Showing posts with label Umno Kalah. Show all posts
Showing posts with label Umno Kalah. Show all posts

Tuesday, 30 August 2016

[Video] 'Orang Melayu akan berubah, sekiranya Umno kalah'...Isu RM2.6 billion luntur integriti UMNO & Ini lah Pahlawan UMNO yang paling berani?

Rabu, 31 Ogos 2016


Begitulah....semangat kemerdakaan....apo nak di kata.

'Orang Melayu akan berubah, sekiranya Umno kalah'
Umno
Umno
SHAH ALAM - Perubahan terhadap orang Melayu akan berlaku sekiranya Umno kalah dalam pilihan raya.
Pengasas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, sebagai contoh seperti berlaku di Jepun , Parti Demokratik Liberal (LDP) yang sekian lama memerintah negara itu tumbang dalam pilihan raya, dan kesan daripada itu berlakunya satu perubahan besar terhadap rakyat di Jepun.
"Apa yang terbaik yang akan berlaku pada Pemuda Umno dan orang Melayu di Malaysia adalah jika Umno kalah...pemerintahan LDP penuh dengan rasuah, teruk sangat jatuh sekali orang muda dalam parti itu boleh dinaikkan, mereka yang korup tinggalkan parti itu.
"Dalam masa tersebut pilihan raya seterusnya menang melalui demokrasi yang betul, tetapi kita perlu jatuh dahulu sebelum kita boleh pergi ke hadapan," katanya dalam wacana Sinar Harian siri ke-40 berjudul ‘Politik Malaysia: Di Manakah Melayu?’, di Auditorium Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.
LDP merupakan parti tunggal memerintah Jepun selama lima dekad, LDP akhirnya tumbang pada pilihan raya umum negara itu pada 30 Ogos 2009.
LDP kehilangan majoriti kerusi di Parlimen kepada parti pembangkang, Parti Demokrat Jepun (DPJ), dalam kekalahan yang disifatkan oleh kebanyakan pemerhati sebagai "revolusi politik" di negara matahari terbit itu.
Selain Syed Saddiq, barisan ahli panel lain ialah Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari; Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii; Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Shazni Munir ( Amanah) dan Ketua Srikandi PKR, Senator Siti Aishah Shaik Ismail.
Wacana dikendalikan oleh Nazri Kahar dari Astro Awani.
Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata,jika pembangkang hendak memenangi pilihan raya akan datang, mereka perlu adakan permuafakatan politik yang baharu.
"Saya percaya jika kita dapat wujudkan pakatan tersebut, kerana kita hanya perlu ada 4 hingga 8 peratus pengundi Melayu untuk pembangkang menang dalam pilihan raya akan datang, tetapi untuk itu berlaku perlu wujudnya satu lawan satu, jadi saya percaya wujudkan akan politik yang baharu," katanya.
Sinar Harian.
Read More

Sunday, 10 April 2016

UMNO kalah, Cina perintah? Kurafat! "Ini hanyalah rekaan orang2 Umno".

Ahad, 10 April 2016

UMNO KALAH, CINA PERINTAH?

UMNO Kalah
Cina Memerintah?
------------------

Saya telah berhenti minum pagi di R&R Temerloh pagi ini. 

Selepas minum pagi saya akan menyertai kawan2 di Felda Bukit Goh, Kuantan Pahang dalam siri lawatan ke seluruh negara yang bertema 'Melayu Bermaruah' - 
Selamatkan Malaysia. 

Semasa minum pagi di R&R tersebut saya duduk bersebelahan dengan seorang anak Melayu sambil saya makan semangkok lontong. 

Di hadapan beliau ada seorang lagi anak Melayu. 

Mengenali saya anak Melayu yang duduk sebelah saya berkata "Kalau Umno kalah nanti Cina DAP memerentah negara". 

Dalam hati saya berkata berkesan sungguh kempen orang2 Umno bahawa jika Umno kalah Cina akan berkuasa. 

Saya telah dapat menerangkan sedikit kepada kedua2 anak Melayu tersebut yg itu cuma helah orang2 Umno. 

Mereka takut orang Melayu beralih sokongan, lari daripada Umno dan menyokong parti2 dalam Pakatan Harapan seperti PKR, Amanah dan DAP termasuk juga Pas. 

Saya beri tahu kedua2 mereka perkara itu tak betul. 

Di Selangor bila Barisan Nasional kalah Menteri Besar tetap orang Melayu. Setiausaha Kerajaan Negeri Melayu, Pegawai Daerah2 Melayu, PKNS Melayu, Perangsang Melayu, MBSA Melayu, MBPJ Melayu.... malah semua kekal macam biasa ... Melayu. 

Begitu juga semasa Pakatan Rakyat memerentah di Kedah, Perak dan juga di Kelantan pemerentah adalah di tangan Melayu. 

Cuma di Pulau Pinang Ketua Menterinya Cina. 

Tapi di Pulau Pinang memang selama2nya Ketua Menterinya Cina. 

Wong Pau Nee, Dr Lim Chong Yu, Dr Koh Su Koon dan sekarang Lim Guan Eng. 

Selain dari Pulau Pinang semuanya Melayu. Dari Perlis hingga ke Sabah. 

Saya tanya kepada mereka apa yang orang Melayu nak takut? 

Semuanya Melayu. 

Sultannya Melayu.
Perdana Menteri Melayu. Timbalan Perdana Menteri Melayu. Menteri2 ramai Melayu. Tentera Melayu. Polis Melayu. Pegawai Kerajaan Melayu. 

Malah semuanya Melayu. 

Saya bertanya kepada mereka bagaimana Cina nak memerentah bila hampir semua jawatan penting dipegang orang Melayu. 

Mereka tak boleh jawab. 
Mereka tak mampu jawab. Sebab alasan mereka tak kukuh. 

Sebenarnya anggapan Umno kalah Cina memerentah tak betul. Karut. 

Ini hanyalah rekaan orang2 Umno. 

Apa yang orang2 Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan lain2 mahu ialah mereka mahu pemimpin2 yang lebih baik, lebih amanah dan hidup secara sederhana. 

Selepas setengah jam saya memberi hujjah saya beredar menuju ke Felda Bukit Goh, Kuantan. 

Sepanjang saya berbicara dengan mereka tidak ada langsung mereka mencelah dan mengemukakan apa2 alasan yg menguatkan hujjah 'Umno kalah Cina berkuasa'. 

Bagi saya orang2 Melayu masih confuse dan tak tahu membezakan parti dan kuasa. 

Inilah cabaran pada kita yang bergerak ke seluruh negara. 

Orang Cina bukan nak ambil alih kuasa dari orang Melayu. Orang Cina nakkan pemimpin Melayu yang amanah, baik, sederhana dan mempunyai kualiti kepimpinan yang baik. 

Ramai orang Melayu, Cina, India, Kadazan dan Dayak serta yang lain2 berharap Pakatan Harapan terdiri Dari PKR, Amanah, DAP serta Pas boleh melakukannya. 

Selamat berjuang. 

TS Muhammad Muhammad Taib 

Felda Bukit Goh

10 April 2016
Posted by mantaro
Read More

Tuesday, 17 June 2014

UiTM Rakyat diperbodohkan lagi: Kalau UMNO kalah semua kroni mampos tergolek dah...

Selasa, 17 Jun 2014
Ini bukan kebodohan. Tapi kecerdikkan depa untuk cari idea. Idea untuk merompak, mencilok dan membazir. Macam mana aku nak songlap duit rakyat atas nama projek dan pembangunan? Aha.. apa kata aku buat idea sewa bangunan. Aku keluarkan modal bina bangunan. Kemudiannya aku pun sewakan bangunan tersebut kepada kerajaan. Aku untung dapat duit. Kerajaan pula rugi sebab terpaksa keluarkan duit untuk bayar sewa. Tapi adakah kerajaan akan setuju untuk rugikan duit pembayar cukai sebegitu sahaja? Eh.. mestilah tak setuju. Apa kata aku dan kerajaan sama2 berpakat untuk lakukan perompakkan bersiri. Sure kerajaan mesti setuju punya. Okay tak idea aku?

Hah memang okay.

Okay untuk pelingkupkan hak rakyat lagi la ada.

Hantu betul.

Padan la asyik tak cukup duit aje. Suka sangat buat kerja2 yang merugikan. Sudahnya nak cover subsidi shortage sana sini.

Fahami.

Kos bina kampus = RM1.8b

Katakanla kerajaan takde duit sangat nak bina directly. Kerajaan boleh buka tender. Tengok siapa yang boleh bina dengan harga yang sangat reasonable (sesuai dengan kualiti yang ditawarkan) so apa yang kerajaan perlu buat ialah beli balik. Beli balik means bila dah habis bayar, bangunan tue akan jadi kerajaan punya. Ya. Kerajaan perlu keluarkan sejumlah wang untuk cover kos penyelenggaraan tetapi akhirnya bangunan itu tetap akan menjadi milik kerajaan. Beli adalah lebih baik daripada menyewa dipandang dari sudut apa pun. Tetapi apa yang kerajaan biol ko neh (buat2 bodoh biar orang ingat dorang bodoh buat keputusan padahal saja tunjuk bodoh sebab nak halalkan perompakkan besar-besaran) buat ialah pergi sewa bangunan yang dianggarkan kos pembinaannya ialah RM1.8b.

Kadar sewaan selama 23 tahun ialah RM8.6billion.

6 kampus yang terlibat.

Untuk setiap kampus kadar sewaan dianggar antara RM56juta hingga RM69juta setahun.

Disewakan pula dari syarikat yang ada kaitan dengan UMNO, pemimpin UMNO dan mereka2 yang dikenali sebagai kroni UMNO. 

Padanla.

Taknak UMNO kalah. Kalau UMNO kalah semua kroni mampos tergolek dah. Bangunan yang disewa baikla beli. Sampai bila2 pun kalau dah sewa maka sewa je la jadinya. Kalau dorang naikkan kadar sewaan macam mana? Lepas tue adakah kadar sewaan meliputi kos penyelenggaraan pula? 

Subsidi untuk rakyat takde katanya. Tapi buat pembaziran boleh pula. Suruh rakyat berjimat cermat tapi korang sendiri melaukkan duit rakyat macam duit mak bapak korang apesal?

Gila dowh dorang neh. Gila.

Kbai.

Posted by Kedah Lanie 
Read More

Sunday, 31 March 2013

*Video Panas!!! Debat ADUN UMNO Hulu Besut Tak Boleh Jawab

Ahad, 31 Mac 2013
Debat Penyokong Pas Vs Adun Umno!

Debat secara spontan antara Ahli Pas dan Adun Umno Hulu Besut YB Nawi Mohamad di Majlis anjuran Umno di Pejabat Penyelaras Dun Hulu Besut.

Empat orang ahli dan Penyokong Pas dijemput hadir dimajlis Umno itu untuk menyaksikan tayangan video berkaitan Amanat Hj Hadi dan ucapan Tok Guru Nik Aziz berkaitan BR1M.

Mereka dengan beraninya bangun mempertahankan pemimpin Pas didepan puluhan penyokong Umno yang berada di majlis ini ~ Tinta Hijau DKB

Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT at 2:25:00 PTG

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena