan'.
"AMK Johor cabar PAS Selangor letak jawatan sebagai exco dan jawatan dalam kerajaan negeri. Mereka kalau anak jantan letak jawatan sekarang," kata wakil AMK Johor, Naim Jusri pada kongres sayap parti itu di Shah Alam hari ini.
Cabaran Naim itu dibuat lebih seminggu selepas PAS memutuskan hubungan secara rasmi dengan PKR.
PAS bagaimanapun berkata tiga  exco Selangor itu tidak akan meletakkan jawatan selagi mendapat perkenan sultan Selangor.
Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu.
Sebagai tindak balas, PKR sebelum ini mengarahkan semua lantikan politik dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan mereka.
Terdahulu, perwakilan AMK Wilayah Persekutuan, Ahmad Azri Zainal Nor mencabar PAS meneruskan rancanganNYA untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu.
"Kerusi kita pun dia nak. (Kerusi) Batu pun dia nak. Saya nak kata pada mereka ini, kalau Batu mereka nak, just bring it on," kata Ahmad Azri.
PAS menyasarkan untuk bertanding 100 kerusi pada pilihan raya umum akan datang termasuk yang pernah ditandingi PKR. Kerusi parlimen Batu kini disandang Naib Presiden PKR, Tian Chua.
Kita berharap PAS dapat membuat keputusan segera kerana persepsi rakyat kepada mereka amat teruk sekarang
Sumber : Mkini

Posted by 

Pas tuduh DAP perkasa Kristian, 'bidan' Amanah

Riduan Mohd NorRiduan Mohd Nor
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Riduan Mohd Nor menuduh DAP mempunyai agenda untuk menggerakkan Kristianisasi di negara ini selain pada masa sama menganggap Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai 'dibidani' DAP.
Dipetik daripada wawancaranya di akhbar Harakah terbaharu, beliau berpendapat ada kecenderungan untuk DAP menggerakkan agenda agama itu memandangkan perjuangan DAP didominasi pemimpin Cina-Kristian seperti Tony Pua, Teresa Kok dan Lim Guan Eng.
Usaha mereka terbabit, ujarnya, menentang dengan bersungguh-sungguh apa sahaja label syariah di Malaysia seperti penguatkuasaan kaunter berasingan dan menghentikan perniagaan selama 10 minit di Kelantan ketika waktu azan Maghrib.
"Ini termasuk mereka meletakkan Pas sebagai musuh mereka. Ini wajar ditentang," tegasnya ketika ditanya tentang buku tulisan Hannah Yeoh Tseow Suan bertajuk 'Becoming Hannah: A Personal Journey' yang dianggap cenderung kepada pengaruh agama Kristian.
Mengulas reaksi DAP dalam menangkis isu buku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya berkenaan, Riduan dalam keluaran lidah rasmi Pas, Bil 2250, 22-25 Mei itu menyifatkan DAP tidak kelihatan berminat untuk membersihkan nama parti itu.
Read More

Wednesday, 17 May 2017

[Video Muhyiddin Yassin TERKINI! 'Selamatkan Malaysia, Selamatkan Rakyat'] Untuk anak muda, jangan menjadi tua sebelum tua.

Rabu, 17 Mei 2017

Foto Ustaz Abdul Ghani Samsudin.
Anak muda merupakan sebuah aset yang sangat berharga pada mana-mana organisasi mahupun Parti Amanah Negara bahkan Malaysia sekalipun. Atas asbab itu, penekanan yang kritikal perlu diberikan kepada anak muda. Saya sentiasa prihatin terhadap perkembangan orang muda yang sememangnya perlu diberikan perhatian.

Saya secara peribadi sangat mengalu-alukan mana-mana orang muda untuk berjumpa. Saya kira sehingga kini teratak saya yang berada di Klang itu atau dimana-mana sekalipun, saya akan memberikan komitmen semampu mungkin untuk bertemu mata dengan anak-anak muda ini.

Buat anak-anak muda disegenap pelusuk negara, kalianlah aset berharga untuk masa depan. Jadilah anak muda yang proaktif. Janganlah pasif dan terlalu mengikut rentak orang tua. Pesan saya, janganlah kalian menjadi tua sebelum tua. Teruskan menjuarai zaman muda kalian dengan suluhan dari panduan orang-orang tua. Kerana pujangga arab ada menyebutkan:

حماسة الشباب بالحكمة الشيوخ
Semangat yang ada pada orang muda perlu berpandukan (pengalaman) orang-orang tua.

Foto Parti Amanah Negara.
"Parti politik mengharapkan dapat berbincang dengan SPR mengenai beberapa perkara-perkara yang meragukan. Beliau menyatakan pihak PAKATAN HARAPAN akan datang lagi untuk membuat bantahan kepada SPR agar pilihanraya yang bersih dapat dijalankan"

Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar
Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional

FB PARTI AMANAH NEGARA

https://www.facebook.com/amanahnegara/
 — dengan Mohd Fakhrulrazi Mokhtar.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena