Showing posts with label Utusan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Utusan Malaysia. Show all posts

Tuesday, 12 June 2018

[Video Nazri Pun Terduduk Membayangkan BN Dibubarkan] KJ-Terpaksa Terima Hakikat Kerajaan PH Prihatin & Utusan, sungguhkah Melayu menyesal mengundi HARAPAN?

Rabu, 13 Jun 2018

Terpaksa Terima Hakikat Kerajaan PH Prihatin


Utusan, sungguhkah Melayu menyesal mengundi HARAPAN?


Walaupun kini kelihatan seakan ‘mesra kerajaan’, tidak salah untuk kita berpegang kepada hakikat bahawa Utusan Malaysia masih lagi akhbar lidah rasmi UMNO, dengan pegangan saham sebanyak 49.77%.
Ahad lalu, akhbar tersebut mendakwa bahawa orang Melayu sudah kelihatan menyesal kerana tidak mengundi UMNO.
Kolum Awang Selamat mengajukan pendapat bahawa isu-isu semasa yang membawa kesan kepada orang Melayu-Islam telah menimbulkan rasa sesal yang bersangatan, serta mengabsahkan keperluan untuk UMNO dan PAS menjadi andalan nasib orang Melayu.
Begitulah lebih kurang.
Dakwaan Utusan ini bukan sahaja tidak tepat, malah menjadi cerminan terhadap keengganan Najib Razak untuk melepaskan kuasanya. Bukan itu sahaja, menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang; Najib malah mahukan peranan baharu sebagai ‘kuasa di sebalik takhta’.
Justeru kata beliau, tidak hairan kenapa Utusan Malaysia sudah kembali menjaja politik kaum, agama, kebencian, ketakutan dan pembohongan. Genap sebulan UMNO kecundang dalam PRU14, Utusan sudah kembali bekerja dalam kerangka politik lama yang membuatkan UMNO kecundang.
Bijak betul sidang editorial akhbar ini.
“Rencana yang sama dalam Mingguan Malaysia menjaja pembohongan kononnya DAP mahu memansuhkan sistem raja berperlembagaan, dan menjadikan Malaysia sebuah negara republik,” ujar Kit Siang.
“Berbeza dengan angan-angan Najib Razak dan Utusan Malaysia, saya tidak melihat bagaimana UMNO-BN boleh memulihkan kredibiliti mereka, selagimana mereka tidak mengakui kesilapan-kesilapan mereka terhadap negara,” jelas beliau.
Bagi pemimpin veteran DAP itu, dosa Najib Razak dan UMNO menjadikan Malaysia sebuah kleptokrasi global dan menjaja politik penuh kebencian kaum dan agama serta pembohongan pada pilihanraya lalu, tidak boleh dimaaf, apatah lagi dilupakan.
Amat naif sekiranya ada yang mengandaikan orang Melayu boleh memaafkan dosa-dosa UMNO itu. Walaupun semakin menghampiri Aidilfitri, dosa-dosa UMNO pastinya tidak akan terampun sampai bila-bila.
Dua badan pemikir turut menidakkan angan-angan Utusan Malaysia ini. Bercakap kepada The Malaysian Insight, penganalisis politik Ilham Center; Hisomuddin Bakar berkata, yang sedang menyesal sekarang ini hanyalah ahli-ahli UMNO yang telah menolak parti mereka sendiri dalam PRU14.
Kata Hisomuddin, ahli-ahli UMNO menolak parti itu kononnya untuk memberi pengajaran kepada pemimpin, namun tidak menjangka kesan daripada tindakan terbabit.
“Mereka terkejut kerana hilang kuasa di peringkat persekutuan. Mereka hanya mahu menunjukkan protes terhadap pemimpin yang angkuh tetapi mereka yang akhirnya menyesal.

“Orang Melayu umumnya selesa dengan PH kerana mereka tidak lagi perlu membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST),” kata beliau.
Ibrahim Suffian, dari Merdeka Center turut bersetuju sambil memetik hasil kajiannya yang menunjukkan bahawa majoriti pengundi Melayu berpuas hati dengan pentadbiran baharu. Ini dimudahkan lagi dengan peralihan kuasa yang lancar dan aman, justeru menolak mitos kacau bilau yang menjadi modal politik UMNO dan lidah partinya selama ini.
Pendekatan Utusan turut dikritik dua bekas editornya, menyifatkan akhbar itu sebagai ‘masih terperangkap dalam kepompong sempit dan penuh dengan prasangka’.
Tan Sri Zainuddin Maidin dan Tan Sri Johan Jaaffar dalam satu kenyataan tempoh hari berkata, Utusan ‘menampakkan pendirian rasis dengan memainkan sentimen perkauman yang berbahaya untuk sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia.’
Menjawab dakwaan itu, Utusan melalui penulisnya Zulkiflee Bakar menimbulkan banyak persoalan, sambil memetik soal kebebasan media. Katanya, “Bertukar kerajaan bukan bermakna jati diri sebuah media itu perlu dikorbankan.”
Jati diri Utusan ini barangkali terletak pada pegangan 49.77% sahamnya oleh UMNO itu lah.
Akhbar ini sudah beberapa kali tewas dalam tindakan undang-undang terhadapnya, termasuklah oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang kini Menteri Kewangan; serta Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Utusan turut pernah dihukum membayar ganti rugi berjumlah RM250,000 kepada Lim Kit Siang pada November 2015. – Roketkini.com
Read More

Tuesday, 16 May 2017

[Video Tun M - Najib Guna LHDN TEKAN MUSUH POLITIKNYA] Utusan Malaysia, Harakah & blog-blog pro-Umno seharusnya lebih peka perkara yang melibatkan sensitiviti agama.

Selasa, 16 Mei 2017


Foto Nik Nazmi Nik Ahmad.

4 jam

Saya rasa amat terganggu dengan serangan terhadap Hannah Yeoh, Speaker Dewan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Negeri Subang Jaya.
Penulisan ini pula telah disebarkan oleh beberapa media seperti Utusan Malaysia, Harakah serta blog-blog pro-Umno.
Serangan tidak berasas yang menggambarkan Hannah sebagai ahli politik yang mempunyai agenda tersembunyi di dalam politik jelas berniat mencalarkan imej beliau.
Untuk pengetahuan ramai, Hannah merupakan seorang sahabat yang saya telah lama kenali sejak bertanding bersama untuk Pilihan Raya 2008 di dalam Parlimen Kelana Jaya untuk kerusi DUN kami masing-masing. Kemudian kami juga bekerjasama di Dewan Negeri Selangor apabila beliau dipilih menjadi Speaker dan saya Timbalan Speaker selepas Pilihan Raya 2013.
Sepanjang berkenalan dengan beliau, saya dapati Hannah sebagai seorang penganut agama Kristian yang komited kepada kepercayaannya, tetapi ia tidak pernah memberi kesan kepada dedikasi beliau untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, agama mahupun latar belakang politik.
Sebagai ADUN pula beliau merupakan seorang wakil rakyat yang amat disegani dan sentiasa berusaha keras untuk memastikan sekolah-sekolah agama di kawasan Subang Jaya mendapati peruntukan yang sewajarnya daripada Kerajaan Negeri.
Malah beliau juga sering menghadiri program di masjid dan surau serta menghormati adab tempat ibadah sehinggakan pernah dikecam oleh MCA kerana memakai skaf di masjid.
Hannah telah memperkenalkan banyak pembaharuan yang memberi ruang kepada UMNO di Dewan Negeri untuk memainkan peranan sebagai pembangkang.
Sebagai seorang ahli politik yang mendapat dorongan agama Islam untuk terlibat di dalam masyarakat, saya juga mempunyai ramai sahabat beragama Kristian yang saya senang membincangkan titik persamaan serta perbezaan nilai kepercayaan masing-masing. Saya mendapati lebih mudah bekerjasama dengan ahli-ahli politik lain yang turut didorong nilai-nilai positif agama mereka.
Kepercayaan merupakan hak individu, dan jika kita tidak suka apabila orang bukan Islam mempersoalkan komitmen pimpinan beragama Islam di negara bukan Islam, kita juga tidak seharusnya mempersoalkan komitmen pimpinan bukan Islam yang terlibat di dalam isu-isu semasa di negara kita.
Utusan Malaysia, Harakah dan media lain seharusnya lebih peka akan perkara yang melibatkan sensitiviti agama kerana ia boleh memecah belahkan masyarakat dan membawa kesan yang padah.


Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena